Jemput Jodoh

Tuesday, March 15, 2016

Menu Unik Qasreena Cafe Bukit Katil Melaka


Wow.. memang terkenal rupanya Qasreena Cafe yang terletak di Taman Puncak, Bukit Katil, Melaka ni. Cari je dalam Google, mesti nampak banyak review mengenai restoran yang viral dengan menu unik. Malah, Qasreena Cafe pernah muncul di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 satu ketika dahulu. Saya dan keluarga akhirnya berkesempatan untuk datang ke restoran ini, apabila bercuti ke Melaka dan menginap di Gold Coast Malacca International Resort yang terletak berdekatan.

Kalau diikutkan, Qasreena Cafe mempunyai reputasi yang agak baik di kalangan penduduk setempat. Dan kerana itulah ianya dipilih untuk menjadi destinasi makan-makan di Melaka dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Paling menarik ialah nama menu yang ada di Qasreena Cafe ni. Memang tak pernah saya lihat sebelum ini .. dan saya boleh katakan ia merupakan tarikan utama pengunjung datang ke restoran ini.

Menu Unik Qasreena Cafe Bukit Katil Melaka

Cuba lihat senarai menu yang ada di bawah ini .. menarik tak? Dengan nama yang unik, pasti ramai nak mencuba rasa menu masakan yang disenaraikan. Adakah sedap seperti diperkatakan dalam kebanyakan review, atau hanya sekadar biasa-biasa sahaja .. cuma nama masakan je yang terlebih ngetop... huhuhu...
Menu Unik Qasreena Cafe Bukit Katil Melaka
Menu Unik Qasreena Cafe Bukit Katil MelakaMenu Unik Qasreena Cafe Bukit Katil MelakaMenu Unik Qasreena Cafe Bukit Katil Melaka

Menu Menarik Dengan Nama Unik, Tetapi ...

Amacam? Menarik tak? Saya dan keluarga memang teruja nak merasai makanan dengan nama yang cukup unik ini. Hmmm ... tertanya-tanya, apakah gamaknya rasa Mee Mawi Berapi, Mee Kungfu Hustle, Mee Basah di Puncak, Nasi Goreng Ayam di Bali, Nasi Goreng Shah Rukh Khan ... dan air Smoke in The Water ...

Tapi ...

Malangnya kami. Hampir lebih setengah jam berada di meja makan di bahagian luar Qasreena Cafe, tiada seorang pun staff mereka yang datang ambil pesanan. Sudahlah kami semuanya kelaparan ... dah memacam rasa nak bertukar menjadi harimau dan singa dah.

Lenguh gak goyang kaki sambil ambil gambar menu yang ada ... uhh setakat ambil gambarlah yang dapat ... nak merasa menu yang disediakan, hampa betul. Nak ambil gambar makanan yang dihidangkan, memang jauh panggang dari apilah.

Dalam masa menunggu tu, dua kali juga memanggil staff yang kelihatan di situ. Bila ditanya .. ini jawabnya:

"Maaf bang ... saya tak ambil order, saya hanya hantar order ..." ehhh gitulah pulak ... dua kali juga mamat berbadan kurus dipanggil untuk tanyakan mengenai layanan kepada kami. Tapi .. grrr ...

Nak menyakitkan hati lagi, apabila ada customer yang baru datang, dan kemudian masuk ke dalam Qasreena Cafe ... buat order .. dan dapat makan .. uhh memang terbakar kepala otak dijawabnya. Saya kata pada isteri dan adik-adik ipar yang turut bersama, supaya bersabar .. tapi mana nak tahan dah apabila anak-anak pun dah mula rasa resah dan kelihatan memberontak. Akhirnya ambil keputusan untuk beredar sahaja. Dijeling juga oleh pelanggan lain yang baru hendak duduk di kerusi meja .. mungkin tertanya-tanya kenapa kami beredar tanpa ada pinggan mangkuk di atas meja, hatta segelas cawan.
Kecewa dengan Qasreena Cafe Bukit Katil Melaka

Saya fikir mungkin Qasreena Cafe tidak cukup kakitangan .. atau mungkin mereka tidak begitu melayan pelanggan yang duduk di luar cafe .. al maklumlah .. mungkin kami ni low standard kot. Hmmm hampa sungguh dengan layanan (ada ke?) yang diterima di Qasreena Cafe.

