Langkau ke kandungan utama

Pelancaran Stokist Dazzling Glow Penang

Beberapa minggu lepas, saya telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Stokist Dr.Glow di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Penang. Fuh .. ini adalah event pertama untuk tahun 2016 yang saya hadir, dan merupakan event pertama juga yang berkaitan produk kecantikan.

Heh .. siapa kata blogger lelaki tak boleh hadir ke satu event berkaitan produk kecantikan ehh? Come on ... jangan pandang sebelah mata pada blogger yang dah berusia macam saya ni ye .. huhuhu.. masih ada tarikan gitu.

Pelancaran Stokist Dazzling Glow dan Dr Glow Penang

Memang best dapat hadir ke sebuah majlis yang dihadiri oleh para jelitawan, yang merupakan pengguna, agen dan stokis produk Dazzling Glow dan Dr.Glow ini. Dah pastilah semua mereka ini mempunyai wajah berseri-seri, glowing dan nampak flawless - membuktikan bahawa produk yang digunakan bukan hanya sekadar indah khabar dari rupa.
Pelancaran Stokist Dazzling Glow Penang
Majlis pelancaran stokist untuk produk Dazzling Glow dan Dr.Glow ini telah diadakan di dewan penuh warna-warni di Hotel Sunway, Seberang Jaya pada 29 Januari 2016. Majlis pelancaran dan perasmian turut diserikan dengan penampilan duta-duta produk yang terdiri dari dua selebriti terkenal, iaitu Datin Alyah dan juga Diana Rafar. Turut hadir, ialah isteri kepada Datuk Hattan, iaitu Datin Ariani; yang juga pengguna produk Dazzling Glow dan Dr.Glow. Perasmian penuh gemilang ini telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Hajah Jahara, Adun Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Produk Dazzling Glow dan Dr.Glow merupakan produk hasil ilham dua orang pemuda kacak, yang sebelum ini merupakan krew kabin penerbangan iaitu Syabil Abdul Malek dan Syukrie Saharudin. Uhh lelaki juga mahukan wajah flawless ye ... ehemm ...
Pelancaran Stokist Dazzling Glow dan Dr Glow Penang
Pelancaran Stokist Dazzling Glow dan Dr Glow Penang
Majlis ini yang dianjurkan oleh Leeya Exclusive telah menghimpunkan agen-agen berdaftar produk Dazzling Glow dan Dr.Glow seluruh Pulau Pinang. Ia merupakan satu langkah untuk memperkenalkan produk selain meningkatkan promosi produk ke bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Laris di Brunei Darussalam

Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa produk Dazzling Glow dan Dr.Glow ini telah mendapat sambutan hangat di Brunei Darussalam. Ia merupakan produk dipercayai dan diyakini bagi memberikan seri wajah gebu, 'bersinar', flawless dan tanpa cela. Dan di Malaysia, ramai selebriti terkenal telah menggunakan produk ini untuk berikan impak wajah menawan.

Saya tak pandai nak sembang pasal produk kecantikan ni, tetapi anda boleh check it out di instagram milik Diana Rafar dan Datin Alyah sendiri untuk kepastian. Juga boleh ikuti perkembangan produk ini menerusi Dr Glow Official Page.

Saya sertakan juga infografik berkaitan produk ini untuk pengetahuan dan rujukan ...
Duta Prodk Dazzling Glow
info produk Dazzling Glow

Pencarian Agen dan Stokis

Produk Dazzling Glow dan Dr.Glow menerusi stokist Penang - Leeya Exclusive sedang mencari agen dan mereka yang berminat untuk memasarkan produk ini di utara Semenanjung. Jika anda mahu mencari pendapatan sampingan yang memberikan nilai tambah pada hidup seseorang menerusi kecantikan wajah, maka bolehlah hubungi:

  • Puan Muliani Leeya (Leeya Exclusive)
  • email - leeya.exclusive@gmail.com
  • whatsApp - 019-4979000
atau ...


Sedikit gambar untuk tatapan anda, semasa saya hadiri majlis pelancaran stokist Dazzling Glow dan Dr. Glow di Hotel Sunway, Penang tempoh hari .. enjoice ..
Dan ini beberapa gambar dari laman facebook - Dazzling Glow Official Penang

Oh ya, saya ada dapat dua paket sampel produk ini, in Sha Allah saya akan tunjukkan kesan pengambilannya ... jadi, pastikan anda follow instagram saya ye ... cari hashtag #DazzlingGlow ye. Jangan terkejut lak andai saya kelihatan terlebih kacak ... hahaha...




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Haha..tak sabar nak tengok kesananya bila Bro HH guna ;-)

    BalasPadam
  2. Tahniah bro HH dapat jemputan meriah macam ni. Nanti nak tengok bro HH makin kacak tak. Jika kacak boleh nak beli juga.

    BalasPadam
  3. Bestnya... tambah glow dan tambah nilai wajah ... hebat tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…