Apabila disingkap kisah-kisah, isu semasa dan cerita yang telah menjadi viral di laman sosial, nampak banyak keperitan dan kesukaran dalam hadapi cabaran hidup di tahun 2016. Ramai rakyat Malaysia menyatakan rasa disulam emosi tak keruan. Ada yang seolah tidak tahu bagaimana untuk hadapi cabaran hidup di tahun 2016 ini, seolah hidup di negara sendiri dirasakan sangat menyukarkan.

Untuk mereka yang hidup di pekan kecil seperti saya, mungkin tidak terasa sangat. Nak beli rumah pun, alhamdulillah, ada skim khas untuk penjawat awam. Uhh beruntungkan jadi penjawat awam? Tapi bagaimana dengan mereka yang hidup di kota raya besar seperti Kuala Lumpur? Memang sukar untuk hidup, apatah lagi untuk mempunyai rumah - beli atau sewa. Dengan gaji yang ada, dibandingkan dengan kos sara hidup yang tinggi, sana-sini ada caj, hatta nak minum air suam pun kena bayar 20-50 sen segelas.

Sukar dan Susahnya Hidup di Kota Raya

Sukarnya Hidup Di Kota Raya Malaysia
Artikel di bawah ini dibawakan oleh Hidup.my
....

Kos Sara Hidup Tinggal di Kota Raya

Tahun 2016, tahun yang sangat mencabar bagi rakyat Malaysia. Kebelakangan ini semakin hangat dibincangkan tentang isu kos sara hidup khususnya bagi mereka yang tinggal di Kota Raya – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan lain-lain bandar besar. Pelbagai rungutan disuarakan tentang ramai yang terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Betul, cerita ini sudah basi, cerita yang kerap diulangi… kos sara hidup. Agak membosankan?

Apa yang kami boleh katakan dari perspektif ekonomi yang adil, sukar untuk kita meningkatkan gaji minima kerana ia berkait rapat dengan produktiviti setiap pekerja. Secara umum mungkin boleh dinaikkan jika produktiviti juga meningkat – tetapi lebih banyak syarikat yang gemar memberi insentif berbanding gaji yang tinggi. Termasuk bonus atau pun insentif perubatan, insurans dan sebagainya.

Kami tidak akan membincangkan isu kemasukan jutaan tenaga kerja warga Bangladesh ke Malaysia kerana ianya isu yang terlalu panjang untuk dihuraikan dari perspektif dasar ekonomi yang dipraktikkan kerajaan, apatah lagi bila tiada kaitan secara langsung dengan bilik sewa. Walaupun secara berseloroh, boleh kami katakan tiada masalah untuk 10 orang warga Bangladesh atau pun Nepal berkongsi tinggal di dalam bilik sewa bersaiz sederhana atau kecil. No Problem. Ingin juga kami tegaskan di sini bahawa kami tidak menyokong sebarang tindakan stereotype.

"Orang asing ini usik bini saya"
"Orang asing itu kacau anak bini saya"

Lumrah hidup manusia, ada yang baik dan ada yang jahat. Mari jauhkan stereotype kerana saya percaya, tenaga kerja dari Bangladesh atau Indonesia yang majoritinya membentuk hampir 50-60% jemaah solat subuh di sebuah Masjid terkemuka di Shah Alam, tidak meng'stereotype'kan Muslim Malaysia sebagai ummah yang lemah dan pemalas.

Ketahanan Luar Biasa

Mukadimmah panjang di atas adalah bagi memulakan perkongsian daripada ramai netizen tentang bagaimana mereka mampu bertahan dengan pendapatan yang di bawah kadar 'miskin bandar'. Kami sering dengar metaphore ini:

“Kerja dan hidup macam Bangla”…

Mungkin membawa erti bahawa betapa mencabarnya hidup. Gaji dan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,800. Sayu hati kami yang berada di tengah-tengah ini, dalam menyediakan platform bagi mereka yang ingin menyewa bilik.

Kisah Encik Khairul (Bukan Nama Sebenar)

Encik Khairul baru sahaja mendirikan rumah tangga, gajinya pula tidaklah seberapa, gaji seisi rumah tidak menjangkau RM1,800 yang kelihatan sayup-sayup. Beliau ingin menyewa bilik, tetapi jelas ianya agak terbatas kerana kekangan hidup berpasangan di dalam sebuah rumah bersama pasangan lain. Kami tidak mahu menyentuh isu moral atau prinsip agama, ini adalah sandaran anda sebagai pembaca kerana kami ingin menyatakan dari segi moral; apa yang mampu kita lakukan untuk membantu? Apakah pilihan yang ada bagi Encik Khairul.

