Semakan Online Penerima WPP PTPTN. Untuk info, kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM yang layak menerima Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN, anda boleh menyemak status tawaran WPP ini menerusi laman web PTPTN yang telah disediakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda.

Kepada yang layak, anda akan menerima WPP dari PTPTN sejumlah RM1,500 sebagai bantuan persediaan sebelum mendaftar masuk ke IPTA dan juga Politeknik. Hanya pelajar warganegara Malaysia daripada keluarga (ibu bapa) yang menerima BR1M akan ditawarkan WPP ini. Tawaran WPP ini diberikan untuk program Diploma serta Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA dan juga Politeknik.

Semakan Online Penerima WPP PTPTN

Hanya mereka yang layak sahaja boleh membuat semakan secara online penerima WPP PTPTN ini. Semakan boleh dibuat menerusi pautan berikut - Semakan WPP
Semakan Online Penerima WPP PTPTN
Kepada mereka yang ditawarkan, dan telah membuat semakan; berikut adalah tatacara untuk mendapatkan WPP tersebut:
  1. Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
  2. Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
  3. Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
  4. Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.
  5. Waran hanya boleh ditunaikan melalui kaunter bank sahaja.
Sumber: Laman Web PTPTN

Semoga bermanfaat.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

4 Komen

dah banyak proses yang dipermudahkan sekarang nie... semaklah sesiapa yang berkenaan tu yer.

Reply

nanti dah habis belajar jangan lupa bayar balik...takut nanti ada tunggakan. saya bayar sikit-sikit ja dahulu. =)

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.