Jemput Jodoh

Monday, February 22, 2016

Mee Sizzling - Sedap Tapi Bahaya


Mee Sizzling ... uhh isteri saya cukup suka nak order mee ni. Saya pula tak berapa gemar. Tang anak-anak pula, ada yang suka, ada yang tak berapa. Tapi selalunya ikut tempat. Kalau makan kat gerai atau restoran biasa mungkin jarang derang order. Kalau ke food court di Tesco Taiping, AEON Ipoh, AEON Klang, AEON mana-manalah ... memang isteri akan cari menu Sizzling Mee.

Tapi awas, bagi saya .... Mee Sizzling ni mungkin sedap tapi merbahaya. Hoho .. bahaya tang mana? Bahaya apabila order dah tiba ke meja ... siap berasap-asap, dengan ada merecik sesikit .. panas kot tu. Bayangkan kalau tengah nak sampai ke meja tu, terjatuh terkena badan ke, mata ke .. uhh baju mahal yang ditempah kat butik yang pakai lampu chandelier .. haru kauuu!

Mee Sizzling - Sedap Tapi Bahaya

Mee Sizzling - Sedap Tapi Bahaya
Saya kerap bayangkan situasi paling teruk apabila nampak hidangan Mee Sizzling ni sedia dihidangkan. Apatah lagi bila ada dua, dan dua tangan memegang menu yang sama. Uhh seriauuu ...

Apabila order Mee Sizzling, apabila menu hidangan ni dah siap untuk dihantar, saya akan arahkan anak-anak untuk jauh sikit dari meja makan. Paling tidak, saya minta yang tukang hantar tu meletakkan Mee Sizzling panas berasap tu di sudut yang tidak membahayakan pelanggan.

Dan perlu sangat nasihatkan kepada anak-anak supaya berhati-hati dengan plate Mee Sizzling ni. Memang panas ... sebab saya pernah terpegang tanpa sengaja - almaklumlah orang kampung tak reti sangat menu masakan asal usul masyarakat lain ni .. fuhh ... tinggalkan kesan trauma la jugak selama beberapa bulan ..... haha.

Elakkan terus makan walau selapar mana sekalipun. Nanti tak pasal-pasal bibir serta lidah akan jadi kebas ... hoho. Rileks ... biar hilang dulu keadaan 'menggelegak' kuahnya, dan kepul-kepul asap panas. Ambik bau dulu .. dan baca doa .. :)

Keunikan Mee Sizzling

Mee Sizzling merupakan menu dari dari utara China. Kebanyakkannya disediakan dari Yee Mee yang asalnya kering dan keras. Setahu saya, masakan ini akan dimasak bersama cili kering, telur, cendawan dan sayur. Kalau ada lauk, akan diletakkan ayam yang telah direneh. Kuah Sizzling Mee bersifat likat, dek kerana adanya tepung jagung dicampurkan.
Mee Sizzling - Sedap Tapi Bahaya
Mee ini dimasak menggunakan banyak sekali bawang putih .. dah siap letak atas meja, belum rasa di mulut pun dah tahu bahawa ia dimasak dengan menggunakan banyak bawang putih.

Kalau rasa nak buat Mee Sizzling sendiri di rumah, boleh cuba jenguk di blog ni - Resepi Sizzling Mee Paling Mudah

Namun, andai memilih untuk merasai Mee Sizzling di luar, di kedai makan atau restoran .... pastikan anda waspada akan bahayanya. Ingat .. sedap tapi bahaya .. hoho.



Mee Sizzling - Sedap Tapi Bahaya
4/ 5
Oleh

Komen Anda

Update Terkini via Email

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.