Nyesal. Habis masa hanya menampar nyamuk yang hinggap. Kasihan kami.




Menu Unik Qasreena Cafe Bukit Katil Melaka
4/ 5
Oleh

Update Terkini via Email

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

12 komen

Tulis komen
avatar
15 March, 2016 14:20 delete

Omaigod.. too bad.
buat malu orang melaka je ni..
tak apalah bro.. beranggapan baik je.. mungkin dia tak cukup staff.. hehehe :)

Reply
avatar
15 March, 2016 14:29 delete

Apapun, saya tidak akan putus asa untuk datang ke sini lagi. Ramai kata Mee Racun dia sangat marvelous. Serius nak datang nanti.

Reply
avatar
15 March, 2016 14:50 delete

Huhu...Bisnes kedai makan sangat penting jaga customer bagi saya.Personally saya lagi suka kedai yang layanannya bagus walaupun masakan biasa-biasa sahaja berbanding kedai yang masakannya sedap giler tapi layanannya kelaut. Makanan paling sedap adalah makanan yang dimakan ketika lapar..Hehe.

Reply
avatar
15 March, 2016 14:55 delete

Tukang Masak tak datang lagi kot. hahahaha

Reply
avatar
15 March, 2016 15:27 delete

Serius..mmg sedap.Selalu jgk pg mkn kt sini, dekat dgn rumah. MMg masalah kekurangan staft..

Reply
avatar
15 March, 2016 17:15 delete

Kekurangan staff barangkali...harap pihak pengurusan kafe akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini, memang menyampah kita tunggu lama dekat kedai makan..lebih sakit hati kalau orang lain datang lambat dapat dulu... =(

Reply
avatar
15 March, 2016 17:35 delete

Saya time study dulu hampir setiap minggu makan kat Qasreena ni HH and menu wajib makan semestinya Mee Racun & klu dtg tgh hari mesti makan lempeng cicah sambal sardin, rindunyaa.. rasanya makanan dlm kedai ni sumenyer sedap2! Tentang layanan tu ok je cume kekadang pelayan tu emo sikit kot sbb penat mcm kes HH ni, tapi selalunye baik je dieorg layan :)

Jom Terjah: RF3 World Firmax3 Malaysia


Reply
avatar
15 March, 2016 19:09 delete

Apalah salahnya tukang hantar makanan tu ambik order, adoiyai.. Ini mesti orang jenis yg pentingkan diri.. cukup sekadar kerja balik kerja je takde tanggugjawab langsung dengan majikan.

Tak salah pun ambik order untuk asah bakat jadi waiter. Biar mesra dengan pelangan nanti ramai la org suka datang makan.

Kalau service dah mula nak hancur, cepat2 lah buanga pekerja yg tak proaktif tu..

Buat rugi duit majikan je kalau tak buat kerja serba boleh.

Reply
avatar
15 March, 2016 21:50 delete

kadang2 pekerja buat hal boss tak tahu. bila buat aduan baru bos ambil tndakan. padan muka. hoho

Reply
avatar
16 March, 2016 12:57 delete

ya allah kesiannya... tapi masih lagi bersabar juga yer ...

Reply
avatar
19 August, 2016 12:12 delete

salam saya adalah salah satu kakitangan Qasreena Cafe . Dekat sini saya ingin meminta maaf bagi pihak Qasreena Cafe atas layanan yang anda semua terima dari kedai kami . Suka cita kami maklumkan kami sangat2 kekurangan staff . Kami dalam usaha untuk mencari staff . Jika anda ingin datang lagi sekali anda boleh call kami dulu untuk booking table didalam mahu pun diluar. Maaf sekali lagi atas layanan yang kami berikan . Kami tidak memilah standard customer yang hadir. Yang duduk didalam mahupun diluar kami layan sama shaja tiada beza . terima kasih :)

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang didapati tiada kaitan dengan artikel akan dipadam serta-merta. Untuk tujuan promosi dan iklan, sila hubungi saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.