Bagaimana Saya Bantu Usahawan Online Malaysia?

Ramai usahawan yang menderita dan sakit untuk mendapatkan pelanggan. Ada yang buat laman web, bina blog sendiri, buat fanpage, wujudkan Google Profile dan bermacam-macam lagi. Namun, semua itu tak bermakna kalau tak ada trafik. Jadi, bagaimana nak dapat trafik ini? Bagaimana nak dapatkan pengunjung yang akhirnya menjadi pelanggan? Di sini letaknya kemahiran saya untuk bantu usahawan online Malaysia.

Apa yang saya buat untuk bantu usahawan online di Malaysia? Bagaimana saya bantu usahawan online di Malaysia menerusi blog? Ok. Pertama sekali biar saya beritahu siapa saya ...

Bagaimana Saya Bantu Usahawan Online Malaysia?

Bagaimana Saya Bantu Usahawan Online Malaysia?
Saya ialah seorang house husband, bekerja dari rumah menerusi penulisan di blog. Saya ada beberapa blog, tetapi blog utama saya ialah hasrulhassan.com dan juga ikerjayagraduan.com. Blog lain tu ... buat masa ini biarlah rahsia. Cukuplah anda kenali saya menerusi blog ini yang telah lama bertapak di dunia online, iaitu sejak 2010 (dijenamakan semula). Menulis entri di blog adalah kepakaran saya. Menulis entri menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimization) adalah keunikan saya. Ada yang gelarkan saya sebagai Pakar SEO Malaysia kerana banyaknya entri dari blog ini yang berada di carian utama Google dan juga Bing.

Dan kerana kelebihan ilmu yang ada ini, saya membantu usahawan online Malaysia untuk mendapatkan trafik ke sumber yang mereka mahukan. Walaupun saya tidak menjanjikan jumlah trafik yang tinggi, tetapi saya yakin bahawa trafik yang datang adalah merupakan trafik berkualiti - bermaksud hanya mereka yang mahu tahu mengenai bisnes, produk, servis, dan perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan itu sahaja yang akan masuk atau baca.

Bantu Menerusi SEO - Maksud Mudahnya Ialah ...

Ok. Apa yang dimaksudkan dengan SEO? Saya tak mahu bercerita secara teknikal, sebab ia akan buat anda pening kepala ... biarlah saya seorang sahaja yang pening bab SEO ini. Tetapi secara mudahnya ialah ... penulisan yang menuruti tatacara yang betul agar diperlihatkan menerusi enjin carian seperti Google dan Bing. Entri sebuah blog yang memenuhi tatacara, kaedah dan teknik SEO akan mudah berada di tempat pertama, kedua, ketiga dan halaman pertama enjin carian; bersandarkan kepada kata carian (keyword) yang dicari oleh pencari maklumat.

Contoh Penulisan Menggunakan Teknik SEO Berkesan

Katakan A, seorang lelaki yang mempunyai saiz badan yang besar, katakan XXL dan mahu kuruskan badan sebelum majlis persandingannya. Maka, dia memerlukan cara untuk mendapatkan apa yang dihajatinya itu. Dia segan nak pergi ke kedai dan bertanyakan tentang masalah ini, maka dia akan gunakan enjin carian khususnya Google untuk mendapatkan maklumat ...

Maka ... A pun bukan Google.com.my dan letakkan kata kunci carian yang dia mahukan .. contohnya:
Bagaimana Saya Bantu Usahawan Online Malaysia?
Nah .. dia dapat info bahawa ada cara yang bagus untuk kuruskan badan untuk lelaki saiz XXL seperti dirinya, lalu dia klik pada pautan yang keluar itu ...  dan dia baca .... ok .. jadi, dia dah ada pengetahuan dan maklumat untuk kuruskan badan ke saiz yang dimahukan.

