Simpan Emas Untuk Masa Depan Anak-Anak

Emas - salah satu komoditi yang boleh memberikan pulangan yang sangat baik untuk mereka yang tahu cara untuk mengurus dan mendapatkan keuntungan darinya. Zaman sekarang, ramai yang sudah mula melihat bagaimana emas boleh menjadi antara pelaburan terbaik untuk jangkamasa panjang. Dan alhamdulillah, isteri saya sudah mula simpan emas dalam bentuk pelaburan untuk masa depan anak-anak kami.

Sejarah emas, dagangan mengenainya sudah wujud beribu-ribu tahun dah. Dari zaman Firaun lagi sudah nampak bahawa nilai emas ini tidak pernah luput, malah jika dibandingkan dengan matawang yang ada, emas paling lama bertahan.

Simpan Emas Untuk Masa Depan Anak-Anak

Saya selalu mengesyorkan kepada pembaca-pembaca blog saya untuk menyimpan emas. Malah, ada beberapa program mudah untuk peroleh emas pernah saya promosikan, antaranya - Powergold – Kempen Simpan Emas Satu Gram, Satu Bulan, Satu Keluarga

Ramai dah yang sedar akan kehebatan melabur dalam komoditi ini. Ia sangat bagus kerana emas adalah tahan kepada ganguan ekonomi; walaupun ada masa nilainya menyusut tetapi berdasarkan fakta sejarah .. harga emas pasti akan naik berlipat-kali ganda dalam tempoh 5-10 tahun.

Kisah Benar Simpan Emas

Saya suka nak kongsikan satu kisah seorang yang bernama Siti Bidayatul Bahariah Mohd Yatim, berumur 32 tahun, yang mula aktif menyimpan emas sejak dua tahun lalu. Dia yang sebelum ini sememangnya menyukai emas ini mula menyimpan selepas mendapat maklumat daripada rakannya. Kisah ini saya petik daripada akhbar Sinar Harian.

"Saya mengakui hidup di bandar jika hanya berharap pada gaji semata-mata memang tidak cukup, sekurang-kurangnya ada pendapatan sampingan ini tidak lah semput nak tunggu hujung bulan.

"Jika dahulu gaji sebulan cukup-cukup makan sahaja. Namun dengan skim simpanan emas itu, ia sedikit sebanyak telah membantu ekonomi keluarganya,” katanya.

Oleh itu, Siti Bidayatul mula menyertai skim simpanan emas daripada syarikat tempatan dengan menerima faedah pendapatan sehingga empat angka! Selain menyimpan emas, dia juga turut menjual barangan kemas dengan harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Kejayaan yang tidak disangka dia mampu membeli rumah sendiri selepas membuat simpanan emas hampir dua tahun.

"Saya berjaya membayar duit muka hasil simpanan emas setiap bulan bagi memiliki rumah sendiri.
"Sudah lama saya ingin beli rumah tetapi duit tidak mencukupi. Wang itulah yang saya gunakan untuk membeli rumah," katanya. - Sinar Harian

Bukan setakat membeli rumah, wanita tersebut juga berharap simpanan emas yang dibuat adalah untuk pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anak. Al maklumlah, dengan keadaan ekonomi yang kita nampak hari ini, kos pendidikan misalnya sudah makin meningkat. Nak harapkan bantuan kewangan seperti biasiswa dan pinjaman pendidikan .. memang sukar ... apatah lagi saingan sudah semakin sengit.
Harga emas menjelang tahun 2020
Kerana itulah, dengan menyedari hakikat bahawa emas itu kalis mudarat ekonomi global, apatah lagi ia merupakan barangan yang dituntut untuk dimilki di dalam Islam dibandingkan dengan wang kertas yang bila-bila masa sahaja boleh dimanipulasi nilainya - maka isteri saya telah ambil langkah untuk melabur dalam pelaburan emas ini.

[Baca] Bagaimana Cara Untuk Menjadi Jutawan Emas ....

Simpan Emas Untuk Masa Depan Anak-Anak menguntungkan
Tetapi harus diingatkan bahawa, perlu mengikuti garis panduan yang dibenarkan oleh syarak kalau mahu membeli-berniaga-melabur dalam emas. Dan, paling penting .. emas yang dimiliki mestilah dibayar zakatnya seperti yang pernah saya ceritakan dalam Bayar Zakat Dah Dipermudah..

Jadikan ayat peringatan dari Allah S.W.T di bawah sebagai pedoman:

"Dan (ingatlah) orang -orang yang menyimpan emas dan perak (duit) serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (at-Taubah: 34)

Simpan emas untuk masa depan anak-anak ... ia pelaburan yang menguntungkan, dan in Sha Allah .. anda tidak akan rugi jika tahu ilmu mengenainya ... yang pasti, simpan duit senang untuk dibelanjakan dan dihabiskan jika nak dibandingkan dengan menyimpan emas .. huhuhu.. tak percaya? Cubalah.

Pelaburan Emas


{ 12 comments.. read them below or add one }

Khamsi Abdullah Khamsi Abdullah February 16, 2016
Betul tu bang. Simpan duit senang terguna.
Hawa Hassan Hawa Hassan February 16, 2016
Jangan tunggu harga emas turun baru nak menyimpan.Dah turun duit pula tak ada. Hihi.Peringatan untuk diri sendiri.Tq sharing.
Yatie Owner Yatie Owner February 16, 2016
inshaAllah. nak join juga.
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar February 16, 2016
yup..betul tu..simpan emas lagi bagus daripada simpan duit..sampai masanya nanti, emas juga yang orang cari..
Ana Fatihah Ana Fatihah February 16, 2016
Saya pun baru berjinak2 untuk menyimpan emas ni. Banyak sgt lagi ilmu nak kena pelajari. :D
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad February 16, 2016
lebih menguatkan semangat sya utk simpan emas. terbaik tuan
Aimaniman Ezaiza Aimaniman Ezaiza February 16, 2016
akak pun mula bertatih nak menyimpan emas, semoga kuat semangat dan kuat iman untuk tidak boros...
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue February 16, 2016
Saya membuat pembelian emas melalui public gold
Illya LeYa Illya LeYa February 18, 2016
Betul... setuju..
Macam LeYa melabur bersama Zenith Golds
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah February 19, 2016
Bagus buat simpan emas ni. Tak ada kesan macam wang biasa.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit February 19, 2016
Ada rezeki lebih. Boleh buat pelaburan emas ni. Banyak mannfaatnya.
Hidayah Abdul Kadir Hidayah Abdul Kadir February 20, 2016
Betul tu, saya sokong 200% untuk menyimpan dalam bentuk aset emas sebagai alternatif kepada wang kertas.

Kerana hakikatnya semua wang kertas didunia ini boleh dikategorikan hanya kepada 2 kategori sahaja iaitu;
+ mereka yang telah gagal
+ mereka yang akan gagal.

Sebenarnya sudah terlalu banyak cacatan sejarah yang memberi petunjuk kepada kita tentang kegagalan sistem wang kertas.

Di Semenanjung Tanah Melayu sendiri contohnya, datuk nenek moyang kita telah merasai bagaimana ‘banana money’, wang kertas Jepun sewaktu penjajahan mereka di Tanah Melayu tidak diterima (tidak laku) setelah tamatnya perang dunia kedua dengan kekalahan Jepun.

Wallahua'lam.

www.nuqudnabawi.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.