Dah lama saya tak update berkaitan Alexa Rank ini. Walaupun sudah nampak kurang penting bagi sesetengah blogger, tetapi masih ada yang berkeyakinan bahawa Alexa Rank ini penting sebagai penanda aras untuk melihat sejauh mana kekuatan sesebuah blog itu bersaing di internet.

Saya dapat lihat perkara ini menjadi penting apabila ada pengiklan besar mula bertanyakan mengenai statistik blog, dan mahu tahu kedudukan blog ini di dalam ranking Alexa. Ranking Alexa dianggap sebagai cara mudah untuk lihat populariti blog selain menggambarkan secara kasar kedudukan blog ini di antara ribuan blog dan laman web yang wujud di dunia dari segi jumlah trafik.

Alexa Rank Mac 2016

Alexa Malaysia top blog 2016
Untuk ranking Alexa bulan ini, blog ini masih lagi belum pulih untuk mendapatkan ranking yang baik dalam kelompok 500 blog atau laman web terbaik rank Alexa Malaysia. Kedudukan semasa semasa entri ini ditulis ialah pada kedudukan 1,029. Manakala untuk trafik rank Alexa Global berada pada kedudukan 92,883.
Alexa Rank Mac 2016
Blog ini pernah mencatat kedudukan yang sangat baik dalam rank Alexa, malah pernah berada di kedudukan di bawah 200 untuk rank Alexa Malaysia.

Tips Untuk Dapatkan Rank Alexa Yang Baik

Bagaimana ketika itu blog ini berjaya berada di kedudukan Alexa terbaik? Ok ... ini mungkin tips yang boleh anda guna-pakai:
  • Tingkatkan trafik ke blog dari enjin carian - lebih 50%
  • Tingkatkan trafik ke blog dari media sosial - 30%
  • Tingkatkan trafik menerusi penganjuran segmen, kontest atau giveaway - 20%
  • Update entri blog terkini dengan lebih kerap - sehingga 10 post sehari!
  • Menulis mengenai ranking Alexa
  • Meletakkan widget Alexa ke dalam blog
  • Meletakkan toolbar Alexa ke pelayar internet

Ada di antara tips di atas yang saya berikan pernah saya tulis di dalam blog ini. Anda boleh cari menerusi Tips Blogging. Mungkin akan ada blogger yang berpendapat bahawa tips di atas tidak boleh digunakan lagi memandangkan sudah banyak perubahan dari segi algorithma dalam Alexa yang telah berubah.

Apapun, tak salah mencuba dan lihat kesannya ke atas blog, terutama sekali untuk blogger yang masih berpendapat bahawa ranking Alexa masih relevan untuk menguji kekuatan blog.

Cara Lain Melihat Kekuatan Blog

Ada banyak cara lain untuk melihat kekuatan sesebuah blog selain membandingkan ranking Alexa. Di antaranya adalah seperti di bawah ini. Setiap pembolehubah di bawah adalah merupakan teknik bagaimana sesebuah blog atau laman web diberikan penarafan dari sudut teknikal.

Kekuatan analitik blog hasrulhassan
Nampak pening? Anda boleh baca penerangan ringkas mengenai apa ke bendanya di atas ni menerusi laman berikut - http://www.webseoanalytics.com

Jangan baca benda teknikal tu kalau tak berminat, sebab boleh muntah dibuatnya .. haha .. tapi kalau nak belajar ilmu blogging, bolehlah belajar sedikit-sedikit.

Orait.

Sedikit panduan untuk mereka yang nak tahu mengenai Alexa dan mendapat manfaat darinya:

Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini boleh berikan anda 'warna' apa itu Alexa, yang mungkin penting untuk anda.

In Sha Allah, semoga bermanfaat.


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Hmm memang banyak blog yang jadi gitu .... pasrah je la .. hehehe..

      Padam
  2. Susah juga nak bagi ok alexa ni. Nak buat entri setiap hari tu kadang-kadang sibuk tak berkesempatan dibuatnya.

    BalasPadam
  3. aduh.. 10 post sehari ye ? saya kena buat dan buat lah macam ni. sebelum ni buat- buat pastu tak buat terus huhu..

    BalasPadam
  4. Blog YB dah kelaut juga... dah malas nak up entri alexa kat blog sebab sentiasa aje no data...

    BalasPadam
  5. sejak berhibernasi menulis..ranking dh kelaut..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement