Al Fatihah Buat Mr Os (Mohd Yusof Abdul Hamid)

Al-Fatihah buat Mohd Yusof Abdul Hamid, yang seMalaysia mengenali beliau sebagai Mr Os. Pelakon dan pelawak yang juga popular menyanyikan lagu Durian Dah Berbunga, meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Mr Os. Beliau ada pengaruh dalam kehidupan kanak-kanak saya. Orang Perak seperti saya pasti akan mengingati beliau sebagai seorang pelawak yang tidak segan membawa watak orang Perak. Walaupun tidak sekacak pelakon sekarang, tapi lakonan Mr Os sangat berkesan sehingga berjaya menerima beberapa anugerah.

Al Fatihah Buat Mr Os (Mohd Yusof Abdul Hamid)

Al Fatihah Buat Mr Os (Mohd Yusof Abdul Hamid)
Mungkin ada yang tidak tahu, Mr Os pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 (1990) menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik. Kalau anda tengok filem ni, memang boleh menangis dibuatnya ... memang hebat lakonan Mr Os dalam filem ini. Ini antara filem yang memberikan kesan, dan menyedarkan masyarakat mengenai golongan autisme yang memerlukan sokongan dari semua.

Pelakon dan Pelawak Disegani

Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997). Dan paling terbaru ialah menjuarai rancangan Maharaja Lawak Mega pada tahun 2011 bergandingan dengan Abon sebagai kumpulan Osbon.
Al Fatihah Buat Mr Os (Mohd Yusof Abdul Hamid)
Kisah Mr Os pernah saya tampilkan sedikit masa dulu sebagai seorang pelakon yang mencari nafkah sampingan sebagai pemandu teksi. Beliau antara pelakon yang saya suka, dan tidak banyak kontroversi. Seorang pelakon yang mudah tersenyum dan sentiasa positif dalam kehidupan.

Menurut laporan akhbar, semasa di dalam keadaan tenat, Mr Os sempat berpesan kepada anak-anaknya .. agar sentiasa ingat pada Allah S.W.T dan menutup aurat.

Al Fatihah buat Mohd Yusof Abdul Hamid - Mr Os. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Buat keluarga Mr Os, semoga bertambah dengan kehilangan ini.

Kredit - Sinar Harian

3 comments.. read them below or add one

Syireen Halim Syireen Halim April 08, 2016
Alfatihah buat Allahyarham
Syireen Halim Syireen Halim April 08, 2016
Alfatihah buat Allahyarham

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.