Aturcara Syarahan Umum - Dr Zakir Naik Terengganu Tour 2016

Ramai yang mahu tahu dan mencari tentatif aturcara Dr Zakir Naik Terengganu Tour yang dijadualkan dibuat mulai 9 hingga 15 April 2016. Program yang merupakan program syarahan umum bersifat ilmiah ini adalah atas undangan peribadi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menerusi tentatif terbaru dalam siri jelajahnya di Terengganu, Dr. Zakir bakal menyam­paikan syarahan umum di Stadium Tertutup Gong Badak pada 10 April 2016 diikuti 11 April 2016 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Sekolah Menengah Imtiaz YT, Besut (12 April) serta di Padang Astaka, Kemaman (14 April).

Aturcara Dr Zakir Naik Terengganu Tour 2016


Aturcara Syarahan Umum - Dr Zakir Naik Terengganu Tour 2016
Dr. Zakir Naik merupakan seorang intelektual Islam kelahiran Mumbai yang terkenal sebagai tokoh perban­dingan agama. Beliau boleh menghafal banyak kitab dari agama lain termasuklah kitab Bible, serta kitab Hindu. Anda boleh menonton beberapa siri syarahan serta debat beliau tentang agama Islam di YouTube menerusi saluran Peace TV.

DR ZAKIR NAIK'S LECTURE TOUR TO MALAYSIA 2016
Posted by Dr Zakir Naik on Saturday, 9 April 2016

Tentatif Jadual Syarahan Umum Dr Zakir Naik Terengganu Tour April 2016

Siri Syarahan: Syarahan Umum 1

Syarahan Umum - Dr Zakir Naik Terengganu Tour 2016
Tajuk: The Importance Of Unity Among The Muslim Ummah
Tarikh: 10 April 2016 (Ahad)
Jam: 8.30 Malam
Tempat: Dewan Arena, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu

Siri Syarahan: Syarahan Umum 2

Islam The Solution for Humanity - Dr Zakir Naik
Tajuk: Islam The Solution For Humanity

Tarikh: 11 April 2016 (Isnin)
Jam: 9.00 Pagi
Tempat: Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Siri Syarahan: Syarahan Umum 3

Does GOD Exist? - Dr Zakir Naik
Tajuk: Does GOD Exist?
Tarikh: 12 April 2016 (Selasa)
Jam: 8.30 Malam
Tempat: Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut, Besut

Siri Syarahan: Syarahan Umum 4
Tajuk: Muslim's Choice - Da'wah Or Destruction
Tarikh: 14 April 2016 (Khamis)
Jam: 8.30 Malam
Tempat: Padang Astaka, Kemaman

Sambutan Hebat Masyarakat Islam Malaysia

Daripada beberapa perkongsian terkini, khasnya Syarahan Umum di Stadium Tertutup Gong Badak, syarahan umum oleh Dr Zakir Naik telah mendapat sambutan yang sangat hebat dari rakyat negeri Terengganu. Malah, program hari ini (11 April 2016) juga mendapat tempat di kalangan pelajar UMT dan IPT seluruh Terengganu sehingga berjaya menjawab pelbagai persoalan yang ditanya.

Saya difahamkan lebih 5000 orang hadir di program yang diadakan di UMT, dan saya juga difahamkan bahawa kehadiran Dr Zakir Naik menerusi jelajah syarahan umum Dr. Zakir Naik Terengganu adalah atas biaya sendiri menerusi Islamic Research Foundation (IRF) yang dipeloporinya. Manakala, pihak Kerajaan Negeri Terengganu hanya menyediakan penginapan dan makan minum sahaja.

Siapa Dr Zakir Naik? Who is Dr Zakir Naik?

Oh, mungkin ada yang tidak berapa kenal siapa Dr. Zakir Naik ini, untuk itu .. saya kongsikan trivia berikut mengenai diri dan personaliti dakwah terkenal dunia ini.
Siapa Dr Zakir Naik? Who is Dr Zakir Naik?

Sumber: Dr Zakir Naik Terengganu Tour 2016


5 comments.. read them below or add one

Ruzana Ibs Ruzana Ibs April 11, 2016
Alhamdulillah dapat tengok live online tadi.
Nurul Huda Nurul Huda April 11, 2016
Alhamdulillah, dapat 2 tiket untuk ke program syarahan Dr Zakir Naik.
Cukai Pendapatan Cukai Pendapatan April 12, 2016
semoga allah melindunginya.
yang baik yang baik April 12, 2016
Semoga usaha murni tuan HH ini mendapat ganjaran setimpal. Hidupkan pengembangan ilmu Islam.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 14, 2016
Syoknya dapat dgr syarahan Dr Zakir Naik secara live

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.