KoolFM - Stesen Radio Terbaru Media Prima Malaysia

Akhirnya desas-desus nama stesen radio baru Media Prima terjawab. KoolFM adalah nama stesen radio terbaru di bawah Media Prima, yang memberikan satu kesan kontra kepada kewujudan HotFM. Dengan membawa tema atau tagline 'Temanmu, Muzikmu'; stesen radio ini mensasarkan golongan tertentu.

Ia baru sahaja dilancarkan sebentar tadi di Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara, 1 Mac 2016. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seelan Paul. Stesen KoolFM akan menyajikan agu-lagu era 1980-an, 1990-an dan terkini merangkumi lagu Melayu, Inggeris dan Indonesia bersama enam penyampai radio.

KoolFM - Stesen Radio Terbaru Media Prima

Saya difahamkan, stesen radio baru, KoolFM akan mula boleh didengari di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang, menerusi frekuensi 101.3 dan 90.2 mulai 3 Mac 2016 dengan menampilkan bekas-bekas penyampai radio HotFM iaitu AG, Ikhwan dan juga Liza. Turut serta sebagai penyampai radio KoolFM ialah penyanyi Haiza, Ezaq serta Farid.

Barisan Penyampai Radio KoolFM

KoolFM - Stesen Radio Terbaru Media Prima
Adakah stesen radio baru ini akan memberikan impak tersendiri? Apakah kelainan yang bakal dibawakan? Kita nantikan kelak, dan in Sha Allah .. saya akan cuba bawakan sedikit sebanyak info dan juga review mengenai stesen radio terbaru Media Prima ini memandangkan ia boleh didengari di kawasan saya - iaitu Pulau Pinang.

Frekuensi dan Fakta Menarik KoolFM

Frekuensi radio KoolFM Media Prima
Senarai penyampai radio Kool FM
Sedikit fakta menarik untuk dikongsikan:
  • KoolFM ibarat adik kepada HotFM
  • Menampilkan A.G, Ikhwan dan Liza yang merupakan antara bekas penyampai radio popular HotFM
  • Hanya boleh didengari menerusi 2 frekuensi radio iaitu di K.L dan Penang (setakat ini)
  • Bermula ke udara - 3 Mac 2016

Oh ya, frekuensi 90.2fm di Penang itu asalnya merupakan frekuensi radio Pimai FM dikendalikan oleh RTM Pulau Pinang kalau tak silap.

Tahniah kepada pihak Media Prima dengan pelancaran stesen radio terbaru ini - KoolFM .... harapan saya ialah semoga ia menjadi antara top brand dalam dunia radio Malaysia, dan memberikan manfaat buat semua - dan menjadi lebih daripada sekadar sebuah stesen radio hiburan semata.

Untuk anda semua yang nak support stesen radio baru KoolFM ini, boleh pergi ke Fanpage Kool FM dan berikan Like anda.


{ 8 comments.. read them below or add one }

Nor Afidah Bte Che Azmi Nor Afidah Bte Che Azmi March 01, 2016
dulu 101.3 radio Ultra Fm..tapi dah tak wujud radio tu kan...harap gempak la nanti radio baru ni
EjamOthman EjamOthman March 01, 2016
Media Prima beli 2 radio UltraFM dan PiMaiFM untuk membolehkan mereka dapat guna frekuensi sedia ada.

Kalau tengok konsep mereka lebih kepada muzik retro yang menjadi pesaing kepada SinarFM.
budakbandunglaici budakbandunglaici March 01, 2016
harap2 tak ada panggilan kool la haha
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah March 02, 2016
Nanti boleh dengar. mesti kool ni.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit March 02, 2016
Nampak macam menarik juga. Lebih tertumpu kepada golongan tertentu. pandai MP buat bisnes. Kena belajar dari MP juga. Nanti nak dengar koolfm lah.
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah March 02, 2016
bertambah stesen radio..berita baik untuk pendengar radio..
yang baik yang baik March 02, 2016
Dah tak kisah sangat dengan stesen radio sekarang nie... semakin kurang masa mendengar radio.
Avr Aveera Avr Aveera May 27, 2016
Ramai yg mendengar KoolFM kerana lagu best dan DJ yg diminatinya..tapi disini saya ingin memberi pandangan sedikit mengenai iklan yg disiarkan di radio kool fm ini..harap pihak media prima tapis semula iklan yg memberi impak negetif kpd pendengar. Contohnya iklan suami isteri yg bertengkar pasal "awak buka handfon saya ke? Kenapa awak perangai mcmni eh!??disusuli dgn maki hamun selanjutnya" Saya aggap iklan ni kategori 18SG.. Tolong jgn hnya pentingkan lagu dan penyampaian semata2 malah iklan yg disiarkan mesti tidak melampau terutama dr segi bahasa dan mempunyai mesej yg produktif..tolong ambil perhatian sebelum pendengar berubah hati..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.