10 Blog Lelaki Kacak 2016

Wah, banyak juga sambutan diterima untuk post saya mengenai Senarai Blog Kacak Pilihan 2016. Mungkin dah jemu kot asyik 'naikkan' nama blogger awek dan wanita cun-cun ..huhu... sesekali kena beri peluang untuk blog lain diketengahkan.

Kali ini, saya nak kongsikan kepada anda semua mengenai 10 blog lelaki kacak untuk tahun 2016 yang mungkin akan menambat mata dan hati anda. Samada anda mahu jadi pengikut setia mereka, membaca setiap post baru setiap hari dari blog-blog lelaki kacak ini, adalah terpulang kepada diri. Saya hanya paparkan di blog ini supaya anda tahu blog lelaki kacak memang wujud .. hoho.

10 Blog Lelaki Kacak 2016

10 Blog Lelaki Kacak 2016
10 blog yang akan saya tampilkan ini bukan bermaksud serius mereka adalah lelaki terkacak, sebab lelaki paling kacak adalah yang sedang menulis entri ini ... haha .. tapi mereka dianggap kacak kerana mereka menjadikan blog satu wadah menarik untuk berkongsi sesuatu manfaat pada semua. Maka, sekarang ... meh jenguk-jenguk blog lelaki kacak ini ... pastikan anda klik pada pautan dan singgah di blog mereka ye...

http://www.thisisreef.com
Blog yang masih baru .. tapi ada sentuhan segar dalam penampilan. Jika anda singgah ke blog ini, anda akan dihidangkan dengan kisah-kisah serta gambar travel yang best. Malah, terdapat beberapa tips travel dan bercuti yang boleh anda jadikan panduan. Saya sangat syorkan kepada mereka yang nak baca blog travel untuk menjadi pengikut blog ini. In Sha Allah, berbaloi. Dan ia ditulis oleh lelaki kacak yang menggelarkan pembacanya sebagai Reefism. Menarik bukan?
http://www.cikpinz.com
Saya fikir ramai kot kenal akan blogger kacak ini. Seorang pelopor dan mastermind untuk Projek Blogger 
Utara
, yang sentiasa pantas memikir mencari sesuatu yang menarik untuk aktiviti blogger utara. Mana-mana blogger yang bermastautin di utara Semenanjung Malaysia bolehlah follow blog ini dan join bersama komuniti yang dibentuk. Saya dengar banyak job untuk blogger utara hasil usaha team diketuai blogger Cik Pinz sedang menunggu...huhu.. saya sendiri pun dapat tempiasnya sedikit sebanyak.

http://www.saljuhumairah.com
Haha.. mati-mati ingatkan ia blog seorang wanita yang berhijab menutup dada, rupanya blog seorang lelaki kacak. Blog ini banyak info - terutama berkaitan kerja dari rumah untuk blogger. Walaupun secara jujurnya saya kurang gemar dengan penampilan blog ini ketika menyusuri menggunakan komputer desktop, tetapi amat kemas dan selesa bila masuk ke blog ini dalam versi mobile.

http://www.arzmoha.com
Sebuah blog lelaki kacak yang sudahpun beranak pinak, tetapi kekal tampil memberikan manfaat dengan pengisian best tentang parenting. Tak lekang dengan kamera, anda boleh rasa terpesona dengan gambar-gambar cantik dikongsikan dalam entri blog. Kalau nak baca tips jaga anak seorang bapa muda, bolehlah jenguk blog ni..... baca je entri dah tau lelaki kacak ni memang ada jiwa sweet gitu .. haha.

http://www.akupenghibur.com
Blog ini memang dah popular. Pemiliknya pun ramai pengikut. Yelah, blog yang adakala ditulis dengan teknik emosi memang memikat. Kadangkala ada entri yang menyentuh rasa sayu dihati ..mungkin kerana sifat pemilik blog yang ada taman di hati. Blog lelaki kacak 2016 ini bukan calang, pernah menang anugerah dalam Minggu Media Sosial Malaysia ... hoho ... #akuhado?

http://www.radiosenyap.com
Cuba juga mencari mana-mana widget yang berikan laluan untuk dengar radio kegemaran, tapi haram saya tak jumpa. Dengan keunikan sendiri .... blog ini tampil memberikan informasi yang mungkin ada pembacanya tersendiri. Oh ya, ada channel sendiri di YouTube ..... memang kacaklah kalau begitu ... hoho.

http://www.hafizhafizol.my
Tuan punya blog ini memang kacak bergaya tetapi rendah diri apabila menampilkan nama blog - Bukan Sekadar Rupa ... huhu. Andai dilihat pada paparan post paling popular, rasanya kebanyakkan adalah untuk kemudahan lelaki kacak membacanya .. haha .... harus tu apabila 2 post popular pasal rambut lelaki! Uhh ... hanya lelaki kacak sahaja yang akan tulis entri pasal ni .. hoho ... erkk.