"Ahhh, mesti banyak bagi alasan.. hidup tak sanggup susah, buat la kerja lebih sikit! Pemalas! Typical Melayu"

Itu ayat yang mugkin kita dengar dari sesetengah pihak.

Let’s be less demoralizing can we? – kata orang putih.

Nak sewa rumah sebuah tak mampu (kami akan nyatakan cara bagaimana nak sewa sebuah rumah). Kami tidak mahu menyentuh aspek dimana kita sebagai orang yang pernah melalui hidup susah, merasakan perlu untuk Brainwash orang seperti Encik Khairul. Kami percaya bahawa kita mampu memberi dorongan serta sokongan, menyuluh jalan kearah kemungkinan yang boleh dicuba oleh orang yang senasib dengan Encik Khairul. Sesetengah orang cepat menyesuaikan diri, yang lain lambat - kata orang, pelan-pelan kayuh.

Kisah Warga Malaysia - Mungkin Inspirasi Buat Anda

Di sini kami ingin kongsikan beberapa kisah inspirasi dengan mereka di luar sana yang rasa lemah, kurang bersemangat dek kekurangan kapasiti kewangan. Cerita lama, atau cerita baharu, kekuatan mereka adalah inspirasi untuk kita. Ingat, jika kita susah, ada orang yang sama susah bahkan lebih susah dari kita!

Sukarnya Hidup Di Kota Raya Malaysia
Mungkin anda akan kata, dulu lain, sekarang lain? Bagaimana pula dengan kisah rakan kita dibawah ini?

Sukarnya Hidup Di Kota Raya Malaysia
Atau mungkin anda rasakan bahawa mereka hidup bujang? Bagaimana dengan rakan kita yang berikutnya?

Sukarnya Hidup Di Kota Raya Malaysia

Perbandingan: Dulu lain, sekarang lain!

Merujuk kepada isu Encik Khairul yang kami sebut di awal tadi tentang hospitality bagi mereka yang bergaji rendah. Betul, dulu lain, sekarang lain. Dahulu, terdapat banyak rumah rumah kedai yang di tingkat atasnya dipecahkan menjadi bilik2 dan dipanggil lodging. Sewanya murah berbanding rumah biasa. Rumah biasa sewanya RM60, sebuah bilik di lodging hanya RM15 sebulan. Lodging ini di kalangan muda-mudi zaman sekarang lebih dikenali sebagai "Rumah Pintu". Sebuah rumah besar yang mempunyai pintu-pintu khusus bagi setiap bilik dan disewakan kepada sesiapa yang inginkannya.

Mana nak dapat sekarang "Rumah Pintu" sebegini kalau tak di Kampung Baru atau pun sekitar Ampang di bahagian-bahagian tertentu khususnya di Lembah Klang ni? Itu pun sekarang harganya sudah mencecah RM500-RM600 satu pintu, ya berdasarkan lokasi!

Mari kita bandingkan menggunakan kelompok lingkungan jumlah bilik sewa mengikut anggaran harga paling besar dan RM200 ke bawah sekitar Lembah Klang:

Bagi maksimum RM2,000:
Sukarnya Hidup Di Kota Raya Malaysia


Bagi maksimum RM201:
Sukarnya Hidup Di Kota Raya Malaysia

Sumber rujukan: http://hidup.my/find-room/

Mungkin perbandingan dan jurang yang besar tetapi kami posisikan pada maksimum RM2,000 agar semua bilik yang disewakan pada kadar lingkungan RM300-RM700 ke atas akan disenaraikan secara tak langsung.

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Pengenalan dan isi tengah yang agak panjang tetapi point penting yang kami ingin sampaikan adalah untuk anda asimilasikan segala fakta yang kami ketengahkan agar menjadi inspirasi serta ilham untuk anda meneruskan kehidupan. Hidup penuh dengan pilihan. Sama seperti sewa bilik dan sebagainya. Tak mampu beli rumah, sewa rumah; tak mampu sewa rumah, sewa bilik.

  1. Kreatif
    Tips untuk hidup di bandar besar
    • Cuba mencari alternatif jika boleh. Sublet barangkali? Ini bukan asing lagi di zaman sekarang, Cuma mahu atau pun tidak sahaja! Perkongsian dari salah seorang rakan kita
    • Kami tidak mahu berhujah pada dasar dan prinsip, tetapi kami ingin ketengahkan idea dan segala kebarangkalian yang boleh diusahakan!
  2. Berjimat
    • Tipikal tetapi benar, cuba lihat apa kata rakan kita ini ...
      Tips untuk hidup di bandar besar
    • Jika Encik Mohamad Zuhairy ini boleh, mengapa anda tidak boleh?
  3. Cari Keberkatan Dalam Mencari Rezeki 
    • Lebih kita memberi, in Sha Allah akan lebih lagi kita menerima - orang tua-tua memang selalu dah berpesan.
    • Sukarnya Hidup Di Kota Raya Malaysia
Tiga langkah mudah bagi anda. Mengapa kami sertakan printscreen. Apa rasionalnya dan kaitan dengan segala apa yang dibincangkan? Kami ingin anda di luar sana tahu bahawa anda tidak keseorangan dalam menghadapi ekonomi yang mencabar. Kami ingin memberitahu anda bahawa kami bersama anda dan tidak menjadi 'typical netizen' yang hanya tahu memperlekehkan, mengherdik serta menjatuhkan semangat anda hanya kerana anda tidak pantas mengadaptasi diri.

Penting di dalam kehidupan ini kita mencari keredhaan dan keberkatan dari NYA. Apa yang penting pertama sekali adalah niat. Dengan niat, usaha serta doa yang tidak putus-putus dan ikhlas, kita akan mendapat balasan yang setimpal. Kami ingin mengakhiri artikel ini dengan kata-kata yang sangat indah dari salah seorang saudari yang hanya ingin dikenali sebagai Angah.

"Semata-mata untuk bekerja keras demi sesuap nasi untuk ahli keluarga. Pengertian kerja keras sebenarnya tidak sesuai diertikan bekerja sehingga tiada masa untuk keluarga, kerana seolah-olah seseorang perlu bekerja dengan keras, bermati-matian, kurang istirehat, dan kepenatan. Keberkatan dari Nya adalah apa yang kita cari"

Daripada: TeamHidup@Hidup.my

...
...
Ok. Bagaimana dengan perkongsian yang menarik .. panjang lebar yang telah saya terbitkan ini? Dapat pencerahan bagaimana untuk hidup di kota raya yang serba mencabar? Saya fikir banyak isi tersirat yang boleh anda kaut dan dijadikan sebagai pedoman, dan 3 poin yang diberikan cukup menarik dan saya pasti ramai yang akan mengiyakan.

Anda boleh nampak beza antara kita, yang tahu mencari penyelesaian, dan dibandingkan dengan mereka yang hanya tahu menempelak orang lain tanpa memberikan sebarang sokongan, semangat apatah lagi jalan penyelesaian untuk meredakan kekusutan. Moga perkongsian ini terbaik untuk dihadam, in Sha Allah.

Sila layari Hidup.my untuk mencari dan mengetahui rumah dan bilik untuk disewa.



13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sepuluh tahun lebih saya merantau di Kuala Lumpur... Memang sukar, even sekarang pun masih terasa kesukaran.. Kalau niat datang nak santai, 2 3 hari cukup.. tapi kalau datang nak kerja, kena buang perkataan relax dulu buat sementara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bila berada di Kotaraya besar macam Kuala Lumpur, mana boleh relax .. kena kerja kuat untuk bersaing dengan kehidupan.

      Padam
  2. Cabaran hidup membuat kita lebih kreatif berdaya saing..

    BalasPadam
  3. Cabaran hidup di kotaraya K.L kena kreatif & pandai cari sumber pendapatan tepi..ramai sekarang yang buat biz secara online..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti bijak, kalau tidak memang akan ditekan orang yang bijak KL .. :)

      Padam
  4. Hidup di bandar besar banyak cabarannya. Ramai juga kenalan saya, dah pencen balik duduk kampung.

    BalasPadam
  5. 1 perkongsian yg bagus HH. Di Putrajaya pun kos utk anak 2 org di taska dah cecah 1k.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuh. Sungguh perit kalau hidup di bandar besar hanya untuk membayar keperluan.

      Padam
  6. Terpulang kepada kita...kita mungkin tidak boleh ubah orang lain tapi kita boleh perlahan lahan ubah diri sendiri...in sha Allah...betul dalam situasi sekarang perlu ada anjakkan dalam kehidupan..bukan berada di zon selesa tapi amalkan zon sederhana..

    BalasPadam
  7. perubahan bermula daripada diri kita.

    BalasPadam
  8. pernah merasai kesukaran hidup kat kl
    time tu nak cri keje, sebulan2 xde job dan masih tercari2 keje
    kena bayar sewa rumah, nak makan pun budget terhad sgt, keluar je dari pintu rumah dah start kena byr itu ini, byr bas, fotostet itu ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm kalau kosnya tidak tinggi, tak mengapa; ini semua menekan. Memang kalau tak kuat, tertekan hidup di bandar besar ni.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement