9 Tips Kekal Sihat Musim Panas

Tips Kekal Sihat Musim Panas. Panas. Cuaca memang panas di utara Semenangjung Malaysia. Ada sesetengah tempat, suhu persekitaran mencecah sehingga 38 darjah celcius. Duduk saja-saja di luar rumah pun boleh berpeluh. Saya yang menyidai kain pun menitik peluh di dahi. Apatah lagi yang memang bekerja di luar, contohnya buruh binaan, kontraktor, petani dan nelayan. Awas! Cuaca yang terlampau panas boleh memudaratkan, jadi kena amalkan tips sihat yang telah diberikan oleh KKM sebagai panduan.

Semasa cuaca panas ni, kebanyakan suri rumah termasuklah house husband seperti saya lebih suka mengenakan pakaian nipis dari kapas. Bukan nak tampil seksi, tetapi bagi memastikan badan tidak terkena strok haba. Jadi, bukan kepelikan andai ada anak dara mahupun mak orang yang hanya nampak seperti berkemban bila berada di dalam rumah. Saya sendiri pun tak berasa selesa berbaju di dalam rumah, malah semua anak-anak saya tak pakai baju ketika cuaca panas panahan El Nino sekarang ni.
Tips Kekal Sihat Musim Panas
Itu adalah salah satu tips untuk kekal sihat semasa musim cuaca panas sekarang. Anda perlu memakai pakaian yang nipis dan ringan diperbuat daripada material yang membolehkan udara mengalir. Jika tidak, haba yang terperangkap boleh menyebabkan badan menerima implikasi yang tidak baik untuk kesihatan.

9 Tips Kekal Sihat Musim Panas

Bila keadaan panas, aktiviti pun jadi terhad; terutama sekali aktiviti luar. Badan akan mudah terhidrat atau kekurangan air. Buat mereka yang memang dah ada masalah kesihatan, lagilah perlu lebih berhati-hati. Kena pastikan badan menerima air secukupnya.

Apabila badan berada di dalam keadaan kepanasan, memang tak selesa dibuatnya. Apatah lagi kalau rumah tidak ada penyaman udara. Kipas yang dipasang berkelajuan maksima pun tak boleh nak hindar bahang kepanasan yang ada. Jika sidai kain di jemuran, dalam masa sejam sahaja ... kain dah kering. Kalau hari biasa, kena biarkan paling tidak 3 jam untuk kering sepenuhnya.

[Baca Ini Juga] Bisnes Aiskrim Income Sampingan Lumayan Ketika Musim Panas

Saya kongsikan infografik ini untuk panduan serta tips kekal sihat di musim panas.

Tips Kekal Sihat Musim Panas
Antara tips yang diberikan oleh pihak KKM ialah:
  1. Minum banyak air kosong, dan kurangkan meminum minuman berkafein dan banyak gula. Contohnya kopi, teh tarik dan juga teh. Tapi kalau nak kurangkan sejuk badan, boleh amalkan minum teh hijau yang menyegarkan.
  2. Gunakan kipas atau pendingin hawa. Jika risau gunakan pendingin hawa akan naikkan bil elektrik, cuba baca tips yang telah saya kongsikan di sini - 5 Tips Untuk Jimatkan Elektrik Apabila Guna Aircond
  3. Kurangkan melakukan atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar, terutama sekali aktiviti berat dan yang dibuat di kawasan terdedah secara terus kepada pancaran sinar matahari. Kalau nak buat aktiviti luar .. saya syorkan buat aktiviti ni - Berendam dan Mandi Manda di Jeram Ulu Kenas
  4. Pakai losyen pelindung matahari.
  5. Memakai pakaian yang ringan, nipis dan longgar. Jangan memakai pakaian berwarna gelap, kerana ia mudah menyerap haba.
  6. Elakkan berada di dalam kenderaan yang tertutup tanpa pendingin hawa.
  7. Minum air isotonik untuk gantikan garam yang hilang kerana peluh.
  8. Pakailah topi atau payung untuk melindungi diri daripada pancaran matahari.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan ramai, terutama mereka yang tinggal di bahagian utara Semenanjung Malaysia yang alami cuaca dan suhu panas yang tinggi. Biasanya suhu persekitaran adalah antara 28-30 darjah celsius, jadi kalau dah nak sampai 40 darjah celsius tu .. memang badan akan terkejut dan beri kesan negatif terhadap kesihatan.

Maka, sangat dinasihatkan untuk amal 9 tips kekal sihat musim panas yang telah dikeluarkan oleh KKM.




1 comment... add one now

Nur Fannun Nur Fannun March 29, 2016
suhu lebih dr suhu badan mmg bhaya la..dh macm suhu demam. (demam panas).

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.