Mandi Wajib 5 Kali Sehari

Fuh. Jarang sebenarnya mandi sampai lima kali ni. Paling banyak pun, mandi 3 kali je .. pagi, tengahari dan petang (malam). Tapi, bulan ni ... campur bulan lepas, memang wajib mandi sampai 5 kali. Mana taknya.. cuaca punyalah panas. Panas sampai bahangnya dirasakan walaupun berada di dalam rumah. Anak-anak saya memang saya kalau boleh wajibkan mereka mandi paling tidak mesti 5 kali untuk segarkan badan.

Mandi Wajib 5 Kali Sehari

Time cuaca panas ini, tempat-tempat menarik yang berasaskan air di Malaysia mulalah jadi tumpuan ramai. Saya dan keluarga pun ada juga pergi ke beberapa tempat yang banyak air ni untuk larikan diri dari kepanasan melampau. Antara tempat yang best ialah Jeram di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar dan Spice Aquatic Centre di Penang.
Mandi Wajib 5 Kali Sehari
Err tapi takkan sampai setiap kali nak hilang panas badan, perlu pergi tempat-tempat ni ye tak? Tu sebab tak pegi mana-mana kena mandi, sampaikan ia jadi wajib dilakukan lima kali sehari.

Ada Duit Boleh Pasang Penghawa Dingin

Apabila panas luar dalam, yang mana ada duit tu .. mungkin mengambil inisiatif untuk memasang penghawa dingin. Kalau anda berkemampuan nak beli air-cond ... nak cari yang murah, boleh cuba beli di Lazada. Ada jualan menarik untuk penghawa dingin jenis York, kali akhir saya lihat .. promosi dia disertakan dengan set pinggan mangkuk percuma lagi. Nak tengok .. boleh tengok dengan klik banner di bawah ini.

Lazada Malaysia

Saya mulanya nak gak tambah sebijik lagi penghawa dingin. Penghawa dingin yang pertama tu saya beli secara online di laman web Acson, masa tu ada promosi pemasangan percuma .. jadi saya belilah dengan duit income blog yang saya dapat. Alhamdulillah, dah banyak berjasa Acson Air Conditioner tu.

Kalau anda nak dapatkan sebuah penghawa dingin di rumah, pastikan anda baca tips ni - 5 Tips Jimat Elektrik Untuk Penghawa Dingin

Rumah yang tak ada penghawa dingin memang azab sedikit nak hadap cuaca panas. Bukan lagi siang je panas, waktu malam pun kadangkala membahang. Mandi pagi pun .. air paip jadi panas ... fuh .. hebat penangan El Nino kali ini. Jadi, kalau ada yang mandi sampai lebih 5 kali tu .. memang boleh dianggap normallah.
Mandi Wajib 5 Kali Sehari
Menurut sumber, El Nino kali ini agak panjang, dah dijangka berakhir awal April ... ramai pakar kaitkan kejadian ini dengan kerakusan manusia yang kejar kekayaan sehingga memberikan kesan terhadap alam. Hmm .... karbon dioksida makin banyak dibebaskan ke atmosfera, lepas tu dah kurang hutan hijau untuk sedut karbon ni dan sejukkan udara.

Panas kali ini mungkin buat saya mandi perlu wajib 5 kali sehari ... belum lagi dicampur dengan mandi yang betul-betul wajib .. hahaha. :P


3 comments.. read them below or add one

Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue March 29, 2016
Alhamdulillah, di Bangi ni walaupun agak panas namun boleh tahan lagi, langsir memang selalu tutup, on kipas je
Suriaamanda Suriaamanda March 29, 2016
Ingat mandi "wajib" 5 kali sehari..hehehe...kena baca betul2 nampaknya..hahahah...HH kalah..SA mandi 7 kali sejak musim panas ni..tak selesa
izzeyda izzeyda March 29, 2016
betul, memang tak selesa jadinya.. tapi dah nama keja, jauh dari rumah nih susah laa nak ulang mandi berkali2..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.