Sunday, March 27, 2016

11 Persoalan Berkaitan CCRIS - PTPTN


Baru sahaja membaca satu post daripada blog rakan blogger - Eyriqazz.com berkaitan beberapa rakan pejabatnya gagal untuk mendapatkan pinjaman dek kerana rekod buruk dalam CCRIS. Rekod buruk tersebut bukan disebabkan oleh institusi kewangan tetapi lebih kepada PTPTN.

Pihak PTPTN telah mula bertindak agresif dalam mendapatkan semula wang pinjaman yang telah diberikan. Bukan setakat disekat untuk keluar negara, tetapi terkini memasukkan rekod peminjam ke dalam CCRIS yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Uhh kalau nama sudah terpahat dalam CCRIS ini ... memang azablah nak dapat apa-apa pinjaman mudah dari institusi kewangan di Malaysia ni.

Langkah Tegas oleh PTPTN Mendapatkan Balik Wang Pinjaman

11 Persoalan Berkaitan CCRIS - PTPTN
Kesukaran mendapatkan pinjaman bukan setakat pinjaman perumahan, malah pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman sewa dan pelbagai lagi; ada kes ... mereka yang tersenarai dalam CCRIS nak apply kad kredit pun tak dah tak boleh. Memang tak boleh nak lari. Silap-silap, mungkin ada di kalangan yang hadapi masalah ini akan beralih kepada pemberi pinjaman lain contohnya pemberi pinjaman swasta atau agensi pinjaman mudah, semata-mata nak dapatkan wang. Lagi teruk, mungkin pinjam untuk langsaikan hutang PTPTN.

Apa itu CCRIS? CCRIS membawa maksud Credit Central Reference Information System yang akan merekodkan sebarang informasi berkaitan dengan pinjaman yang anda telah dan akan buat. Input bagi setiap transaksi di dalam laporan ini kebiasaannya akan disediakan oleh semua bank-bank di Malaysia pada setiap akhir bulan dan ianya akan merekodkan ‘pattern’ pembayaran setiap peminjamnya selama 12 bulan. - AbangEnsem.com

Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Aiyakkk.... bebas CCRIS tetapi dikejar oleh pemberi pinjaman swasta yang mungkin kenakan interest cekik darah. Kalau ALONG?

Apa yang perlu dibuat ialah menyelesaikan segera hutang PTPTN mengikut saluran yang betul.

11 Persoalan Berkaitan CCRIS - PTPTN

Mungkin ada pelbagai persoalan berkaitan hutang PTPTN dan juga CCRIS yang ramai ingin tahu. Dan saya kongsikan 11 persoalan yang berkaitan CCRIS dan PTPTN ini untuk pengetahuan dan informasi semua.

