27 April 2016

Anak Umur 6 Tahun Jahit Sendiri Anak Patung Rosak

Anak saya, Maira baru berusia enam tahun (2016). Sudah masuk 3 tahun bersekolah di pra. Dua tahun terdahulu, anak saya ni bersekolah di Tadika Islam Perak, daerah Kerian, Parit Buntar. Dan kemudiannya, saya dan isteri masukkan Maira ke Prasekolah di sekolah sama dengan dua orang abangnya. Dalam hampir tiga tahun bersekolah dan bergaul dengan kawan-kawan, Maira sudah ada skill tersendiri.

Dalam bab bersembang, memang champion. Kadangkala, saya mati ayat dek bersembang dengan anak saya yang memang suka bertanya soalan-soalan yang mencabar. Daripada tiga orang anak saya, Maira adalah yang paling pandai bersosial. Dalam usia sebegini awal, memang perlu dipantau lebih sikit .. takut nanti input yang dia peroleh tersasar daripada maksud sebenar.

Anak Umur 6 Tahun Jahit Sendiri Anak Patung Rosak

Anak Umur 6 Tahun Jahit Sendiri Anak Patung Rosak
Bijak memang bijak. Dalam usia seawal 6 tahun ini, Maira dah pandai buat kerja rumah ... yelah, bapak dia seorang blogger, seorang house husband .. kadang kena buat kerja lain, jadi ada perkara si Maira perlu lakukan sendiri, dan antaranya ialah menjahit.

Haha. Saya pun terkejut bila Maira tunjukkan kepada saya anak patung yang sebelum ini rosak dan koyak, sudah dibaiki dan dijahit. Saya tanya ... dari mana dapat benang dan jarum, anak saya umur 6 tahun ni beritahu .. dari bekas Mama. Uhh ..

[Klik Sini] Cara Untuk Menjadikan Anak Pintar Cerdas Pandai Sebelum Tadika

Hasil Jahitan Anak Saya Umur 6 Tahun

Cuba lihat jahitan yang anak saya si Maira ni dah buat .. ok ke tak? huhuhu....
Anak Umur 6 Tahun Jahit Sendiri Anak Patung Rosak
Anak Umur 6 Tahun Jahit Sendiri Anak Patung Rosak
Heh .. ada macam saya je menjahit ni .. kah kah kah .... nak tengok saya menjahit tak? Leh baca artikel sebelum ni - Bila House Husband Menjahit ...

Seronok apabila seorang ayah seperti saya dapat tahu akan skill yang ada pada seorang anak. Apatah lagi ianya berlaku di depan mata. Inilah antara sebab mengapa saya menjadikan kerjaya sebagai blogger sebagai kerjaya sepenuh masa. Alhamdulillah, syukur ....



Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

6 Komen Anak Umur 6 Tahun Jahit Sendiri Anak Patung Rosak

Alhamdulilah, pandai anak HH berdikari..

Pandainya... kecil2 dah berani pegang jarum jahit sendiri.

pandailah menjahit, ada skill tu

Pandai anak Bro HH. Macam ayah juga ada bakat menjahit.

Alhamdulillah, saya pun tak sangka sebenarnya.

Tula pasal .. saya pun kadang seram sejuk nak pegang jarum, takut tercucuk diri sendiri... ouchhh


EmoticonEmoticon