Kenapa Internet (Streamyx Unifi) Lembab Mac 2016?

Ramai yang mungkin nak tahu, kenapa capaian internet lembab awal bulan Mac 2016? Saya antara mereka yang sangat nak tahu sebab-sebabnya. Yelah, sebagai seorang blogger sepenuh masa, internet merupakan punca pencarian rezeki saya. Kalau tak ada capaian internet, mungkin saya akan terlepas beberapa peluang menarik untuk menjana income sampingan.

Sebelum ini, saya sudah terbitkan sebuah post untuk uji kelajuan Streamy - menerusi pakej yang saya ambil iaitu 4Mbps yang saya bayar sekitar RM150 setiap bulan (termasuk GST). Anda boleh semak kelajuan yang saya terima untuk pakej ini di entri ini - Ujian Kelajuan Streamyx dan Unifi

Kenapa Internet Lembab Mac 2016?

Kenapa Internet Lembab Mac 2016?
Sukar saya nak jejak sebab kenapa berlaku kelembapan akses internet, akhirnya saya temui jawapan menerusi #TMAlerts di laman web Telekom Malaysia. Nak tahu kenapa internet lembab pada Mac 2016? Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak TM:

Telekom Malaysia Berhad (TM) earlier announced that we have detected a fault on the Asia Submarine Cable Express (ASE) system off Singapore, which affected our Cahaya Malaysia submarine cable linking Malaysia to North Asia and the United States. ASE consists of 6 fiber pairs of which TM owns 2 fiber pairs, named as Cahaya Malaysia.

We would like to reiterate that these cable faults have caused international link outages which affected the browsing experience of not just Internet customers of TM, but also other Internet users in Malaysia and in the region as well. This is as most of the regional traffic would have to pass the affected submarine cable systems.

During this period, Internet users may experience some degree of service degradation such as slow browsing and high latency while accessing contents hosted in the United States (US), North Asia and Europe via the affected cables. However, we wish to note that our IPTV service, HyppTV is not affected by the outages as the service utilises TM's domestic backhaul network.

Whilst we are working with our consortium members in other countries to restore Cahaya Malaysia, we are also proactively rerouting traffic to alternative routes to minimise impact to our customers. The rerouting options available in South East Asia are also hampered by minor faults and planned maintenance on several other sea submarine cables around the region, namely Asia Pacific Cable Network 2 (APCN 2), South East Asia - Japan Cable (SJC), South East Asia – Middle East – Western Europe 4 (SEA-ME-WE 4). We are actively managing this dynamic situation together with consortium partners and would like to assure customers that we are undertaking all necessary measures to ensure that customers continue to experience uninterrupted service.  

So? faham tak ni? Ok segala-galanya berpunca dari masalah yang berlaku pada kabel fiber optik bawah laut yang terjejas. Ia bukan sahaja memberikan impak kepada talian internet kepunyaan TM sahaja malah pengendali servis yang lain juga. Jadi, masalah ini berlaku secara serantau dan bukan tempatan.

Hmm mulanya, saya ingatkan Malaysia diserang oleh Malware atau virus, almaklumlah sekarang sudah ada serangan yang dibuat ke atas komputer Apple seluruh dunia untuk mencuri data, dan memeras ugut pengguna internet - dan membayar dalam bentuk BitCoins. Memang heboh diperkatakan di dalam dunia Cyber Security ni. Anda boleh baca laporannya di Reuters.com.

We will continue to provide necessary updates on the progress of the restoration works via our official customer support accounts on Twitter @TMConnects as well as on Facebook at Everyone Connects, and will monitor feedback from our customers on the quality of service experienced. - TM

Ok. Dah tahu asbab berlaku masalah kenapa internet lembab ... dan nyata bahawa apa yang diciptakan oleh manusia itu memang tidak sempurna. Hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Sempurna, tanpa cacat cela.


p.s: Kalau ada masalah berkaitan akses internet TM, terus buat report tetapi janganlah pula maki hamun ... anda manusia buatlah perangai macam manusia yang ada adab, dan ada agama ... ingat tu.


3 comments.. read them below or add one

Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz March 08, 2016
memang slow streamyx sejak beberapa hari ni.. nak download movie pun tak senang
Khamsi Abdullah Khamsi Abdullah March 08, 2016
saya pakai broadband wireless company lain.. hehe.
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah March 11, 2016
ohh.. no wonder lah line tak berapa cantik.. baru ingat nak buat line. sendiri.. hehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.