Itu kisah lelaki A. Bagaimana pula dengan seorang wanita yang kini sedang mencari peluang untuk buat bisnes. Dia dah ada idea untuk berbisnes, dan dia bercadang nak mulakan bisnes sendiri dengan melakukan dropship. Jadi, masalahnya ialah, sebagai newbie atau orang baru .. dia tak tahu cara nak cari pembekal .. maka apa yang dia buat ialah ... dia cari info berkaitan pembekal menerusi carian Google ... lihat apa yang dia cari seperti contoh di bawah ini:
Bagaimana Saya Bantu Usahawan Online Malaysia?
Apa yang saya tunjukkan ialah bagaimana informasi itu penting disalurkan kepada mereka yang betul-betul mahukan. Dan saya mempunyai kepakaran untuk menulis artikel atau entri seperti ini, yang membolehkan usahawan online mendapat perhatian daripada golongan sasaran yang ada kaitan dengan produk serta servis yang ditawarkan.

Cuba lihat apa yang saya lakukan untuk seorang usahawan pelancongan bernama Izzat yang mengusahakan pakej percutian bajet ke Krabi. Beliau telah mendapatkan khidmat saya untuk menulis mengenai promosi yang sedang dijalankan untuk tahun 2016.
Bagaimana Saya Bantu Usahawan Online Malaysia?
Bagaimana Saya Bantu Usahawan Online Malaysia?
Lihat pula kesan penulisan saya yang menggunakan teknik SEO untuk Tuan Ibrahim Rasol yang membuka agensi Perunding Kewangan - dalam bertujuan untuk membantu dan merekrut ramai lepasan SPM, serta graduan membina kerjaya di dalam bidang ini. Informasi disalurkan untuk mereka yang mencari maklumat untuk menjadi seorang perunding kewangan menerusi enjin carian Google.
Bagaimana Blogger Bantu Usahawan Online Malaysia?

Servis Sewa Tapak Iklan Dalam Blog

Cara kedua saya membantu usahawan online Malaysia ialah dengan menyediakan tapak untuk mempromosikan produk, servis dan bisnes menerusi slot banner pengiklanan. Banner pengiklanan ini bagus untuk memberitahu berkaitan promosi, selain memberikan kesedaran berkaitan kewujudan bisnes dan produk usahawan Malaysia. Untuk membolehkan banner pengiklanan ini berjaya, usahawan Malaysia perlu mencari blog yang mempunyai kadar hits atau trafik yang agak baik, dan tinggi supaya lebih ramai nampak banner ini secara online.

[Baca] Tips Memilih Blog Untuk Letakkan Banner Iklan

Ia ibarat papan tanda iklan di jalanraya. Andai setiap hari melalui jalan yang sama, dan nampak iklan yang sama .. lambat laun, ia akan melekat di dalam ingatan. Semakin ramai yang lalu jalan tersebut, maka semakin banyaklah orang yang akan ingat. Begitulah konsepnya iklan banner di blog.

Anda nak lihat kedudukan blog ini dalam carta trafik laman web dan blog di Malaysia? Boleh rujuk di sini - Peluang Pengiklanan

Maka, andaikata anda seorang usahawan online Malaysia yang mahu expose berkaitan bisnes dan produk milik anda, boleh dapatkan bantuan saya untuk menulis mengenainya di blog ini. In Sha Allah, artikel akan kekal lama di dalam enjin carian, dan membolehkan anda mendapat promosi secara berterusan dengan hanya sekali bayaran.

Berminat nak dapatkan servis saya? Boleh terus email ke blogger.hasrulhassan@gmail.com untuk mendapatkan rate card pengiklanan. Boleh juga hubungi saya menerusi pautan ini - Hubungi.



4 comments.. read them below or add one

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah March 25, 2016
Tahianh bro HH. Banyak bantu usahawan online. kena belajar dari bro juga.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit March 25, 2016
Perkongsian yang menarik. Semoga bertambah kejayaan bro HH.
OhPanduan OhPanduan March 25, 2016
Banyak dah hasil yang bro HH buat. Tahniah bro HH.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.