Saya pasti ramai yang tahu tentang jeram sejuk yang ada di Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Ia merupakan kawasan yang terkenal untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga, seperti berkelah, berkhemah dan juga mandi-manda.

Memang syok mandi-manda di jeram Hutan Lipur Ulu Kenas ini. Airnya sejuk dan jernih datang dari kemuncak Gunung Bubu. Selain aktiviti berkelah dan berkemah, Ulu Kenas juga merupakan pintu masuk para pendaki yang mahu meneroka dan menawan puncak Gunung Bubu. Kawasan ini merupakan kawasan Hutan Simpan Bubu, yang sebenarnya kaya dengan flora dan fauna tersendiri.

Asal Usul Nama Ulu Kenas

Asal Usul Nama Ulu Kenas
Walaupun tempat ini dikenali, saya pasti ramai yang tidak tahu akan sejarah dan asal usul nama Kenas. Ada yang mengatakan bahawa Kenas ialah sejenis pokok tumbuhan, dan ada pula yang mengaitkannya dengan nama haiwan yang disumpah oleh Sang Kelembai.

Nama Ulu Kenas Ialah Sejenis Masakan Berasaskan Siput

Tahukah anda bahawa nama Kenas itu berasal dari sejenis masakan? Ia merupakan nama satu masakan lama orang kampung untuk Siput Kinjing. Sejarah awal Ulu Kenas ini bermula semasa perang antara Siam dengan Perak yang berlaku pada sekitara tahun 1880an.
Asal Usul Nama Ulu Kenas
Menurut orang kampung di Ulu Kenas, sejarah tempat ini telah bermula apabila tercetusnya satu perang yang sangat sengit antara Kerajaan Siam dan Kerajaan Perak sekitar tahun 1880an. Pada ketika itu, Siam berhasrat untuk menakluk Perak, dan telah menyerang melalui Kedah. Pihak Kerajaan Siam telah memasuki Perak menerusi Kampung Sayong. Peperangan sengit telah berlaku di situ dan berlarutan sehingga ke Kampung Senggang.

Perang sengit yang tercetus antara Siam dan Perak telah memaksa tentera Siam berundur masuk ke dalam hutan. Dan semasa di dalam hutan, mereka telah diserang satu penyakit misteri. Awalnya mereka ingatkan penyakit ini disebabkan oleh racun jerangkap samar yang dipasang oleh tentera Perak, tetapi sebenarnya berpunca daripada racun daun Pokok Jelatang Gajah.

Pokok Jelatang Gajah memang banyak terdapat di hutan Perak ketika itu. Bahagian yang beracun adalah bulu-bulu halus yang terdapat diseluruh permukaan tumbuhan ini. Bulu ini berwarna putih dan tajam di hujungnya. Ia mudah tertanggal dan melekat pada kulit. Ia mudah mencucuk pada kulit yang lembut, tetapi tidak pada permukaan yang kasar dan keras seperti tapak tangan dan tapak kaki. Kesan terkena bulu pokok Jelatang Gajah akan menyebabkan gatal, pedih serta bengkak-bengkak pada kulit.

Kerana kesakitan yang amat sangat, maka tentera Siam pun berundur ke Kampung Sementa. Pergerakan tentera Siam ini telah diketahui oleh tentera Perak lalu membuat serangan hendap. Satu pertempuran yang sengit telah berlaku, dan menyebabkan tentera Siam lari menyusuri sungai.

Tentera Siam akhirnya tiba di sebuah hulu sungai dan berlindung di situ. Semasa menyusuri sungai, mereka banyak memetik pucuk-pucuk kayu dan juga Siput Kinjing di pinggir sungai untuk meneruskan hidup. Masakan Siput Kinjing bersama pucuk kayu ini dinamakan Kenas.

Tok Nara yang merupakan pembesar Perak ketika itu telah mengerahkan tenteranya untuk memerangi habis-habisan dan menghalau tentera Siam dari Perak. Kerana serangan demi serangan yang diberikan oleh tentera Perak, akhirnya tentera Siam menyerah kalah dan lari berundur dari negeri Perak. Dan mengikut ceritanya, banyak perkakasan memasak tertinggal di hulu sungai tersebut. Malah, banyak kulit siput dijumpai di kawasan tersebut dan dari situlah tempat ini dinamakan Ulu Kenas.
Asal Usul Nama Ulu Kenas
Asal Usul Nama Ulu Kenas
Amacam? Agak-agak boleh buat sebuah cereka pendek tak untuk kisahkan kembali sejarah asal-usul tempat bernama Ulu Kenas ini?

Ini adalah antara pengetahuan baru yang telah saya dapat apabila berkunjung ke tempat ini. Terima kasih kepada pihak Perhutanan Negeri Perak yang menyediakan tempat selesa untuk pengunjung di Ulu Kenas, selain memberikan informasi yang berguna untuk pengetahuan para pengunjung.
Asal Usul Nama Ulu Kenas
Asal Usul Nama Ulu Kenas
Asal Usul Nama Ulu Kenas
Asal Usul Nama Ulu Kenas

In Sha Allah, satu hari nanti kami sekeluarga akan cuba untuk menginap di sini ... dan mungkin akan mengimbau kenangan saya ketika belajar dulu apabila pernah berkhemah selama hampir seminggu di Ulu Kenas.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Best tempat ni..Masa duk Perak dulu pernah pergi sekali.

    BalasPadam
  2. saya pun baru tahu pasal tempat ni. sebelum ni tak pernah tahu. baca blog sifu baru dapat ilmu baru. cantik juga ya airnya. jambatan tu, kalau buat filem, wahh. hehehe. insyaAllah, jika ada masa kelapangan, bolehlah ke sana.:)

    BalasPadam
  3. Itu la kampung teman sebelah emak..sama-sama kita jaga keindahan alam yang ada..

    BalasPadam
  4. Jemu beno oo kome mndisini..mcm2 sejarah ade le...kt saneee..ek eh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement