Roti Ice Cream Balak Inn

Kalau anda ke Parit Buntar, jangan lupa untuk mencuba Roti Ice Cream di Balak Inn. Ia antara menu pencuci mulut yang sangat best selain daripada ABC Balak Inn yang memang sempoi. Anak-anak dan isteri saya memang suka makan pemanis mulut ni .. apatah lagi dalam keadaan cuaca panas sekarang.

Harga pula tidaklah terlalu mahal, kalau tidak silap ia dijual dengan harga serendah RM3.00. Puas makan, malah kalau tak habis .. boleh sahaja dibungkus bawa balik rumah....hoho .. saya selalu je buat ... yelah, untuk elakkan pembaziran.

Roti Ice Cream Balak Inn

Roti Ice Cream Balak Inn
Roti Ais Krim memang lama dah terkenal. Seingat saya waktu saya sekolah rendah lagi dah ada jual.. cuma tidak serupalah dengan Roti Ice Cream Balak Inn ini yang disediakan dalam bekas atau mangkuk kecil. Selalu tu, ais krim roti ni disediakan dengan memasukkan ais krim ke dalam roti bun yang dibelah tengah. Kadang ada yang menjualnya dengan menggantikan roti bun dengan biskut tawar.

Kecik-kecik dulu .. roti ais krim adalah benda paling mewah ... kira taraf orang ada-ada yang dapat beli dan makan ais krim ni, jika dibandingkan dengan ais krim Malaysia ikat atas atau ais krim oren yang harganya cuma 10 sen - 20 sen. Time arwah ayah saya gaji je leh dapat makan roti ais krim ni .. huhuhu...
Roti Ice Cream Balak Inn
Zaman berubah ye tak?

Oh ya, Balak Inn ni tak jauh dengan lokasi Pasar Kemboja yang terkenal di Parit Buntar. Tapi, ia tidak dibuka waktu pagi .. hanya bermula jam 12:00 tengahari baru buka .. itupun tak buka sepenuhnya memandangkan Roti Ice Cream Balak Inn ni dijual oleh salah satu gerai yang ada di situ.

Satu lagi yang best ialah Lai Chi Kang ... fuh .. memang marvelouss ...

{ 8 comments.. read them below or add one }

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip February 06, 2016
waaah !! dah ada roti aiskrim pulak.. slalu jugak lepak sini..
makan jagung sagat dan peknga.. hehe.. Bro duduk area2 sini eh..
musadun musadun February 06, 2016
semakin banyak menu-menu makanan yang hipster. nama pun hipster sangat.hehe
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit February 06, 2016
Menarik betul aiskrim ni. Sedap nampak.
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah February 06, 2016
Sampai sana nak kena cuba juga aiskrim ni.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan February 10, 2016
Yer, saya duduk dekat dekat area situ je .. hehehe
Hasrul Hassan Hasrul Hassan February 10, 2016
Nama hipster ke? Balak Inn tu nama restoran ni..huhuhu
Hasrul Hassan Hasrul Hassan February 10, 2016
Anak-anak saya memang suka makan ais krim roti ni
yang baik yang baik February 10, 2016
dah lama tak pekena roti aeskrim nie.. dulu2 eskrim kapit dengan roti benggali jer ..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.