Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016. Pasti ramai peminat bolasepak Malaysia yang mahu tahu jadual perlawanan Liga Super Malaysia untuk tahun 2016, apabila kerancakan dan kehangatannya sudah mula dirasai setelah JDT menang dalam perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah Liga Super 2016 menentang Selangor.

Pusingan pertama perlawanan Liga Super Malaysia untuk musim 2016 telahpun bermula pada 13 Februari 2016 dengan memperlihatkan 6 perlawanan melibatkan 12 pasukan. JDT telah mengecewakan pasukan Selangor untuk perlawanan Sumbangsih Liga Super 2016 Piala Sultan Ahmad Shah dengan penentuan penalti 7-6 setelah kedua pasukan terikat 1-1. Perlawanan telah berlansung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016

Keputusan lain adalah seperti berikut:
  1. Pahang FC vs T-Team - 2 : 2
  2. Terengganu vs Pulau Pinang - 1 : 0
  3. Felda United FC vs Kedah - 2 : 0
  4. PDRM vs Sarawak - 1 : 0
  5. Perak vs Kelantan - 0 : 0
Perlawanan pusingan pertama telahpun diketahui keputusan, pasti debaran menanti untuk perlawanan-perlawanan seterusnya yang melibatkan 22 pusingan secara keseluruhan. Saya kongsikan terlebih dahulu jadual perlawanan untuk pusingan 1, 2 dan 3 Liga Super yang akan berlansung dalam bulan Februari 2016.
Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016
Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016
Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016

Untuk bulan Februari 2016, terdapat 3 pusingan perlawanan di dalam Liga Super untuk musim ini. In Sha Allah, saya akan kemaskini untuk jadual perlawanan seterusnya.

Pastikan anda ikuti update seterusnya nanti ... hoho.

Hak Penyiaran Siaran Langsung Liga Super Malaysia 2016

Sebagai info tambahan, hak penyiaran siaran langsung telah diberikan kepada Media Prima. Football Malaysia Limited Liability Partnership (Football Malaysia FMLLP) dalam satu kenyataan telah mengumumkan bahawa pelantikan dan pemberian hak penyiaran ini adalah untuk selama tiga tahun bermula daripada 2016 hingga 2018.

Walaupun ada siaran langsung, namun ramai peminat bolasepak Malaysia agak kecewa dengan berita yang saya kongsikan berkaitan hak penyiaran siaran langsung ini. Bukan semua perlawanan di dalam Liga Super Malaysia, Piala FA mahupun Liga Premier akan disiarkan di stesen TV Media Prima. Nak tahu kenapa ramai yang kecewa?

Peminat bola sepak Malaysia hanya boleh menonton hanya tiga perlawanan seminggu termasuk liputan penuh musim Liga Malaysia termasuklah secara online di Tonton. Hak penyiaran yang dimeterai ini termasuk liputan siaran langsung atau tertunda bagi perlawanan Liga Super Malaysia (dua perlawanan setiap pusingan) dan Piala FA Superbest Power (satu perlawanan setiap pusingan) mulai Februari hingga Mei 2016. Media Prima akan menyiarkan satu perlawanan setiap pusingan Piala Malaysia TM pada sepak mula Julai 2016 - Menurut sumber Football Malaysia

So, amacam? Saya yang bukan peminat tegar pun akan rasa kecewa .. yelah, bukan semua orang mampu untuk ke stadium untuk beli tiket perlawanan bolasepak Malaysia, walhal peminat bolasepak Malaysia terdiri daripada pelbagai latar, bangsa, umur, malah dari merata tempat ...

Mungkin boleh dilakukan sesuatu untuk penuhi permintaan peminat bolasepak tanahair ini. Sokongan peminat adalah penting untuk memastikan bolasepak Malaysia gah dan mempunyai auranya tersendiri.

p.s: Tahniah buat pasukan JDT kerana berjaya dalam perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah ...


1 comment... add one now

yang baik yang baik February 15, 2016
Nampaknya kemeriahan dan kerancakan pesta bola Malaysia telah kembali...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.