Langkau ke kandungan utama

Shopify - Kedai Online Percuma 14 Hari Untuk Usahawan Malaysia

Shopify - Kedai Online Percuma 14 Hari Untuk Usahawan Malaysia. Tahukah bahawa platform e-commerce Shopify memberikan akses secara percuma selama 14 hari kepada usahawan di Malaysia? Sebenarnya, masih ramai lagi usahawan yang masih menggunakan cara dan kaedah lama untuk menjual secara online. Walhal, menerusi platform e-commerce Shopify, usahawan boleh memanfaatkan 1001 kelebihan yang ada khususnya untuk usahawan yang mahu meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.

Menerusi laman web Shopify, usahawan di Malaysia boleh membina dan membuka kedai dalam talian dengan lebih mudah tanpa memerlukan pengetahuan teknikal. Malah, sebuah kedai online lengkap boleh dibina dalam masa beberapa minit sahaja. Ia menyediakan penyelesaian e-commerce untuk usahawan menerusi ratusan reka letak web bagi perniagaan dalam talian (online) dan menawarkan cara penggunaan yang mudah.

Andai anda seorang usahawan, dan belum mempunyai sebuah kedai online sendiri, atau mungkin mahu mendapatkan sebuah kedai online yang lengkap dengan ciri terbaik, maka inilah masanya untuk mewujudkannya menerusi Shopify, apatah lagi ianya percuma untuk 14 hari!

Shopify - Bina Kedai Online Secara Percuma Selama 14 Hari

Shopify, bukan setakat memberikan peluang untuk usahawan Malaysia untuk memiliki sebuah kedai online yang nampak profesional, tetapi juga dapat memberikan usahawan peluang menjana pendapatan lebih baik, keuntungan lebih tinggi dan seterusnya mengukuhkan jenama kepada lebih jutaan pengguna Shopify di seluruh dunia. Serius, memang banyak aspek dalam Shopify yang membolehkan ramai usahawan samada online atau offline yang dapat dimanfaatkan.

Dilancarkan Julai 2013 di Malaysia

Sejak Shopify dilancarkan pada Julai 2013, ia telah menarik minat ramai usahawan di Malaysia, terutamanya usahawan muda yang proaktif. Usahawan-usahawan ini melihat peluang terbuka luas untuk pasaran lebih besar. Ramai yang mengambil kesempatan dengan tawaran 14 hari membina kedai online percuma menerusi Shopify, yang akhirnya mengambil keputusan untuk terus menggunakannya bagi meningkatkan jualan, dan memperoleh margin keuntungan lebih besar.

Mana tak menarik, sebab mereka boleh menjual produk dengan harga dalam USD, dan mempunyai pelanggan dari seluruh dunia.

Paling menarik, ia menjadi perhatian usahawan yang menjual produk seperti pakaian muslimah, tudung, biskut homemade, aksesori perhiasan diri, dan juga t-shirt. Semuanya dijual secara online, menerusi aplikasi dan sistem automatik yang disediakan di dalam Shopify. Pembeli produk mereka terdiri dari pelanggan serata dunia, dan paling menarik pakaian seperti tudung, jubah, dan aksesori wanita laris di benua Arab dan Eropah.

[Baca] Kehebatan 3 Lelaki Jual Produk Dropship Buat Sales RM413,000 Dalam Masa 2 Bulan Menerusi Shopify

Secara amnya, Shopify ialah sebuah kedai online tetapi dengan ciri-ciri yang dapat membantu usahawan melariskan jualan. Ia bukan sahaja menyediakan cirian lengkap untuk sebuah kedai online profesional, malah menyediakan banyak saluran pembayaran untuk memudahkan pembeli melakukan transaksi di kedai online Shopify milik usahawan.

Nak mencuba sistem Shopify untuk 14 hari? Klik butang di bawah ini. Ianya percuma!

