Nak menang hadiah wang tunai sebanyak RM500 tak? Jika nak, jom sertai Lazada 4th Birthday Blogger Contest ini. Ia merupakan satu kontest mudah di mana anda hanya perlu menyediakan satu blog post menyenaraikan 10 barangan terbaik dari Lazada untuk hadiah harijadi, atau tulis sebuah entri apa wish-list anda untuk hadiah harijadi tahun ini. Yang penting, anda perlu refer dengan laman web Lazada untuk mencari produk yang boleh dijadikan hadiah harijadi impian anda.

Saya sebenarnya agak lewat untuk mewar-warkan mengenai kontest ini disebabkan kesibukan dengan kerja-kerja sampingan online lain yang saya lakukan, contohnya Jobdirumah dan juga beberapa post advertorial. Malah, post untuk kontest ini pun baru je saya siapkan setelah seharian saya menggodek laman web Lazada Malaysia yang sedang membuat promosi besar-besaran sehingga 90% diskaun.

Lazada 4th Birthday Blogger Contest

Lazada 4th Birthday Blogger Contest
Lazada 4th Birthday Blogger Contest ini bermula dari 12 Mac 2016 dan berakhir pada 11:59pm 17 Mac 2016. Siapa yang dah daftar dengan affiliate InvolveAsia tentu sudah maklum mengenai kontest ini menerusi email daripada pihak mereka. Fuhh .... untung saya dah daftar awal dengan InvolveAsia .. nampak tak kelebihan dia? Selain dapat jana income menerusi affiliate, boleh masuk kontest seperti ini. Kepada yang belum join affiliate InvolveAsia, boleh daftar dengan ikuti tutorial ringkas di sini - Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia (ShopStylers)

Cara-Cara Menyertai Contest InvolveAsia - Lazada

Ok. Saya tak nak bebel lama, lagi banyak saya tulis .. lagi melaut saya cerita. Baik saya berikan info terus bagaimana nak sertai kontest ini:
Lazada 4th Birthday Blogger Contest
Penting! Anda perlu tulis dan publish entri kontest terlebih dahulu, dan kemudian maklumkan kepada pihak InvolveAsia mengenai entri kontest anda. Email kepada mereka - hello@involveAsia.com dan berikan link URL penyertaan kontest. Pihak mereka akan balas email anda dengan segera untuk pengesahan penyertaan.

Pastikan nama produk itu diambil dari laman web Lazada, dan sertakan link ke produk tersebut!

Sertai sekarang, masih ada masa untuk anda hasilkan entri, paling mudah buat entri Wish List sahaja, jadi tak perlulah nak mencari sehingga 10 barangan dan produk tu. Tulis tajuk seperti - Hadiah Harijadi Diimpikan Menerusi Lazada pun dah ok rasanya.

Masukkan ayat di bawah di akhir post kontest anda itu:


This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.


Semoga berjaya. Keputusan akan diumumkan pada 7 April 2016.



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

12 Komen

Baru tahu, semapt ke nak karang ni, sejak akhie-akhir ini buka je komputer rasa mengantuk pulak.

Reply

Contest ni lah paling nmpk senang tapi kena karang ayat 10 barang idaman . . Sampai nak tulis pun takde idea..

Tapi alhamdulillah dah selesai tulis panjang lebor.. Hehe

Ada jugak sangkat dapat duit affiliate Involve Asia dari lazada gara gara content 10 barang idaman tu..

Best juga main affilate involve asia.. ada mcm mcm produk dari byk syarikat.. :)

Reply

Adi baru hubungi Involve Asia, contest ini dilanjutkan sehingga 26 Mac.

Reply

Sempatlah untuk ramai blogger sertai.

Reply

Involve Asia payment macam mana ye USD kan, kena ada akaun Paypal ke HH ? Dah join cuma belum sign affiliate nya lagi. :)

Reply

Blogger contest is really awesome.It is a wonderful information.It gives an more idea ti enhance the future.

Android training in chennai

Reply

Salam Bro Hh..ok kita pon dah join jugak...tq sudi singgah kat blog...sangat2 menghargai komen bro HH..Tq so much..

Reply

Salam Bro Hh..ok kita pon dah join jugak...tq sudi singgah kat blog...sangat2 menghargai komen bro HH..Tq so much..

Reply

terima kasih bro datang komen kat blog saya.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.