Sambutan yang menggalakkan sebelum ini untuk Senarai Blogger Cun Pt 1 dan Senarai Blogger Cun Pt 2, maka saya buat satu blog post khas dan khusus pula untuk Blogger Kacak Malaysia. Tentu akan ada rasa tidak adil apabila peluang hanya dibuka untuk blogger perempuan sahaja ... hoho, jadi dengan rasa bangga saya akan perkenalkan senarai blog kacak pilihan untuk tahun 2016 ini. Semestinya terbaik ...

Mana-mana blog yang menjadi pilihan ini adalah merupakan antara blogger yang telah join Kelab Blogger Belia yang dikendalikan oleh saya di Facebook. Ia merupakan sebuah group untuk anda kongsikan URL entri blog anda - dan juga untuk saya kenali rakan blogger lain secara random.

Senarai Blog Kacak Pilihan 2016

Senarai Blog Kacak Pilihan 2016

Ok, jom kita tengok blog mana yang disenaraikan dalam senarai blog kacak pilihan 2016 ni ... :) pastinya blog mereka ini ada kelebihan sendiri sehingga dipilih menjadi pilihan .. ye tak?

http://www.akumohdfakhrulislam.com
Sebuah blog bergambar cantik resolusi tinggi yang pasti akan menggamit anda untuk berada lama di dalam blog kepunyaan Mohd Fakhrul Islam ini, suami kepada blogger Sayaiday.com. Pasangan blogger yang aktif, dan saya suka dengan cerita travel yang ada. Paling unik ialah penceritaannya adalah dalam bahasa Inggeris. Agak jarang nak lihat sebuah blog Melayu yang menulis dalam bahasa Inggeris, satu pendekatan terbaik untuk perkenalkan tempat menarik Malaysia ke mata dunia. Itu sebab ia jadi pilihan blog kacak 2016 .. hoho.

http://www.bloggerlelaki.com
Bukan blog sebarangan ni. Antara blog kacak yang bijak dalam kaedah penulisan teknik SEO di dalam blog. Kalau ada pertandingan antara blogger untuk kategori SEO, anda akan nampak kehebatan blog ini berada di dalam top rank enjin carian Google untuk kata kunci dipertandingkan. Sebuah blog yang kemas, dan seronok dibaca, malah mesra kepada mata anda dan pelayar internet.

http://www.kataubaid.com
Penulis dan pemilik blog ini merupakan antara pembaca dan pengomen tegar blog saya. Walaupun masih bergelar student, tapi blognya tetap dikemaskini dengan baik. Saya suka dengan blogger ini yang rajin dan sentiasa berusaha untuk perbaiki mana kelemahan yang ada. Blog kacak pilihan yang patut dicontohi, khususnya blogger dari kampus ... hoho.

http://www.suhiminain.com
Sebuah blog dari rakan blogger baru bagi saya. Tak pernah lagi melintas mahupun tercengah blog ini. Tapi, setelah saya belek-belek seimbas lalu menggunakan kuasa empat mata ... blog ini sungguh berinformasi dengan perkara perlu tahu khususnya untuk golongan tertentu. Anda kena lihat dan baca ... in Sha Allah, ada perkara yang mungkin anda tidak tahu akan dapat tahu menerusi blog yang masih dikategorikan sebagai blog baru .. namun tetap kacak untuk tahun 2016.

http://www.razzwey.com
Blog ni kalau dilihat sudah lama berada di dalam dunia blog Malaysia, tetapi mungkin kurang didedahkan .. maka blogger macam saya kurang tahu ... juga sebab saya dah jarang dan kurang sihat untuk blogwalking singgah blog-blog rakan blogger lain .. haha. Tapi pengisian blog ini menarik jika dilihat pada review-review yang ditulis. Walaupun nampak simple, tapi kandungan blog ini mampu mengundang genre pembacanya sendiri.

http://www.adarain.com
Sebuah blog yang sentiasa memberikan sentuhan rekabentuk yang enak di pandangan mata kacak saya. Nampak banyak perkembangan dari segi penulisan dan gaya letak widget dalam blog ini. Andai anda lihat pada senarai popular post, anda boleh tahu kenapa blog ini sebagai blog kacak pilihan 2016 ... :) Sebuah blog dari platform Wordpress yang menarik untuk dibaca.

http://ceritaejoy.blogspot.my
Antara blogger yang dah lama ikuti blog saya. Kalau baca blog ini, pasti akan ada cerita yang terkait dengan kehidupan anda ... yang menariknya ialah, ia ditulis dengan teknik penceritaan yang boleh membuatkan orang leleh air liur membacanya. Dan kadangkala, anda akan terpaku dengan sesuatu yang jarang anda jumpa di dalam sebuah blog dalam niche yang sama.

http://zamani84.blogspot.my
Alhamdulillah, blog ini sudah capai lebih 2 juta pageviews. Banyak post di dalam blog ni yang saya terlepas baca. Antara rakan blogger yang memang kacak sebenar ... hoho .. walaupun blog dengan design simple dari template blogger.com sendiri, namun wajar diberikan tepukan kerana kekal update sehingga kini.

Saya akan update lagi senarai ini dalam bahagian lain post ini ... :)


16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah.. next please buat blogger comel pula hahaa

    BalasPadam
  2. yes...berjaya masuk senarai blogger kacak...hahaha

    BalasPadam
  3. Hihi..in sya Allah nak pergi ziarah mereka.. :)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Eceh ... siapalah gerangan yang dirasakan memikat tu ye?

      Padam
  5. Assallammuallaikum..salam ukhuwah dari Indonesia.

    BalasPadam
  6. Semuanya kacak-kacak. Termasuk dengan bro HH juga.

    BalasPadam
  7. hehehe..tersenarai di situ...terima kasih sifu! jemput datang ke blog ceritaejoy..:)

    BalasPadam
  8. bagus2. blogger kacak ni entry hebat2 ;)

    BalasPadam
  9. Hehe...nampak syok entri kali ni...

    BalasPadam
  10. asmlkm..salam perkenalan..sy dh masuk senarai blog atas tu..yg menarik hati saya ialah blog zamani84..patut dpt 2 juta.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement