Langkau ke kandungan utama

Senarai Harga Baru Kereta Proton Bermula 15 Februari 2016

Senarai Harga Baru Kereta Proton 2016. Proton telah mengumumkan senarai harga baru untuk semua model dan varian kereta keluarannya berkuat-kuasa mulai 15 Februari 2016. Harga kereta Proton terbaru memperlihatkan kenaikan sebanyak RM312 sehingga maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model, seperti yang dilaporkan dalam kenyataan oleh Proton sebelum ini.

Fuh ... agak tinggi juga kenaikan yang dikenakan oleh Proton dalam senarai harga kereta Proton baru untuk tahun 2016 ni. Tentu, ada yang sudah mula fikir dua tiga kali untuk membeli kereta baru. Difahamkan, kenaikan ini terpaksa dilakukan oleh Proton disebabkan kelemahan nilai ringgit dalam pasaran antarabangsa memandangkan pembelian barangan pembuatan menggunakan matawang asing.

Senarai Harga Kereta Proton Baru (OTR) 2016

Senarai Harga Kereta Proton Baru 2016
Dalam kenyataan tersebut, dinyatakan juga penyusutan ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem. Jadi, nak tak nak ... harga kereta Proton baru terpaksa dinaikkan.

Proton merupakan jenama kereta yang popular di Malaysia, apatah lagi untuk mereka yang mempunyai bajet ketat. Ia merupakan antara pilihan kereta keluaran Nasional selain daripada Perodua. Kebanyakkan anggap bahawa harga kereta Proton adalah murah, namun ramai yang tidak tahu bukan mudah untuk mendapat pinjaman bank dengan kadar rendah bagi kereta keluaran Nasional ini. Jika nak tahu hakikat sebenar, cuba-cubalah bertanya pada pihak bank atau dealer yang anda yakini. :)

Ok. Sejauh mana kenaikan harga kereta Proton itu ditampilkan, mari lihat senarai penuh harga kereta Proton baru (harga atas jalan/OTR) untuk tahun 2016 ini. Harga kereta yang ditunjukkan melibatkan varian Saga, Persona, Iriz, Exora, Preve dan Suprima S.
Senarai Harga Baru Varian Kereta Proton 2016
Senarai Harga Baru Kereta Proton Mulai Februari 2016
Dengan perkongsian ini, saya harap anda akan dapat tahu harga baru yang telah ditetapkan oleh Proton mulai 15 Februari 2016. Maka, bolehlah dibuat perbandingan samada dengan harga lama atau promosi, mahupun dengan harga kereta jenama lain untuk spesifikasi tertentu.

Untuk butiran lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran khas berkaitan kereta Proton, bolehlah ke mana-mana showroom berdekatan dengan anda. Harga kereta Proton yang dipaparkan adalah sebagai rujukan anda, dan merupakan harga rasmi yang dikeluarkan oleh Proton di laman web mereka untuk tahun 2016.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Harapnya perkhidmatan selepas jualan pun bertambah baik lah ye seiring kenaikan harga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Derang ada promosi bab lepas jualan ni rasanya

      Padam
  2. Harap keretanya pun bertambah baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga kereta dinaikkan bukan disebabkan kualiti .. :) tapi sbb harga bahan mentah yang diimport, jadi tak leh nak expect sgt ... hehehe

      Padam
  3. Bila ekonomi macam ni harganya pun naik juga. Harap lepas ekonomi ok balik, harganya jadi turun balik juga.

    BalasPadam
  4. memang tak dapat la nak merasa kereta baru..so kena beli umah je..buat aset..

    BalasPadam
  5. macam makin mahal je, stick dengan kereta kecil lainlah kalau mak ayah dah kaya anak mewarisi kekayaan

    BalasPadam
  6. Kereta pertama saya Proton. Dah habis bayar dh pun. Ada 'sesuatu' yang kurang berpuas hati dengan kereta keluaran nasional ni.Hihi.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. huyooo..harga naik bukan sikit ek..harapnya gaji pekerja pun naik dengan setara jugaklah...

    BalasPadam
  9. Banyak juga la kenaikan harga kereta proton ni, dengan keadaan sekarang mungkin tak ramai yang membeli kereta baru kan...

    BalasPadam
  10. erm... ringgit jatuh terpaksa naikkan harga... kalau dulu 50% skang dah jd 100%... semoga nilai ringgit akan naik tahun ni, bukan kereta sahaja dalam bidang lain pun kena naik walaupun minyak turun...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …