Thursday, March 24, 2016

Peluang Masuk Kontrak Tender Kerajaan


Peluang Masuk Tender dan Kontrak Kerajaan - Ramai usahawan Malaysia yang sebenarnya tidak yakin dengan keupayaan diri, lalu tidak berani untuk masuk tender dan kontrak kerajaan. Tender kerajaan adalah merupakan satu jalan untuk kembangkan bisnes selain memperoleh peluang yang lebih besar untuk perniagaan. Antara sebab kenapa usahawan Malaysia tidak berani dan kurang yakin ialah kerana mereka sendiri tidak ada ilmu berkaitan tender atau perolehan kerajaan ini.

Saya banyak mendengar kisah kejayaan usahawan-usahawan yang berjaya masuk dan menang tender kerajaan ini. Salah seorang dari pencerita kisah ini adalah bapa saudara kepada isteri saya. Dari seorang peniaga jual barangan terpakai, akhirnya dapat tender kerajaan yang menguntungkan iaitu membekalkan _____ kepada sebuah agensi kerajaan.

Peluang Masuk Kontrak Tender Kerajaan

Peluang Masuk Kontrak Tender Kerajaan
Negara membangun dan sedang menuju ke arah negara maju seperti Malaysia memang banyak peluang untuk masuk tender, perolehan dan kontrak kerajaan. Ada banyak projek, dari berskala kecil, sederhana sehinggalah ke bertaraf mega yang memerlukan khidmat dari usahawan, kontraktor, serta syarikat. Ia meliputi segala macam sektor dari servis, perkhidmatan, pembekal bahan mentah, penyediaan makanan, pembinaan, dan macam-macam lagi.

Seperti di awal saya beritahu, antara sebab ramai usahawan Malaysia tidak berani bersaing mendapatkan tender ialah kerana mereka kekurangan ilmu mengenainya. Paling teruk ialah ada yang anggap bahawa untuk masuk tender kerajaan memerlukan orang dalam dan berpengaruh agar tender dapat diluluskan. Itu semua cerita lama ... jangan sesekali membudayakan korupsi ini; apatah lagi menjadi penghalang untuk lebih berjaya di dalam bisnes dan perniagaan.

Cara Betul Untuk Dapatkan Kontrak Kerajaan (klik) - Panduan Perolehan Kerajaan 2016

Amalkan cara dan kaedah yang betul, sihat dan paling penting .. tidak menyalahi undang-undang. Apa yang diperlukan ialah panduan, cara dan langkah yang sebenar untuk masuk bersaing dalam mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan ini. Ada bajet sebanyak RM267.2 billion (2016) dalam pelbagai projek, kontrak, perolehan, dan tender yang perlu direbut.

Contoh Senarai Tender, Kontrak, Perolehan dari Agensi Kerajaan

Lihat sahaja peluang-peluang dalam tender dan perolehan kerajaan ini dari pelbagai agensi dan kementerian dalam kerajaan ini:
Peluang Masuk Kontrak Tender Kerajaan
Peluang Masuk Kontrak Tender Kerajaan
Senarai Tender Kerajaan Malaysia 2016
Senarai Tender Terbuka Kerajaan Malaysia 2016
Tender MOSTI
Itu baru sedikit. Ada banyak lagi kementerian, termasuk agensi di bawah kerajaan negeri yang menawarkan peluang untuk usahawan, kontraktor dan syarikat yang berdaya saing memasuki tender atau perolehan. Dan paling menariknya ialah peluang ini sangat terbuka luas untuk Bumiputera.

[Baca] Rujukan serta Tips Untuk Mendapatkan Tender

Senarai Peluang Memasuki Tender dan Kontrak Kerajaan

Anda boleh rujuk di laman web kementerian-kementerian, dan agensi kerajaan untuk peluang masuk tender ini. Antaranya:

Mungkin ada usahawan yang tidak tahu ... bahawa pinjaman juga boleh senang lulus andai dapat banyak tender kerajaan dan berjaya dilaksanakan dengan baik. Malah, dengan adanya kredit tertentu dari pemberi tender, tidak mustahil lebih banyak tender lain yang akan menyusul. Dan seperti saya katakan di awal post ini ... usahawan mesti ada ilmu, dan belajar cara yang betul untuk dapatkan tender dan menang tender.

Panduan Untuk Masuk, Seterusnya Menang Tender dan Kontrak Kerajaan

Rebut peluang untuk memasuki tender serta e-perolehan kerajaan. Mahu belajar dan mahu ilmu ini, maka saya syorkan anda untuk muat turun panduan berikut dalam bentuk ebook (pdf).
Panduan untuk masuk dan menang tender kontrak kerajaan
Panduan ini akan menerangkan dari A hingga Z++ tentang cara bagaimana untuk memasuki tender kerajaan, dan seterusnya menang tender yang ditawarkan. Ia ditulis oleh Khairul Nizam Bakar yang mempunyai pengalaman dan latar belakang yang sangat baik dalam perolehan kerajaan. Ia sesuatu yang harus dimiliki oleh mereka yang tidak mahu lepaskan peluang sepertimana yang telah diumumkan dalam Bajet Kerajaan.

Dapatkan panduan tersebut menerusi pautan berikut (klik) -Panduan Perolehan Kerajaan 2016

Panduan ini terbahagi kepada 7 bahagian, dengan 22 bab; sebanyak 230 muka surat. Ia dijual dengan harga mampu milik - RM100 satu set lengkap dari memulakan bisnes, cara daftar e-perolehan, bagaimana nak dapatkan tender, mencari peluang tender dan seterusnya teknik untuk berjaya dalam penawaran tender kerajaan.
Ilmu ini penting. Tanpa ilmu, kemungkinan korupsi akan menjadi nadi pembangunan negara. Maka, bertanggungjawablah .. dan amalkan cara yang betul dan sah.

Kongsikan kepada yang lain.


Peluang Masuk Kontrak Tender Kerajaan
4/ 5
Oleh

Baca Artikel Terkini Menerusi Email (PERCUMA)

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

Komen Anda

7 komen

Tulis komen
avatar
24 March, 2016 14:57 delete

Senang kalau banyak fulus..huhu

Reply
avatar
24 March, 2016 15:34 delete

Ehh .. boleh dapatkan pinjaman bank ... gunakan tawaran tender tu untuk mohon pinjaman. :)

Reply
avatar
24 March, 2016 19:07 delete

best kalau dapatt tender kerajaan ni

Reply
avatar
24 March, 2016 20:52 delete

Biasanya kami cek di eperolehan

Reply
avatar
24 March, 2016 21:14 delete

Yeap ... kalau daftar e-bidding, memang tgk tender kat sana.")

Reply
avatar
25 March, 2016 07:57 delete

Bukan senang nak dpat tender kerajaan. Ada panduan macam ni bagus.

Reply
avatar
25 March, 2016 07:59 delete

Geng yang main-main tender kena belajar dari panduan ni.

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang didapati tiada kaitan dengan artikel akan dipadam serta-merta. Untuk tujuan promosi dan iklan, sila hubungi saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.