Soalan 1 - Siapakah yang akan disenaraikan di dalam CCRIS oleh PTPTN?
Jawapan - Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 6 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan di dalam CCRIS.
Soalan 2 - Bolehkah rekod laporan CCRIS peminjam disemak dengan PTPTN?
Jawapan - Tidak boleh. Semakan hendaklah dibuat terus di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh negara.
Soalan 3 - Apakah maklumat yang direkodkan di dalam CCRIS?
Jawapan - Maklumat yang direkodkan di dalam CCRIS adalah rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan PTPTN.
Soalan 4 - Apakah yang perlu dilakukan oleh peminjam bagi memastikan rekod pinjaman PTPTN di CCRIS tidak memberi sebarang masalah kepada permohonan pinjaman beliau di bank atau institusi kewangan lain?
Jawapan - Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada di dalam keadaan baik. Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan bilangan bulan tunggakan yang besar, berkemungkinan rekod tersebut akan memberi kesan terhadap permohonan pinjaman di institusi kewangan. Adalah dimaklumkan bahawa kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.
Soalan 5 - Siapakah yang patut peminjam berunding mengenai rekod pinjaman PTPTN beliau di dalam CCRIS? Bolehkah peminjam berunding dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau mana-mana institusi kewangan yang lain?
Jawapan - Peminjam tidak boleh berunding dengan BNM atau mana-mana institusi kewangan yang lain mengenai rekod pinjaman PTPTN di CCRIS. Semua rundingan mengenai pinjaman PTPTN samada penyelesaian hutang pinjaman atau penjadualan semula jadual pinjaman hendaklah dibuat dengan PTPTN. Peminjam boleh menghubungi hotline PTPTN di talian 03-2080 4455 atau hadir berunding di mana-mana cawangan PTPTN di seluruh negara.
Soalan 6 - Apakah yang perlu dilakukan oleh peminjam sekiranya ingin mengeluarkan rekod pinjaman PTPTN beliau daripada CCRIS?
Jawapan - Peminjam hendaklah membuat penyelesaian penuh hutang pinjaman. Bagi mana-mana peminjam yang telah membuat penyelesaian penuh hutang, rekod di dalam CCRIS akan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh bayaran dikemaskini di dalam penyata PTPTN.
Soalan 7 - Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh peminjam sekiranya tidak mampu membuat penyelesaian penuh hutang pinjaman?
Jawapan - Peminjam hendaklah menyelesaikan keseluruhan tunggakan dan membuat bayaran balik bulanan secara teratur (konsisten) mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) yang telah ditetapkan. Peminjam yang mempunyai masalah kewangan dinasihatkan berunding dengan PTPTN untuk penjadualan semula hutang dan seterusnya membuat bayaran bulanan secara teratur.
Soalan 8 - Sekiranya peminjam telah membuat bayaran keseluruhan tunggakan, adakah rekod menjadi lebih baik dan rekod buruk akan dikeluarkan dari CCRIS? Adakah peminjam masih berpeluang untuk membuat pinjaman dengan institusi kewangan lain?
Jawapan - Rekod pada bulan semasa akan menjadi baik. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai bilangan ansuran tertunggak selama 12 bulan yang lepas masih dipaparkan dalam laporan kredit CCRIS. Kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.
Soalan 9 - Bilakah tarikh bayaran balik perlu dibuat supaya rekod pada laporan kredit CCRIS adalah baik pada setiap bulan?
Jawapan - Bayaran balik pinjaman hendaklah dibuat pada bulan berkenaan. Bagi memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa, transaksi melalui agen/pihak ketiga hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.
Soalan 10 - Jika peminjam membuat bayaran balik pinjaman, bilakah rekod peminjam akan dikemas kini dalam CCRIS?
Jawapan - Rekod bayaran akan dikemas kini oleh PTPTN pada tarikh penghantaran laporan berikutnya, iaitu tidak lewat daripada 15 haribulan pada bulan berikutnya.
Soalan 11 - Mengapa rekod CCRIS buruk walaupun bayaran balik pinjaman telah dibuat pada setiap bulan?
Jawapan - Bagi situasi di atas, antara sebab rekod CCRIS masih buruk ialah :
  • Lewat bayar : Peminjam membuat bayaran setiap bulan, tetapi masih ada tunggakan. Sebagai contoh, bayaran mula dibuat selepas 1 tahun tamat pinjaman sedangkan peminjam sepatutnya mula membuat bayaran selepas 6 bulan tamat pinjaman.
  • Bayaran bulanan lebih rendah daripada jumlah yang ditetapkan pada Jadual Bayaran Balik (JBB)
Sumber: PTPTN

11 Persoalan Berkaitan CCRIS - PTPTN
Memang ramai dah rakan blogger yang telah menulis mengenai kesedaran untuk membayar balik pinjaman PTPTN ini. Antaranya:
Sebenarnya ramai dah sedar akan kewajipan membayar balik pinjaman PTPTN ini. Ada yang membayar mengikut jadual yang ditetapkan, ada pula membayar sekadar yang mampu, dan ada juga yang membayar secara on-off-on-off (bila ada duit lebih baru bayar).

Memang ramai yang bermasalah nak bayar hutan PTPTN ni. Apatah lagi apabila habis sahaja belajar, sukar untuk mendapatkan kerja. Ada yang dah kerja, tapi masih lagi sukar untuk menyara kos kehidupan yang tinggi. Nak tak nak, ada yang perlu bekerja secara sambilan dan sampingan.

Namun, cara terbaik sekali andai tidak mampu adalah dengan menstrukturkan semula pembayaran semula pinjaman PTPTN ini jika hadapi masalah dengan jadual pembayaran.


11 Persoalan Berkaitan CCRIS - PTPTN
4/ 5
Oleh

Baca Artikel Terkini Menerusi Email (PERCUMA)

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

Lazada Malaysia

Komen Anda

5 komen

Tulis komen
avatar
27 March, 2016 14:00 delete

Kadang bukan tak nak bayar..tapi tak ada kerja atau tak ada duit nak bayar..apapun terima kasih HH atas perkongsian =)

Reply
avatar
27 March, 2016 15:39 delete

saya dh buat potong gaji dah...tak yah pening2

Reply
avatar
27 March, 2016 19:07 delete

Saya pun bayar melalui potongan kwsp.. huhu

Reply
avatar
27 March, 2016 22:29 delete

better dapatkan bantuan & kaunseling dengan AKPK

Reply
avatar
07 June, 2016 12:10 delete

Ramai pelajar yang berjaya memohon PTPTN tidak bayar balik selepas habis pelajaran mereka dan mula bekerja. Dengan ekonomi yang kurang baik buat masa kini, maka kerajaan perlu mengeluarkan syarat yang lebih ketat untuk meluluskan pemohonan.

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang didapati tiada kaitan dengan artikel akan dipadam serta-merta. Untuk tujuan promosi dan iklan, sila hubungi saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.