Berikut adalah saluran pembayaran yang disediakan dalam e-commerce Shopify:
  • 2Checkout
  • BitPay
  • Braintree
  • Coinbase
  • ePay / Payment Solutions
  • eWAY Rapid 3.1
  • GoCoin
  • IPay88
  • MasterCard Payment Gateway Services
  • MOLPay
  • NETbilling
  • PacNet Raven
  • PayDollar
  • Payment Express PxPay
  • PaymentExpress
  • PayPal Express Checkout 

[Fakta] Jumlah pengguna internet di Malaysia dijangka mencecah 21 juta pada 2016, sekali gus dijangka meningkatkan e-dagang (e-commerce) dan dagangan mudah alih - Ketua Pembangunan Perniagaan Shopify Brennan Loh, dalam Sinar Harian

Saya nampak ramai pemilik perniagaan dan usahawan yang ingin memiliki kedai dalam talian sendiri tetapi tidak dapat melakukannya kepada kurang pengetahuan mengenai isu teknikal dan menyangka kos untuk membuka laman web sendiri itu adalah mahal. Jadi penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan menggunakan perkhidmatan yang ada dalam Shopify. Andai anda usahawan yang nampak peluang lebih luas, maka saya syorkan anda untuk mencuba Shopify ini.

Pakej Berbayar Bermula dari RM46/Bulan

Usahawan boleh mencuba sistem Shopify dan membina kedai online sendiri tanpa sebarang bayaran selama 14 hari. Dan seandainya berpuas hati, anda boleh meneruskannya dengan pakej serendah RM46/bulan. Ia sudah dikira cukup murah jika nak dibandingkan dengan upah membina sebuah laman web perniagaan yang lengkap! Belum masuk lagi soal hosting laman web, dan beberapa cirian lain yang kosnya agak tinggi.

Platform yang disediakan oleh Shopify ini membolehkan sesiapa sahaja dapat menghasilkan sebuah kedai online sendiri yang nampak profesional. Dilengkapi dengan kemudahan shopping-cart, data pelanggan, data pengguna, sistem tracking dan banyak lagi. Manakala untuk proses pembayaran pembelian, Shopify menggunakan khidmat penyedia pembayaran online iPay88. Anda tidak perlu susah-susah untuk memikirkan cara dan kaedah, kerana Shopify telah menyediakannya untuk anda. Menerusi iPay88, usahawan Malaysia boleh memproses bayaran menerusi internet secara automatik sama ada secara tunai atau menggunakan kad kredit, paling penting sistem menjamin keselamatan transaksi.

[Baca] 6 Sebab Memilih Shopify Untuk Kedai Online

Usahawan Dapat Akses Maklumat Urusniaga dan Pembeli

Menerusi platform ini, pemilik perniagaan dan usahawan boleh mendapatkan laporan Shopify yang dilengkapi maklumat penting seperti data pelanggan, corak pembelian dan sejarah tempahan pelanggan untuk bantu peniaga kembangkan perniagaan mereka. Usahawan boleh menggunakan data ini untuk menghasilkan list atau senarai pelangggan bagi mewujudkan penawaran kepada mereka di masa akan datang.

Video Promo Kedai Online Shopify

Tonton video di bawah ini agar anda boleh fahami secara am bagaimana pemilik pernigaan dan usahawan meluaskan perniagaan menerusi platform e-commerce Shopify ini...

