6 Taman Tema Air Harga Bajet untuk Percutian Hujung Minggu. Time cuti hujung minggu atau cuti panjang, adalah masa yang terbaik untuk habiskan bersama keluarga tersayang. Di ketika cuaca panas ini, destinasi percutian antara paling best untuk pergi pastilah taman tema air. Bukan sahaja dapat habiskan masa gumbira bersama keluarga, tetapi juga dapat segarkan diri sepanjang hari di taman tema air ini.

Di Malaysia, ada beberapa taman tema air yang besar dan menarik yang boleh anda kunjungi ketika cuti hujung minggu mahupun cuti panjang. Saya akan senaraikan beberapa taman tema air yang popular di Malaysia untuk rujukan anda. Manalah tahu, tetiba anda terfikir mahu bercuti pendek bersama keluarga hujung minggu ni. Oh ya, jika anda mahu membuat pertanyaan atau tempahan tiket, boleh cuba sebut nama blog ini - hasrulhassan.com; manalah tahu kot-kot boleh dapat harga tawaran istimewa. :)

6 Taman Tema Air Harga Bajet Untuk Percutian Hujung Minggu

Bukit Gambang Resort Water Theme Park

6 Taman Tema Air Harga Bajet Percutian
Taman tema air Bukit Gambang Resort merupakan taman tema air terbesar di Pantai Timur. Teman tema air yang juga mempunyai tarikan Night Safari ini terletak di Bukit Gambang Kuantan Pahang. Antara yang menarik di taman tema air ini ialah adanya Coco Beach, iaitu pantai buatan manusia seluas 1 km selain segmen kanak-kanak Pulau Penguin dan lima jenis gelongsor air untuk dicuba.

Harga Tiket Masuk

  • RM32 Dewasa
  • RM22 Kanak-kanak
  • Telefon: 09-548 8000 / 016-988 4768

Morib Gold Coast Resort Water Theme Park

6 Taman Tema Air Harga Bajet Percutian
Antara taman tema air yang menjadi tumpuan warga KL dan Selangor di hujung minggu. Saya pernah ke Morib Gold Coast Resort Water Park sebanyak dua kali, memang menarik taman tema yang ada. Walaupun saya tidak berkesempatan untuk menginap, saya dapati taman teman air ini agak luas dan ada banyak permainan air untuk anak-anak mahupun dewasa. Lokasinya pula berdekatan dengan pantai, jadi sangat sesuai untuk percutian santai atau lokasi untuk perkelahanan.

Harga Tiket Masuk

  • RM25 Dewasa
  • RM15 Kanak-kanak

Buat mereka yang tinggal di bahagian selatan, iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, boleh juga cuba pergi ke Gold Coast Malacca International Resort Water Theme Park. Saya dah pergi dan menginap selama 2 hari 1 malam di sini. Memang best .. sebab boleh main air sampai tengah malam!

[Baca] Percutian di Gold Coast Melaka

Wet World Water Parks Shah Alam

6 Taman Tema Air Harga Bajet Percutian
Siapa yang tidak tahu mengenai Wet World Water Parks Shah Alam, terutama untuk warga kota Kuala Lumpur yang mahu cari destinasi percutian pendek bermain air. Wet World Water Parks Shah Alam juga dikenali sebagai taman tema air pertama mesra alam di Malaysia. Permainan tarikan utama di sini ialah Monsoon Buster Adventure iaitu gelongsor air sepanjang 205 meter, selain Super Hurricane iaitu gelung gelongsor air gergasi yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Harga Tiket Masuk

  • RM25 Dewasa
  • RM20 Kanak-kanak
  • Telefon: 03-5513 2020

Anda juga boleh cuba rangkaian Wet World Water Parks yang lain, iaitu di Pedas, Linggi, Negeri Sembilan dan juga di Batu Pahat. Anda boleh rujuk laman web Wet World Water Parks ini di sini - http://wetworld.my/

Desa Water Park Kuala Lumpur

6 Taman Tema Air Harga Bajet Percutian
Satu lagi destinasi popular warga kotaraya Kuala Lumpur. Desa Water Park menawarkan harga bajet percutian sekeluarga yang mahu merasai kesegaran dan kenikmatan bermain air. Menarik di taman ini adalah gelongsor air terpanjang di Asia, Thunderbolt.

Harga Tiket Masuk

  • RM37 Dewasa
  • RM26.50 Kanak-kanak

Bukit Merah Laketown Waterpark

6 Taman Tema Air Harga Bajet Percutian
Lokasi bermain air yang popular di Perak dengan harga bajet percutian sekeluarga. Saya sendiri menjadikan Bukit Merah Laketown Waterpark antara destinasi pilihan untuk bermain air. Ada kolam dengan ombak, serta kawasan bermain pasir. Untuk dewasa, ada bebola gergasi yang boleh dicuba selain beberapa gelongsor untuk kanak-kanak dan dewasa.

Harga Tiket Masuk

  • RM38 Dewasa
  • RM22 Kanak-kanak
  • Telefon: 04-227 9003

Water World A'Famosa Resort

6 Taman Tema Air Harga Bajet Percutian
Terletak di Melaka, ia merupakan taman tema air terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai permainan air termasuk gelongsor kelajuan tinggi, gelongsor dalam tiub, rakit keluarga dan kolam kanak-kanak. Saya tak berkesempatan ke sini, tetapi memang dalam perancangan kerana saya dapati banyak review yang sangat baik daripada beberapa rakan blogger saya mengenai Water World A'Famosa Resort ini.

Harga Tiket Masuk

  • RM48 Dewasa
  • RM36 Kanak-kanak

Jika anda bercadang untuk bercuti lebih lama di taman tema air yang saya senaraikan di atas, mungkin boleh membuat booking secara online menerusi pautan di bawah, in Sha Allah harga bajet percutian akan tersedia untuk anda. Jom bercuti, habiskan waktu cuti hujung minggu dan cuti panjang bersama keluarga ..

[+] Tawaran Harga Bajet Percutian Taman Tema Air Malaysia

Semoga bermanfaat.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement