Langkau ke kandungan utama

Senarai Pilihan Logo Baru Harimau Malaysia FAM

Mungkin ramai yang dah tahu, terutama sekali peminat bolasepak Malaysia; bahawa pihak Persatuan Bolasepak Malaysia ada menganjurkan satu kontest mencipta logo untuk pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia - Harimah Malaysia. Kontest tersebut telahpun berakhir dan pihak FAM telah pun menyenaraikan 5 logo pilihan untuk Harimau Malaysia. Kini, logo-logo yang telah dipilih oleh FAM sedang dalam proses pemilihan akhir dalam bentuk undian online.

Kepada yang mungkin masih menaruh kepercayaan terhadap FAM, mungkin boleh turut serta dalam undian ini yang menampilkan 5 rekabentuk logo baru untuk pasukan bolasepak Harimau Malaysia. Motifnya rekabentuk logo baru adalah sebagai langkah penjenamaan semula pasukan bolasepak Malaysia yang sedang cuba meletakkan diri dalam pasukan terbaik Asia Tenggara.

Senarai Pilihan Logo Baru Harimau Malaysia FAM

Senarai Pilihan Logo Harimau Malaysia FAM
Mari lihat 5 rekabentuk logo Harimau Malaysia pilihan akhir oleh juri FAM ini. Agak-agak mana pilihan yang paling sesuai dan terbaik pada pandangan kreatif anda?
Senarai Pilihan Logo Harimau Malaysia FAM
Senarai Pilihan Logo Harimau Malaysia FAM
Senarai Pilihan Logo Harimau Malaysia FAM
Senarai Pilihan Logo Harimau Malaysia FAM
Senarai Pilihan Logo Harimau Malaysia FAM
Ada rasa minat untuk mengundi logo-logo pilihan akhir FAM ini? Jika mahu mengundi, anda boleh ke laman berikut - http://www.undiharimaumalaysia.com/

Pandangan Masing-Masing Berbeza

Apa jua pandangan anda tentang rekabentuk logo ini ... pastikan anda mempunyai alasan yang cukup bagus. Bukan mudah nak mencipta sesuatu logo ini .. serius ... saya pernah buat, dan ia sangat memenatkan. Kepada mereka yang terpilih di dalam senarai pilihan logo baru Harimau Malaysia ini, saya ucapkan tahniah. Nampaknya hasil kekreativiti asli anda telah mendapat tempat di hati juri profesional FAM.

[Bacalah Juga] Logo Satu Bentuk Penjenamaan Berkesan

Kepada juri-juri FAM, moga pemilihan anda ini merupakan pilihan yang disukai oleh peminat bolasepak Malaysia .. kalau tidak, tak guna meminta undian jika tiada satu pun yang menarik minat pengundi. Dan diharap, pengundian ini akan berjaya meletakkan logo pilihan yang paling terbaik untuk memberikan gambaran akan kehebatan sebenar pasukan bolasepak Malaysia.

Selamat mengundi pada yang nak berikan undi.

p.s: Harapnya lepas ada logo, maka mutu bolasepak dapat dipertingkatkan ... mungkin boleh di masa akan datang buat undian terbuka untuk pilih siapa yang terbaik menerajui FAM ke .. huhuhu.... buat macam sekarang ni .. undi secara online. :)


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…