http://www.wayneharraz.com
Saya telah 'dibisikan' bahawa penulis blog ini memang kacak. Jadi, memang tidak salahlah andai sudah masuk senarai 10 blog lelaki kacak 2016. Nama pun dah unik ... Wayne Harraz ... macam nama pelakon la pulak. Apapun, jangan mudah terpedaya sangat dengan nama dan bisikan yang saya maksudkan tu. Apa blog ini hidangkan untuk manfaat pembaca, anda perlu lihat sendiri.

http://subhakimfaiz.blogspot.my
Sekali pandang, nampaknya blog ini banyak yang perlu diperbaiki - antaranya ialah penampilan dan jenis widget yang digunakan. Walaupun dilihat daripada arkib blog ini, saya fikir blog ini sudah lama wujud cuma mungkin kurang pendedahan sampai saya sendiri pun baru tahu ianya wujud .. ehemm ..... moga blog ini akan tampil lebih baik akan datang dan selayaknya diketengahkan sebagai blog lelaki kacak 2016.

http://amirul.my
Blog ni best... serius best. Rugi kalau anda tak baca entri-entri di dalam blog ini. Penampilan blog pun seronok pada mata. Paling menyerlah ialah header blog ini yang ada gambo ular yang bersedia nak mematuk .. patuk apa tu agaknya? Seorang blogger kacak yang pandai dan bijak menyusun ayat dengan tajuk-tajuk entri yang menangkap. Kalau anda pandai, cubalah teka usia pemilik blog ini ... hoho

Orait ... selesai. Nanti akan ada lagi post seperti ini saya publish. Harap anda semua yang baca boleh berikan support pada Kelab Blogger Belia, yang menjadi antara sumber ilham untuk post ini.

{ 26 comments.. read them below or add one }

Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen March 09, 2016
Tahniah kepada yang tersenarai :)
Bahrain Bahrain March 09, 2016
Perghhh. retis kacak. :D
reezluv reezluv March 09, 2016
tak sangka kacak-kacak belaka semuanya..saljuhumairah tu siyes tak sangka itu lelaki..hehhee
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah March 09, 2016
Semuanya kacak-kacak. Bila nak dapat kacak juga ni ;-)
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit March 09, 2016
Hebat blogger radio senyap tu. Ada chenel youtube sendiri.
OhPanduan OhPanduan March 09, 2016
Nak masuk daftar dalam geng blog kacak juga lah;-)
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim March 09, 2016
tahniah...nanti ada ruang dan peluang jangan lupa masukkan blog saya....hihihi
penaberkala nuar penaberkala nuar March 09, 2016
Wahh
Tahniah semua blogger kacak
Teruskan kekacakan di arena blogging
Suriaamanda Suriaamanda March 09, 2016
wayne harrazz....hehehehhe...untung la tercalon...
yang baik yang baik March 09, 2016
wah, bestlah masuk dalam senarai blogger kacak... untung untung
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah March 09, 2016
Ada banyak lagi belum tersenarai tu termasuk blog orang yang bagi komen ni.. Anyway tahniah untuk mereka
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah March 09, 2016
Ada banyak lagi belum tersenarai tu termasuk blog orang yang bagi komen ni.. Anyway tahniah untuk mereka
Sentiasa Panas Sentiasa Panas March 09, 2016
Memang terbaik semuanya..:)
Iena Eliena Iena Eliena March 09, 2016
Wah tahniah semua yang tersenarai mmg ade kelebihan tersendiri :)
http://www.thisisreef.com ehemm mcm kenal je :D
tahniah Din (^_~)
lokman amirul lokman amirul March 09, 2016
Kesemuanya bagus2 belaka...
el el March 10, 2016
TAHNIAH CP
TAHNIAH CP
TAHNIAH CP
TAHNIAH CP
TAHNIAH CP
TAHNIAH CP
TAHNIAH CP
TAHNIAH CP
TAHNIAH CP
TAHNIAH CP
cikpinz cikpinz March 10, 2016
Tahniah buat semua..terima kasih HH..
Cik Ash Cik Ash March 10, 2016
tahniah buat semua... team PBU terbaik hihihi
Amirul Amirul March 12, 2016
Tahniah semua yang berada dalam list. Pilihan HH memang terbaik. Memang kesemua blog best dibaca dan... memang semuanya kacak2 belaka
calrase patrick calrase patrick March 12, 2016
Semuanya blogger yang sangat kacak .. Tahniah semua
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 13, 2016
Kacak-kacak kan mereka ni?
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 13, 2016
Hang dah kacak dah dengan Jobdirumah ... :)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 13, 2016
Jangan lupa .. gua bukan kacak dan bergaya
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 13, 2016
Hahahaha... nanti nanti .. bila rasa ada free baru buat lagi .. keh keh keh
ewento marcello ewento marcello March 15, 2016
heeeee......senyap-senyap ye. kan saya dah cakap saya ni memang kacak. kikikiiiii

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.