Ujian Kelajuan Streamyx dan Unifi

Sejak dua menjak ni, terdapat beberapa gangguan capaian internet telah berlaku, khususnya untuk pelanggan Streamyx dan Unifi. Kelajuan capaian internet untuk Streamyx dan Unifi terjejas teruk, malah ada laman web yang susah nak akses terutama laman web luar negara. Ada sebab ianya berlaku .. dan in Sha Allah, saya akan maklumkan menerusi post selepas ini ... hehehe... kronik juga.

Tapi masalah kelajuan tersebut hanya berlaku dalam tempoh lebih kurang 72 jam. Namun, bagi blogger seperti saya yang bergantung dengan capaian tanpa had berkelajuan super pantas internet, masalah capaian seperti ini memang menggangu-gugat ketenteraman. Malah, boleh naik tension ... sampai mahu marah pada semua orang dan semua benda termasuk keyboard komputer .. kah kah kah.

Ujian Kelajuan Streamyx dan Unifi

Ok, sesudah dimaklumkan bahawa masalah telah selesai, maka saya pun membuat ujian kelajuan streamyx saya .. dan inilah hasilnya...
Ujian Kelajuan Streamyx dan Unifi
Ujian Kelajuan Streamyx dan Unifi
Anda boleh membuat ujian serupa menerusi link berikut:

[+] http://speedtest.tm.com.my/tmspeedtest.html

Dari ujian kelajuan Streamyx di atas .. bolehlah saya simpulkan bahawa capaian internet sudah kembali normal untuk pelanggan Streamyx yang langgan pakej 4Mbps - RM150 sebulan. Secara amnya, pelanggan Streamyx yang ambil pakej seperti saya akan menerima:

  • Kelajuan Download - Lingkungan 4.00 Mbps - 4.5 Mbps
  • Kelajuan Upload - Lingkungan 0.35 Mbps - 0.50 Mbps

Kalau kurang daripada apa yang dinyatakan di atas ini, bermakna talian internet TM - Streamyx anda bermasalah. Kelajuan download selalunya akan lebih tinggi, dan kelajuan upload pula hanya ada perbezaan antara 0.1 Mbps - 0.05 Mbps sahaja.

Apa berlaku jika terdapat gangguan? Semua nilai ujian kelajuan asas di atas akan jadi kurang ... maka, anda perlu laporkan kepada TM.

Orait, penyelesaian jangka pendek.

Nak tak nak, seorang pengguna internet yang serius mesti ada plan backup atau dengan kata lain alternatif untuk capaian internet, khusus untuk mereka yang betul-betul menggunakan internet untuk tujuan penting contohnya bisnes online atau perniagaan atas talian. Ada banyak plan internet yang bagus sekarang ini, walaupun tak banyak yang berikan kelajuan maksima yang sepatutnya untuk sebuah negara yang ada MSC ni .. huhuhu...

Nak tahu kenapa TM Streamyx dan Unifi lembab? Baca ni - Sebab Internet Lembab Bulan Mac 2016

Apa pakej broadband atau internet yang berbaloi selain TM Streamyx atau Unifi? Ada cadangan?


5 comments.. read them below or add one

reezluv reezluv March 08, 2016
aku cuma pakai streamyx je puas hati..lelain hampeh..tgk Yes kemain lagi cambest..skrg ni aku pakai 8mbps..4mbps aku pakai sebelum ni..RM140 sebelum GST...8mbps, RM150 sebulan...dekat RM160 le termasuk GST..jauh beza ngan 8mbps..

kat tempat aku biasanya depa buka lebih..macam isu kat tempat aku aritu, 4mbps..dia bukak 5mbps..dapat la speed dalam 4.3-4.5mbps...sebab selalunya memang akan reduce 20% drpd speed asal..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 08, 2016
Tempat aku belum buka lagi untuk lebih 4Mbps ni .. kalau ada memang mintak dah .. sbb banyar beza dalam rm10 je gitu. Tunggu promosi. Sellau ada promosi.

Yes aku guna untuk travel je. Awal dulu memang best pakai, skrang macam selalu on off je dah.
Unknown Unknown March 09, 2016
Aku lg trok nie...cek speedometer dpt 4mbps lbih..tp bila download 10kbps pon xlpas...ape masalahnyer nie...dah seminggu..naik tensen rasa...xbleh nak wat keje...bayar tetap bayar...bila tp nie dah seminggu mcm nie..bukan tm nak bayar blik pon...kita jgak taggung rugi...
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 09, 2016
Mesti putus-putus kan? Hmm ramai yang dapat masalah macam ni .. lagi kalau nak download fail besar. Dulu leh buat apa tu point-to-point .. tapi dah diharamkan pula.
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah March 11, 2016
Memang stress dengan line Streamyx sejak beberapa hari ni. Line penuh, tapi loading asyik fail. Awal bulan lagi ni.. Haihh

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.