Tuesday, March 22, 2016

Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas


Cari percutian singkat atau tempat untuk asingkan diri dari kepanasan El Nino? Apakata anda pergi ke jeram di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Tempat ini memang dah lain sejak kali terakhir saya ke sini. Malah, ia lebih terjaga, dan alhamdulillah kawasan yang terkenal untuk mandi manda dan berkelah ini nampak semakin bersih.

Kali terakhir saya ke Ulu Kenas adalah semasa belajar di IPT, masa tu saya mengikuti aktiviti Kelab Kembara. Merasalah bermalam di tempat yang jauh dari kesibukan bandar ini - berkemah dan menyewa chalet yang tersedia di situ. Dalam kebanyakan masa, tempat ini agak nyaman, dan sejuk terutama sekali di waktu malam.

Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas

Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas
Oppss jap .. saya dan keluarga sebenarnya pernah ke sini, semasa dalam perjalanan pulang dari Parit. Tetapi hanya singgah untuk tinjau samada Ulu Kenas sesuai untuk aktiviti reunion. Nampaknya fasiliti yang ada masih kekal sama seperti kali terakhir saya bermalam di sini, malah telah ditambahbaik. Jadi, Ulu Kenas bukan sahaja tempat yang sesuai untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga - berkelah dan mandi manda; tetapi juga untuk perkhemahan, aktiviti reunion, kem bina semangat dan motivasi, dan tempat untuk berehat.

Jalan Masuk ke Gunung Bubu

Ia juga merupakan pintu masuk untuk para pendaki yang mahu menduga Gunung Bubu. Hutan Lipur Ulu Kenas ini sebenarnya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Bubu yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit

Jadi, selain mandi manda, berkelah, bermalam, bercuti hujung minggu lari dari kesibukan kota, boleh juga mendaki dan jungle tracking.
Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas
Kalau ada yang tidak tahu, tempat ini juga adalah letaknya Kem Bina Negara. Saya pernah menjadi peserta untuk Kem Tatanegara satu waktu dulu di sini, dan menginap selama hampir seminggu. Ia terletak di hujung Hutan Lipur Ulu Kenas ini, dan anda boleh kenal apabila nampak pintu berpagar yang memisahkan tempat perkelahan, kawasan jeram dengan kem.

Kemudahan Asas dan Tarikan

Antara kemudahan serta tarikan yang ada:
  • Chalet berhawa dingin
  • Dewan makan
  • Tapak perkhemahan
  • Surau
  • Pondok rehat
  • Tandas dan tempat mandi
  • Pusat maklumat
  • Kawasan parkir
  • Dewan serbaguna
  • Gerai
  • Jambatan Gantung
Kalau hendak ke sini, ianya tidak jauh dari pekan Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 15km menuju ke Manong. Jika dari Ipoh, boleh ikut lebuhraya dan keluar exit Kuala Kangsar.

Berkelah di Ulu Kenas
Haaa .. apalagi, kalau anda berada berdekatan .. bolehlah ke Hutan Lipur Ulu Kenas, mandi manda di jeram yang sejuk airnya .. huhuhuhu...

Oh ya, lupa nak bagitahu, bayaran masuk dikenakan sebanyak RM2 satu kepala, dan lagi RM2 untuk sebuah kereta. Tapi, masa saya pergi dengan keluarga hari tu ... kami cuma bayar RM5 sahaja .. huhuhu .. tak tahu macamana pakcik yang jaga tempat tu kira ... "Ok .. 2, 4, 6 .. 8 ... RM5 dah ..". Gelak anak-anak saya bila pakcik tu cakap RM5 ... saya lak dah siap-siap keluarkan note RM20...

Untuk khidmat masyarakat, saya harap andai anda ke sini .. hargailah alam sekitar dan jaga kebersihan. 

Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar



Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas
4/ 5
Oleh

Baca Artikel Terkini Menerusi Email (PERCUMA)

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

Komen Anda

Lazada Malaysia

10 komen

Tulis komen
avatar
22 March, 2016 19:22 delete

Perghhh best betulll tempatnya.. Syokkk ni time panas2 berendam dalam sungai

Reply
avatar
23 March, 2016 04:48 delete

sekarang masa sesuai untuk bermamdi manda ..musim panas dan cara ini membantu untuk menyejukkan badan.

Reply
avatar
23 March, 2016 09:40 delete

pernah pergi time belajar dulu.. tetiba teringat zaman belajar dulu..

Reply
avatar
23 March, 2016 12:16 delete This comment has been removed by the author.
avatar
23 March, 2016 13:32 delete

menariknya, memang cuaca sekarang sesuai untuk bermandi manda

Reply
avatar
23 March, 2016 13:53 delete

Menarik tempat ni untuk dikunjungi.

Reply
avatar
23 March, 2016 13:55 delete

Sampai kuala kena singgah main air sini sekali.

Reply
avatar
23 March, 2016 13:56 delete

Waktu cuaca panas macam sekarang best dapat mandi air sungai macam ni.

Reply
avatar
23 March, 2016 14:24 delete

wah..bestnya..lama jugak tak mandi air sungai ni, kena pulak musim panas macam ni..ish..bestnyaaa..

Reply
avatar
24 March, 2016 10:02 delete

pernah ke sini sebab nak ke gunung bubu..memng cantik dan erjaga kawasan hutan lipur ulu kenas

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang didapati tiada kaitan dengan artikel akan dipadam serta-merta. Untuk tujuan promosi dan iklan, sila hubungi saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.