Nota AM Buat FAM - Khusus Tentang Pemilihan Akhir 5 Logo Harimau Malaysia

Wah panas. Bukan cuaca je panas, tapi banyak isu yang membuak kepanasan sejak kebelakangan ini. Saya tertarik nak berkongsi satu luahan seorang peminat bolasepak Malaysia. Ia berkaitan dengan pemilihan dan undian akhir untuk 5 logo baru pilihan FAM untuk Harimau Malaysia.

Dibawa ke pengetahuan saya, terdapat lebih daripada 2000 penyertaan untuk pertandingan rekabentuk logo baru Harimau Malaysia, ini termasuklah penyertaan dari rakan blogger yang kreatif dalam bab-bab penciptaan logo ni.

Nota AM Buat FAM - Khusus Tentang Pemilihan 5 Logo Harimau Malaysia Dalam Kontest

Nota AM Buat FAM - Khusus Tentang Logo Harimau Malaysia
Senarai logo-logo yang terpilih telah pun dimuatkan di laman Facebook FAM dan juga laman web Undi Harimau Malaysia. Ia telah mendapat perhatian oleh seorang netizen yang bernama A'An Hj Arshad. Lelaki ini bukan biasa-biasa orangnya, tetapi ada pengalaman dalam bidang seni kreatif. Ada satu nota am buat FAM yang telah dikongsikan, dan ia telah mendapat perhatian dari ramai lagi peminat bolasepak Malaysia.

Apa ada dalam nota am buat FAM itu? Apa yang dikatakan oleh A'an Haji Arshad ini tentang pemilihan akhir FAM untuk undian logo Harimau Malaysia? Kenapa ramai yang seakan bersetuju dengan pendapatnya tentang pemilihan akhir logo-logo Harimau Malaysia oleh FAM?
NOTA BUAT FAM

NOTA BUAT FAMSalam, Kpd FAM. Saya rasa terpanggil utk memberi pandangan terhadap usaha FAM utk membuat penjenamaan ...
Posted by A'an Hj Arshad on Wednesday, 23 March 2016

Salam, Kpd FAM. Saya rasa terpanggil utk memberi pandangan terhadap usaha FAM utk membuat penjenamaan semula pasukan dan antara usaha yg positifnya adalah... PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO HARIMAU MALAYSIA. Dari 2000 penyertaan dan ini adalah 5 yg terpilih dan dianggap yg TERBAIK? ( Oleh panel FAM).

Sebagai individu yg berpengalaman dlm bidang seni kreatif dan kerjaya terakhir saya sebagai seorang Editor Majalah dan Ketua Unit Ilustrasi (Karangkraf) untuk tahun sebelumnya....

Cukuplah kekesalan yg besar dlm diri saya melihat LOGO HARIMAU MUDA yg langsung tdk terhasil dari prospek senireka yg betul dan terbaik. Kini ditambah pula dgn 5 Calon terbaik utk diangkat menjadi logo Rasmi Pasukan HARIMAU MALAYSIA yg nyata mempunyai terlalu banyak kelemahan dari aspek teknikal dan jati diri. Berikut adalah komen saya :

Logo 1 - Penghasilan agak baik. Tetapi kurang identiti Malaysia. Lebih parah lagi harimau itu tidak nampak mcm harimau... nampak mcm cerpelai pun ada...

Logo 2 - Ini adalah dosa yg paling besar. Komposisi kepala harimau dari sudut tepi. Tapi gigi dari sudut depan. Alamak... harimau jongang ke tu?

Logo 3 - Adakah itu harimau sedang bertafakur? atau harimau yg sedang tidur? atau itu sebenarnya beruang?

Logo 4 - Pasukan dari selatan pernah melakukan kesilapan apabila individu yg tdk bertanggungjwb telah mengambil jln mudah copy logo dari internet dan dijadikan logo pasukan dan akhirnya membawa impak yg negatif kepada pasukan. Adakah FAM mahu perkara mcm tu berulang pada pasukan Malaysia pula?

5 - Kalau mahu membawa imej GARANG dalam pasukan, logo ini tdk sesuai. Tapi kalau FAM mahu team ini senyum2 je mungkin logo ini sesuai. Harimau pun nampak rilek2 je... siap senyum lagi.

Dan yg terakhir saya selitkan sekali logo HARIMAU MUDA yg pada saya menjadi dosa paling besar dlm hidup saya melihat LOGO seperti itu menjadi logo rasmi pasukan kebanggan TANAHAIR saya..........

PERSOALANNYA.... Takde ke pereka yg dasyat2 dlm Malaysia ni? Benarkah 5 ini yg terbaik dari 2000 penyertaan? Peeerrgghhh... 2000 penyertaan ... ini yg diangkat sebagai terbaik? Siapa yg pilih ni? macam mana anda-anda semua pilih. Gigi harimau tak selari dgn posisi harimau pun tak boleh nak nilai? Gigi harimau senget pun anda2 semua angkat sebagai 5 yg terbaik? matilanak ......

Mohon maaf kpd pencipta2 utk logo2 tersebut. Saya tdk berniat memberi AIB. Anda tdk bersalah ...... Tapi logo2 ini telah dipilih oleh JURI2 yg dilantik oleh FAM.

Akhir kata... minta maaf banyak2 ye. Bukan nak cari glamer ... tak tahan sgt dah tengok menda2 mcm ni terus ada di FASA yg tak sepatutnya. Mana silapnya? terpulanglah korang nak menilainya.

(Harap2 luahan aku ni sampai ke pengetahuan mereka2 yg sepatutnya)

Adakah nota am ini akan sampai ke pengetahuan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)? Adakah pendapat A'an akan diambil-kira oleh juri-juri profesional yang telah menyenaraikan lima yang terbaik ini?

Apa pula kata anda?

Anda boleh lihat rekabentuk logo-logo ini di sini - Senarai Pilihan Logo untuk Harimau Malaysia oleh FAM

Saya bukanlah pakar dalam bidang senireka bentuk ni .. logo yang saya buat semuanya saya reka berdasarkan sedap mata memandang dan konsep yang saya fikir sesuai. Lain latar pengalaman dan ilmu, lain pandangannya.

Namun, apa yang dikatakan oleh A'an ini mungkin ada asasnya. Dan saya fikir elok diambil perhatian. Cuma janganlah bergaduh pula hanya kerana logo ye.



1 comment... add one now

Norazira Iera Norazira Iera March 26, 2016
Assalamualaikum blogger otai. sy newbie.. terima kasih atas segala perkongsian. banyak baca tips dari blog HH. Sangat bermanfaat. semoga terus sukses dan terus memberi tunjuk ajar kepada newbie macam saya.heheh done follow!


http://azirafreesia.blogspot.my/

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.