Langkau ke kandungan utama

Anak-Anak Mencuba Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat

Anak-anak saya pantang sebut pasal magik dan eksperimen, pasti akan mencuba. Baru-baru ini, mereka tiga beradik telah mencuba magik belon, cuka dan soda bikarbonat. 'Magik' hasil tindak-balas kimia dua bahan utama iaitu cuka dan soda bikarbonat yang akan hasilkan belon yang ditiup secara 'automatik'.

Saya sebagai bapa yang prihatin dengan minat, menyokong apa yang perlu. Nasib baik bahan-bahan untuk melakukan magik ini ada di dapur, jadi tak adalah menjadi satu kesusahan pun bagi diri saya. Ia merupakan satu eksperimen yang bagus untuk anak-anak menyukai sains, dan in Sha Allah, dalam blog post ini .. saya akan tunjukkan cara untuk melakukannya.

Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan magik ini ... in Sha Allah, semua bahan ni mudah didapati. Kalau tak ada, boleh beli tanpa memerlukan anda memiliki lesen atau surat kebenaran ... hehehe...

Bahan-Bahan

  • Botol kecil
  • Belon
  • 1 sudu teh Soda Bikarbonat (Serbuk Penaik Kek)
  • 5-6 sudu besar cuka makan
  • Corong
Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat

Sediakan sebuah botol plastik kecil, masukkan soda bikarbonat ke dalam botol, dan dengan menggunakan corong, masukkan pula cuka. Tutup mulut botol dengan belon, dan lihat apa yang berlaku ... hoho....

Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat
Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat
Apa yang terjadi ialah akan ada tindak-balas kimia antara cuka dengan soda bikarbonat yang menghasilkan karbon dioksida. Udara atau gas inilah yang akan membuatkan belon mengembang dengan sendirinya. Ia seolah-olah satu magik buat kanak-kanak terutama sekali yang masih belajar mengenai sains di peringkat awal.

Sedikit tips - pastikan belon tidak bocor, dan carilah belon yang mempunyai ketebalan yang agak baik sebab belon boleh mengembang dengan sangat cepat dan tanpa had ...hoho.

Mudah je kan? Eksperimen atau magik belon, cuka dan soda bikarbonat ini tidak membahaya tetapi perlukan pengawasan. Cubalah bersama anak-anak ... pasti mereka teruja.

p.s: Anak saya buat tak berapa menjadi sebab belon bocor .. hahaha...

Komen Pembaca ...

  1. alamak belon bocor laaaa hehe adeh.. cuba lagi..

    BalasPadam
  2. tak mengapa boleh cuba lagi

    BalasPadam
  3. Seronok buat eksperiment macam ni kat rumah, pupuk daya pemikiran. Saya suka tengok cerita backyard Science kat Astro. Macam-macam aktiviti boleh buat dengan anak kat rumah

    BalasPadam
  4. wah... best, siap dengan panduan lagi. tunggu cuti sekolah nie nak buat dengan anak2. kot2 mak budak pulak yang terlebih teruja... hohoho

    BalasPadam
  5. Boleh nak cuba juga. Tapi kena cuba kat luar rumah nampaknya. Takut basah satu rumah dibuatnya.

    BalasPadam
  6. Nak cuba juga. Nak tengok apa yang akan jadi juga. Macam menarik aje.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.