Apa Diberikan oleh Shopify untuk Usahawan Malaysia

Apa yang patut anda tahu mengenai servis yang diberikan oleh Shopify ini:
  • Tidak kenakan sebarang caj untuk setup kedai online anda, walaupun untuk akaun percuma anda.
  • Boleh cancel akaun Shopify bila-bila masa bila mana anda merasakan ia bukan platform terbaik untuk bisnes anda.
  • Akaun berbayar dicaj secara bulan ke bulan. Jadi keuntungan yang anda buat menerusi platform ini boleh dijadikan modal untuk teruskan akaun berbayar.
  • Plan kedai online yang disediakan dalam Shopify ada beberapa pakej, dan anda boleh bertukar dari pakej A ke pakej B dan sebaliknya dengan mudah.
  • Shopify memastikan data pelanggan, data pengguna termasuklah data usahawan berada di dalam tahap keselamatan tertinggi - PCI Compliant.
  • Boleh gunakan nama domain kedai online sedia ada untuk Shopify.
  • Unlimited bandwith untuk semua akaun Shopify, bermakna kedai online anda boleh diakses sepanjang masa tanpa masalah, tanpa gangguan walaupun mempunyai ribuan pelanggan sedang melihat produk yang anda jual.
  • Tidak perlu hosting, semuanya telah sedia lengkap dalam sistem e-commerce Shopify.
  • Boleh sediakan platform pembayaran sendiri selain disediakan oleh Shopify, misalnya pembayaran menerusi ATM, dan pindahan wang. Pembayaran boleh direkodkan di dalam sistem Shopify.
  • Anda boleh track pembayaran, penghantaran produk dan sebagainya menerusi Shopify. Malah pembeli juga dapat info yang sama secara automatik.
  • Shopify, kedai online milik anda boleh diakses menerusi tablet (responsive) malah dalam aplikasi di Google Store dan AppStore, tanpa perlu keluarkan kos tambahan untuk anda setup.
  • Anda boleh jual produk anda ke hampir semua saluran media sosial - FB, Instagram, Pinterest, LinkedIn dan macam-macam lagi.
  • Anda boleh ciptakan kod diskaun anda sendiri untuk hasilkan lebih banyak jualan menerusi Shopify.

Rekabentuk Kedai Online Shopify

Dan cuba lihat beberapa rekabentuk atau template yang tersedia untuk anda gunakan bagi kedai online anda ... semuanya boleh dilakukan dengan mudah. Dalam beberapa minit sahaja, anda boleh ada kedai online anda sendiri.
Contoh kedai online Shopify
Contoh kedai online Shopify
Menerusi Shopify, anda boleh wujudkan kod diskaun untuk ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan dengan lebih mudah. Kedai online anda bukan sekadar boleh diakses menerusi komputer, malah boleh diakses menerusi tablet, peranti mudah alih dan juga telefon pintar. Ia penyelesaian terbaik untuk mewujudkan pelbagai saluran promosi serta pembelian untuk bisnes dan produk anda.


Segalanya sudah tersedia, dan dipermudahkan untuk usahawan Malaysia ... apa yang perlu ialah menggunakan sistem ini untuk bisnes anda. Kedai online anda bukan hanya akan tersedia untuk pasaran Malaysia, malah ke luar negara.

Daftar percuma sekarang, dan gunakan sistem e-commerce Shopify selama 14 hari sekarang! Klik pautan di bawah untuk daftarkan akaun Shopify dan wujudkan kedai online bisnes anda.

[Daftar] Create Your Online Store for 14 Days Free Trials

Dan seandainya anda mahu mahirkan diri dengan Shopify dan jana pendapatan dan keuntungan berlipat-kali ganda, maka saya syorkan anda untuk sertai kursus online Shopievo. Kursus online ini telah dibuka pendaftaran sejak awal Mac 2016 dan bakal ditutup pada 7 April 2016. Hampir 500 usahawan telah ambil peluang untuk jalani kursus ini yang mengajar cara, teknik, dan kaedah terbaik untuk hasilkan jualan sehingga USD90K. Berminat nak tahu?

[Klik] Daftarkan Diri Untuk Kursus Shopievo

Seharusnya peluang ini adalah yang terbaik untuk usahawan Malaysia meluaskan bisnes tanpa sempadan.

Kredit: Blog Sabrina Tajudin



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. wah... bestnya peluang terbaik untuk mengembangkan bakat dalam bisnes online :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shopify satu platform untuk usahawan Malaysia tembusi pasaran luar negara. Lebih banyak untung bila berjaya luaskan pasaran ni .. bayar lak dalam USD!

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…