Lazada Malaysia

Tuesday, February 16, 2016

Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, PAV, STAM, SPM 2016


Tarikh Peperiksaan (Exam) 2016 untuk UPSR, PT3, PAV, STAM dan SPM. Memandangkan anak saya yang sulong bakal hadapi peperiksaan penting pada tahun 2016, maka memang amat perlu untuk saya alert mengenai tarikh peperiksaan yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan untuk tahun 2016.

Dan saya juga mahu ibubapa lain alert sama mengenai tarikh-tarikh peperiksaan ini, khususnya untuk peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Pentaksiran Asas Vokasional (PAV), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2016 ini.

Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, PAV, STAM, SPM 2016

Tarikh Exam UPSR, PT3, PAV, STAM, SPM 2016
Untuk itu, saya kongsikan jadual tarikh-tarikh peperiksaan terbabit, yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Lembaga Peperiksaan bertarikh 18 Disember 2015. Jadual peperiksaan utama ini disediakan dalam bentuk PDF, anda boleh samada muat-turun, atau boleh terus cetak untuk rujukan kemudian. Dengan adanya jadual serta tarikh peperiksaan ini, bolehlah dilakukan perancangan terutamanya untuk ulangkaji anak-anak sebelum tarikh peperiksaan sebenar.


Saya berharap semoga informasi berkaitan tarikh peperiksaan untuk UPSR, PT3, PAV, STAM dan SPM 2016 ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Al-maklumlah, peperiksaan sekarang bukan seperti dahulu .. ada format peperiksaan yang sudah jauh berbeza malah semakin mencabar.

Ambil Perhatian Mengenai Tarikh Peperiksaan 2016

Saya sendiri baru meneliti contoh-contoh soalan untuk pelajar yang bakal hadapi UPSR 2016 .... fuh .... tengok soalan matematik pun dah boleh buat berpeluh .. belum lagi cuba nak menjawabnya .. memang susah kalau difikirkan anak-anak darjah enam untuk menjawab soalan matematik seakan matematik tambahan tingkatan empat semasa saya KBSR dahulu.

Apapun, saya percaya dengan ulangkaji yang konsisten, latih tubi serta sokongan ibu bapa untuk bantu anak-anak berjaya di dalam pelajaran akan dapat sedikit sebanyak memberikan impak positif. Tak boleh nak harap pembelajaran di dalam kelas mahupun kelas tuisyen sahaja. Ibu bapa kena ambil peranan juga.

Langkah pertama ialah ambil peduli tentang tarikh peperiksaan yang akan dihadapi oleh anak-anak. Semoga apa yang saya kongsikan ini, berkaitan jadual serta tarikh peperiksaan untuk UPSR, PT3, PAV, STAM dan juga SPM 2016 dapat digunakan sebaiknya .. jangan lupa print dan tampal di rumah ...  terus buat jadual ulangkaji untuk anak-anak, dan pantau persediaan mereka.

Semoga anak-anak yang akan ambil peperiksaan 2016 berjaya dengan cemerlang.


Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, PAV, STAM, SPM 2016
4/ 5
Oleh

Baca Artikel Terkini Menerusi Email (PERCUMA)

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

Lazada Malaysia

Komen Anda

4 komen

Tulis komen
avatar
16 February, 2016 04:29 delete

anak kedua saya bakal menduduki UPSR pada tahun 2016..saya dah merancang sistem dan teknik belajar untuk dia menghadapi ujian tersebut

Reply
avatar
16 February, 2016 15:30 delete

Anak saya masuk projek khas untuk UPSR ni .. tgk buku teks/kerja matematik dia ... uhh lagi tebal dari buku teks add math masa saya sekolah menengah dulu ...

Reply
avatar
18 February, 2016 23:59 delete

Bagus dah ada tariknya. Ibu bapa dan pelajar dah boleh buat perancangan macam ni.

Reply
avatar
19 February, 2016 00:01 delete

Dah start kelas tambahan sekarang ni. Harap ramai yang berjaya tahun ni.

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang didapati tiada kaitan dengan artikel akan dipadam serta-merta. Untuk tujuan promosi dan iklan, sila hubungi saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.