Komisen Affiliate Klikjer.com Ke 20

Alhamdulillah. Masih ada rezeki menerusi affiliate Klikjer.com. Ini sudah masuk kali ke 20 saya menerima komisen Klikjer.com terus ke akaun bank saya. Tidaklah banyak mana, tetapi syukur ... memadai untuk promosi menerusi blog.

Affiliate adalah salah satu cara menjana income menerusi teknik penulisan di blog. Ada yang kata, letak sahaja banner iklan affiliate di blog, maka nanti akan adalah yang sangkut. Hmm sebenarnya, teknik itu sudah kurang mendapat sambutan, kecuali anda mengguna-pakai blog yang mempunyai niche yang ada kaitan dengan produk yang dijual.

Komisen Affiliate Klikjer.com Ke 20

Komisen Affiliate Klikjer.com Ke 20
Saya lebih suka bercerita mengenai produk affiliate, khususnya produk affiliate yang telah saya miliki. Ia mudah untuk saya promosikan dan kongsikan kebaikan yang ada di dalam sesebuah ebook atau produk affiliate. Lagi satu, apabila saya menulis ... hanya mereka yang benar berminat sahaja yang akan ambil tahu, ambil perhatian dan melakukan tindakan.

Tips Mendapatkan Komisen Affiliate Menerusi Blog Post

Jika anda mahu mempromosikan produk affiliate di blog menerusi artikel atau blog post, pastikan anda tahu apa yang anda tulis. Dan pada masa sama, cuba letakkan banner samada di dalam post atau di sidebar. Buat dalam tempoh masa selama entri mengenai produk tersebut berada di laman utama atau dengan kata lain dalam tempoh seminggu.

Jika dalam seminggu itu, produk itu tidak berjaya dijual .. maka cuba buat satu lagi post berkaitan produk tersebut di minggu seterusnya. Biarkan banner yang ada di sidebar atau mana-mana bahagian blog.

Masuk minggu ketiga, tiada jualan terhasil untuk produk affiliate tersebut; maka berhenti promosi atau tulis. Cuba cari produk affiliate yang lain yang anda fikir terbaik untuk pengisian di blog anda. Lakukan seperti tadi ... minggu demi minggu. Jika rajin, buatlah 2-3 post berkaitan produk affiliate tersebut dalam seminggu. Tak perlu panjang-panjang, cukup dalam 100 patah perkataan dengan berikan point-point penting.

Cubalah. Mana tahu ... anda mungkin dapat banyak komisen menerusi program affiliate.

Oh ya, ada satu peluang untuk jana income menerusi affiliate mudah, iaitu Affiliate Involve Asia atau ShopStylers. Apa yang perlu anda lakukan ialah daftar percuma sebagai affiliate, dan kemudian promosikan link affiliate untuk pendaftaran baru. Dengan setiap pendaftaran baru menerusi link affiliate anda, anda akan menerima RM5 setiap satu pendaftaran. Cukup mudah. Mereka yang daftar menerusi affiliate anda pun bukannya kena bayar apa-apa ... jadi, ia mudah untuk dipromosikan.
Jana komisen menerusi InvolveAsia
Berminat untuk program affiliate Involve Asia ini? Daftar menerusi pautan berikut - http://bit.do/involve-asia

Ramai dah yang join, bukan setakat blogger tetapi juga facebooker, instagramer dan ramai lagi.... RM5 setiap pendaftaran baru menerusi link affiliate .. uhh best tu... lebih USD2 !!

Oh ya .. errr bukti dapat komisen Klikjer.com yang ke 20 ... huhuhu RM21 je ...
Komisen Affiliate Klikjer.com Ke 20




5 comments.. read them below or add one

Mejuez Mejuez March 07, 2016
Wahhh best nyeeeee.. produk apa tuuuu >_<
Sentiasa Panas Sentiasa Panas March 07, 2016
Terima kasih tips HH, memang terbaik :)
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah March 08, 2016
Tahniah bro HH. Nak kena usaha juga saya.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit March 08, 2016
Semoga dimurahkan rezeki bulan ni juga.
reezluv reezluv March 08, 2016
tak banyak dapat komisen affiliate, advertorial pun masyuk..:D

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.