Permohonon Diploma Kursus Kemahiran Institut Kraf Negara

Berita baik untuk lepasan SPM dan STPM mahupun sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus kemahiran. Pihak Institut Kraf Negara sedang menawarkan peluang untuk mereka yang berminat terutama lepasan SPM bagi mengikuti Kursus Kemahiran Seni Kraf Malaysia bagi belia Malaysia. Kursus ini sedang dibuka untuk permohonan secara online untuk kemasukan Julai dengan matlamat - Satu Belia, Satu Kemahiran.

Kursus ini adalah untuk memberikan peluang kepada lepasan SPM dan STPM untuk memperoleh Diploma dan Sijil menerusi kursus kemahiran dalam enam program khusus. Dan kesemua program ini adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Permohonon Kursus Kemahiran Institut Kraf Negara Untuk Lepasan SPM dan Belia Malaysia

Iklan Permohonon Kursus Kemahiran Institut Kraf Negara (IKN)
Enam kursus yang ditawarkan dalam program Diploma dan Sijil adalah seperti berikut:
  1. Seni Kraf batik
  2. Seni Kraf Tenunan
  3. Seni Kraf Seramik
  4. Seni Kraf Logam
  5. Seni Kraf Kayu
  6. Seni Kraf Rotan dan Buluh

Tempoh Kursus

Diploma
  • 6 Semester (3 Tahun)
  • Lulus SPM/SPMV @ Sijil Yang Setaraf
  • Kepujian Dalam BM & 4 Subjek Lain
Sijil
  • 4 Semester (2 Tahun)
  • Lulus SPM/SPMV @ Sijil Yang Setaraf
  • Kepujian 1 Subjek & Lulus BM & 2 Subjek Lain

Syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat kemasukan untuk program-program yang ditawarkan oleh IKN:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18-25 Tahun
  3. Minat & Berbakat Dalam Bidang Kraf

Mereka yang berjaya untuk melanjutkan bidang kemahiran di IKN akan diberikan elaun sara diri sebanyak RM150 bagi program Diploma, dan sebanyak RM120 bagi program Sijil. Yuran pengajian pula ditanggung sepenuhnya. Manakala makan dan minum disediakan 3 kali sehari selain tempat penginapan (asrama) percuma.

Cara Memohon

Anda boleh memohon untuk mengikuti program kemahiran IKN menerusi cara-cara berikut:
  1. Permohonan secara online menerusi pautan ini - http://58.26.125.253/application/index.asp, untuk permohonan online, sila rujuk dan muat turun panduan di sini - Panduan IKN 
  2. Atau hubungi:
Institut Kraf Negara No.1, KM 20 Jalan Ipoh-Rawang Taman Rekreasi Templer 48000 Rawang Selangor Tel : 03-60915322 Faks : 03-60926072

Borang permohonan juga boleh didapati menerusi pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dengan menghubungi nombor telefon seperti di bawah :

Permohonon Kursus Kemahiran IKN

Tempoh permohonan adalah dari 03 Februari 2016 hingga 15 Jun 2016.

Untuk info lanjut, boleh juga layari - http://www.ikn.gov.my

Semoga bermanfaat.



{ 7 comments.. read them below or add one }

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah March 18, 2016
Bagus ada kurus kemahiran macam ni. Boleh mohon bagi mereka-mereka yang berminat.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit March 18, 2016
Banyak kemudahn yang diberikan. Dah la makan percuma. bagi duit lagi. Bagus ni.
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz March 18, 2016
Pada mereka yg minat seni..blh la memohon..tarikh akhir 15june2016 banyak masa lagi untuk fikir kursus apa yang nak di ambil..
Meja Rias Murah Meja Rias Murah June 11, 2016
nitip jualan furniture jepara gan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.