Tahniah kepada rakan blogger yang tersenarai sebagai pemenang anugerah - Malaysia Social Media Week Awards 2016. Memang terbaiklah mereka yang menang. Bukan mudah nak menang anugerah ni memandangkan ia mengambil kira jumlah undi serta pemilihan oleh pihak juri.

Blog saya yang tersenarai dalam pilihan Best Blog of The Year MSMW2016 (calonkan diri) gagal untuk berada dalam kelompok hebat blogger-blogger ini. Tambahan lagi, saingan dalam kategori ini memang dasyat-dasyat belaka. Saya pernah tampilkan antara blog yang tercalon menerusi entri - Senarai Best Blog of The Year MSMW2016

Senarai Blog - Blogger Pemenang Awards MSMW2016


Jadi, tentu anda nak tahu siapakah dan blogger/blog manakah yang telah berjaya menggondol anugerah MSMW2016 kali ini?
  • Best Blog of The Year 2016 - www.pembina.com.my
  • Best Foodie Blog - www.mahamahu.com oleh Mahadir Mohamed Arifin
  • Best Lifestyle Blog - www.ruby.my oleh Rabiatul Adawiyah Zakaria
  • Best Travel Blog - www.runawaybella oleh Aliza Manap
  • Best Content Blog - www.cikguhailmi.com oleh Norhailmi Abdul Mutalib
  • Best Video Blog - www.youtube.com/user/pojiegraphy oleh Mohd Shahril Fawzy
  • Most Engaging Blog - www.kisahemasputih.com oleh Siti Aminah Idrus
  • Most Entertaining Blog - huseinrider.blogspot.my oleh Ahmad Husaini Mohamad
  • Promising Blog of The Year - www.viramon.com oleh Vocket Media

Amacam? Ada yang anda undi menang dalam kategori mereka tak? Saya secara amnya hampir mengenali semua yang tersenarai di atas ... dan ada antaranya pernah saya ketemui. Paling menarik perhatian saya ialah kategori Promosing Blog of The Year tu ...

Kalau anda nak tahu, ia merupakan sebuah blog himpuan artikel terbaru yang patut anda join sebagai komuniti, boleh hantar artikel blog anda untuk dipaparkan. Jadi, dengan kemenangan blog ini .. pasti akan menjadi perhatian ramai, maka ... uh .. pandai-pandailah fikir sendiri .. :P Dan tengoklah siapa empunya blog tu ... nama besar kot dalam dunia blog Malaysia .. hoho.

Tahniah kepada semua rakan blogger yang telah menang anugerah dalam MSMW2016 yang telah diadakan di Glass House at Seputeh yang dikhabarkan cantik tempatnya ...

Memang terbaiklah mereka ni .. salute salute .... moga bertambah maju jaya untuk tahun mendatang, in Sha Allah memberikan satu taraf terbaik untuk blogger Malaysia.


29 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. zzz haritu nak undi denaihati.com last last tertekaan pembina.

    BalasPadam
  2. sungguh acara yang sangat dinanti-nanti :) selamat untuk para pemenang, dan semoga yang belum beruntung selalu termotivasi :) saya selalu support (y)

    BalasPadam
  3. bukan senang juga nak dapat nama dan reputasi seperti mereka..

    tabik spring buat mereka ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang hebat .... bukan mudah nak survive dalam dunia blog skarang ni

      Padam
  4. Rasanya list tahun ini, memang layak menang. All da best.

    Jangan tertiba tahun depan, tutup blog he...23x

    BalasPadam
  5. ada sebahagiannya YB biasa jengok blog, ada juga yang tak pernah tengok dan tak pernah tahupun kewujudannya :P.
    Tetapi agak terkejut juga sebab ada blog YB undi tu.. tak berjaya pula.
    Tahniah jugalah kepada mereka yang berjaya.

    BalasPadam
  6. Undi adalah rahsia.Hihi..Apapun saya memang kagum dengan semua. Yang tak berjaya pun kalau tengok senarai pencalonan, bukan calang-calang bagi saya. Mungkin bukan rezeki tahun ini.Tahniah kepada semua.

    BalasPadam
  7. tahniah kepada semua pemenang.. Eyda ada undi uzu daripada kisah emas putih..

    BalasPadam
  8. iklan kacaulah. nak bukak page pun kena klik2 iklan... tunggu iklan hilang... aishh... letih bang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh saya sedang buat ujian pengiklanan revenuehits - alternatif untuk adsense.

      Padam
    2. Ok. Saya dah letakkan setting conditional tag dalam script. Hanya keluar pada post2 tertentu sahaja.

      Padam
  9. tahniah semua pemenang dan peserta....

    BalasPadam
  10. Taniah untuk pemenang...

    Yang tidak berjaya boleh cuba lagi pada masa hadapan..

    Yang tak pernah mencalonkan diri seperti saya ... Apa kata kita sama - sama cuba untuk penjenamaan ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeap .. bagi orang2 yang ada duit, ada pengaruh tahu kewujudan blog kita.

      Padam
  11. Tahniah kepada semua pemenang...

    BalasPadam
  12. Tahniah buat semua yang menang. Hebat semuanya.

    BalasPadam
  13. Banyak lagi nak kena buat jika nak sehebat mereka. Tahniah buat blogger yang menang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mereka semua blogger yang bekerja keras untuk berjaya

      Padam
  14. tahniah kepada semua pemenang....boleh singgah ke blog mereka yang pelajari teknik penulisan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer .. betul tu .. banyak benda leh belajar dr blog yang menang ni.

      Padam
  15. tahniah kepada semua pemenang. Kebanyakan saya tak pernah dengar..

    BalasPadam
  16. Terima kasih bro... dan tahniah kepada semua pemenang lain.. Tahun depan giliran bro lak mana kita tahu kan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement