Dah buat undian anda untuk Anugerah Minggu Media Sosial Malaysia (Malaysia Social Media Week) 2016? Ada ramai rakan blogger yang masuk bertanding untuk memperkenalkan blog ke peringkat lebih tinggi menerusi pelbagai kategori yang diketengahkan. Dan saya, menerusi blog ini telah masuk bertanding untuk kategori Best Blog of The Year MSMW2016.

Undian untuk Best Blog of The Year 2016 telah dibuka mulai 2 Februari, dan bakal berakhir pada 21 Februari 2016. Undian untuk setiap kategori boleh dilakukan sekali sahaja menerusi akaun Facebook, jadi anda mempunyai hanya satu pilihan sahaja untuk memilih mana-mana blog yang layak.
Undian Best Blog of The Year 2016
Mari memeriahkan Minggu Media Sosial Malaysia ini dengan memilih calon terbaik untuk menang setiap kategori yang ada, dan pastilah saya berharap anda akan memilih blog saya untuk undian Best Blog of The Year 2016. Undian ini perlu bagi menempatkan blog sebagai top 3 pilihan, sebelum pemilihan seterusnya dilakukan oleh pihak juri yang telah dilantik.

Untuk membuat undian, dan memilih blog ini sebagai calon terbaik untuk Best Blog of The Year MSMW2016, maka sila klik butang di bawah ini, dan pilih blog ini. Hanya klik butang vote yang disediakan setelah anda login menerusi akaun Facebook anda. Butang vote yang telah digunakan akan bertukar menjadi merah setelah pilihan dibuat.

  1. Pergi ke laman web berikut - Calon Best Blog of The Year MSMW2016
  2. Login menggunakan akaun Facebook anda.
  3. Cari kategori Best Blog of The Year
  4. Cari blog hasrulhassan.com, klik butang Vote yang berwarna hijau.
  5. Selesai mengundi.
Undian Best Blog of The Year 2016

Selamat mengundi, dan semoga anda telah memilih blog terbaik bagi setiap kategori.


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbaik..haruslah sokong org kampung kan..good luck HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.... terima kasih .. terima kasih. Semoga undian akan terus meningkat.

      Padam
  2. Semoga tuan HH berjaya. Saya pun turut menyertai bagi kategori lain :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeap. Saya ada perasan tu .. :_ hehehe... Good luck ye.

      Padam
  3. Good Luck HH. Saya pon turut serta tapi dalam kategori lifestyle blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berjaya juga dalam kategori dipertandingkan.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement