Langkau ke kandungan utama

GREDAC - Global Real Estate Developers & Agents Conference

Adakah anda berminat untuk mengetahui berkaitan perkembangan dunia hartanah serantau atau sedang memikirkan cara untuk pergi lebih jauh di dalam bidang ini? Jika ya, sila tandakan tarikh 14 hingga 15 April 2016 untuk menghadiri GREDAC - Global Real Estate Developers & Agents Conference yang akan berlansung di Sunway Pyramid Convention Centre, Subang Jaya.

GREDAC - Global Real Estate Developers & Agents Conference

GREDAC - Global Real Estate Developers & Agents Conference
Ini merupakan pertama kali GREDAC dianjurkan di Malaysia, dan dibawakan oleh Wonderlist Property. Ia adalah satu persidangan yang menghimpunkan pemain-pemain hartanah dari seluruh dunia, bertujuan untuk melihat haluan baru, peluang serta perkongsian mengenai revolusi yang diperlukan dalam sektor ini bersandarkan kepada keadaan ekonomi semasa.

Himpunkan Ribuan Mereka Yang Hebat dalam Hartanah

Acara yang berlangsung selama 2 hari ini membawakan agen hartanah terbaik serta pemaju hartanah terkenal daripada Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, China, Hong Kong, Taiwan, Afrika Selatan dan juga Australia. Satu peluang keemasan untuk mereka, terutama agen dan pemaju di Malaysia menjalinkan kerjasaya serta melihat peluang yang lebih meluas dalam bidang ini. Dianggarkan, lebih 50,000 pilihan peluang kerjasama akan tersedia untuk mereka yang hadir!

Menarik bukan? GREDAC pastinya satu persidangan dan acara terbaik untuk agen serta pemaju hartanah di Malaysia untuk tahun ini. Dan saya suka berkongsikan peluang ini untuk mereka yang telah atau sedang memulakan kerjaya di dalam bidang hartanah, takkan nak lepaskan kot?

Difahamkan, persidangan ini akan membincangkan berkaitan teknologi - berlandaskan pengguna (pembeli):


"There is no doubt that technology is a key driver of our industry’s growth, both in terms of how we interact and connect within the community and also how we market properties and investment opportunities to our consumers. That is why, our first-ever conference this year will focus on this theme, particularly on how the future of real estate can be transformed through consumer-driven technology." - Ray Chung, Pengarah Urusan Wonderlist Property.

GREDAC membuka peluang untuk mereka yang turut serta untuk berinteraksi dengan wakil-wakil seluruh dunia menerusi jaringan networking serta sesi matchmaking business. Inilah masa terbaik untuk menjalinkan kerjasama strategik serta perhubungan bisnes dalam bidang hartanah, apatah lagi dengan melihat nilai ringgit (MYR) semasa; ia tentu sekali menarik minat orang luar.

Sidang Akhbar GREDAC


Ok. Info penting mengenai GREDAC untuk mereka yang sudah mula ada azam untuk hadiri persidangan ini:
  • Tarikh: 14 - 15 April 2016 (10 pagi)
  • Tempat: Sunway Pyramid Convention Centre
  • Yuran Persidangan: RM680 (Pakej Standard - wakil tempatan), USD250 (warga asing)

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi:

  • Telefon: 03-93680019 / 0393680020 
  • Email: enp@wonderlist.property

Pembelian tiket atau yuran persidangan juga boleh dilakukan menerusi pautan berikut - GREDAC ONLINE FEES

Semoga bermanfaat.


Komen

  1. tempat berhimpunnya jutawan hartanah. Agak2 boleh jumpa otai-2 hartanah di sini yer...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…