Thursday, March 10, 2016

Jadual Tarikh dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2016


Sempena ulangtahun ke 50 MARA, satu Karnival Pendidikan MARA telah diadakan bermula awal Mac 2016. Ia dibuka kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta orang ramai yang mahu mengetahui berkaitan peluang yang dibuka oleh MARA samada dalam pendidikan mahupun keusahawanan. Dan saya pasti, penganjuran kali ini menyediakan satu platform terbaik kepada lepasan SPM  dan STPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Semakin menyokong apa yang dilakukan oleh pihak MARA ini, saya sukacita nak berkongsi tentang jadual lokasi dan tarikh Karnival Pendidikan MARA 2016 ini kepada semua. Moga ia akan dapat dijadikan panduan serta rujukan kepada mereka yang mahu mendapatkan info berkaitan karnival ini.

Jadual Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2016

Jadual Tarikh dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2016
Jika jadual di atas kurang jelas, anda hanya perlu klik padanya untuk paparan yang lebih baik.

Sebagai info tambahan, saya dimaklumkan bahawa terdapat lebih 100 buah IPT termasuk universiti awam dan swasta yang terlibat dalam penganjuran karnival ini. Karnival ini akan berlansung selama 2 bulan, dan berakhir pada 17 April 2016. Masuk adalah percuma dari 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Peluang Untuk Lepasan SPM dan STPM Mendapat Maklumat Betul

Buat lepasan SPM dan STPM, harapnya agar tidak khuatir sekiranya tidak mempunyai saluran yang betul untuk menyambung pengajian kerana dalam karnival ini, MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu mencapai impian dan keinginan anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Karnival MARA 2016.
Jadual Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2016
Menerusi karnival ini, MARA juga menyediakan pilihan kursus dalam pelbagai bidang dari peringkat sijil hinggalah ke Doktor Falsafah (Ph.D), dan tidak terhad untuk lepasan SPM dan STPM. Malah, peluang kerja juga ada ditawarkan menerusi pengambilan kursus-kursus tertentu dalam agensi di bawah MARA.

Untuk info lanjut, anda boleh semak di laman sesawang khas berikut - Karnival Pendidikan MARA



Jadual Tarikh dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2016
4/ 5
Oleh

Baca Artikel Terkini Menerusi Email (PERCUMA)

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

Lazada Malaysia

Komen Anda

3 komen

Tulis komen
avatar
11 March, 2016 11:22 delete

semoga perkongsian ini berguna buat adik adik lepasan SPM STPM

Reply
avatar
11 March, 2016 15:18 delete

menyesal dulu tak masuk mara..memilih sgt bidang..ni la padanya

Reply
avatar
13 March, 2016 17:03 delete

Hehehe... semoga kita boleh berikan kesedaran untuk remaja dan belia zaman skarang

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang didapati tiada kaitan dengan artikel akan dipadam serta-merta. Untuk tujuan promosi dan iklan, sila hubungi saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.