Episode Akhir Cinta Si Wedding Planner

Fuh... ramai rasanya tak sabar nak tengok kesudahan dalam eposide akhir Cinta Si Wedding Planner yang dibawakan watak oleh blogger Mira Filzah dan pelakon Adi Putra. Tidak dilupakan Shiqin Kamal yang memegang dua watak (split personaliti) Nadia/Shira, yang menjadi antara konflik dalam cerita yang diadaptasi dari novel ini.
Episode Akhir Cinta Si Wedding Planner

Episode Akhir Cinta Si Wedding Planner

Anak saya terutama sekali anak kedua begitu teruja untuk mengetahui apa yang bakal berlaku dalam episode akhir Cinta Si Wedding Planner ni. Sudah ada teka-teki yang terjawab, dan anak saya ada telahannya sendiri untuk kesudahan drama ini.

Antara yang telah terjawab:

  • Zara Batrisya mengandung anak sulong
  • Shira dan Nadia ialah orang yang sama

Anak saya kata ... mungkin Shira akan ditangkap polis kerana terlibat dengan dua kes jenayah yang dilakukan sebelum ini. Mungkin Shira akan kemalangan disebabkan merasakan dia dah berjaya 'bunuh' Zara Batrisya, apatah lagi bila tahu emaknya telah lari dari rumah.

Itu hanya teori apa yang bakal berlaku di dalam episode akhir Cinta Si Wedding Planner - dari anak saya yang baru darjah dua. Uhh memang minat sungguh dia dengan drama ni, sampai leh tercongok di depan TV, dan alhamdulillah .. walaupun dia minat tengok drama ini, anak saya masih lagi tunaikan tanggungjawab dia untuk mengerjakan sholat maghrib ... huhu...

Apa yang akan berlaku di dalam episode akhir drama ini, kena tonton kesudahannya pada 16 Februari 2016 jam 7:00 malam.

Huhu.. saya lak geramm je Fariz Aryan ni .. pui .. cinta pertama konon tak leh nak ingat ... grrr .. hahaha... tipu ahh tak leh lupa, saya pun ada pe cinta pertama .. elok je dah lupa bila dah nikah dengan isteri sedia-ada...lalalala....

Oh ya, dengarnya slot drama ini akan digantikan dengan satu lagi drama adaptasi novel - Tundukkan Playboy Itu

Hmm .. macam-macam tajuk dah drama sekarang .. semua kisah cinta je dah ... tak de cerita Polis Evo versi drama ehh? nak gak tgk drama action lelawan ni .. 

{ 7 comments.. read them below or add one }

sayidah napisah sayidah napisah February 16, 2016
ACECEHHH~
cinta pertama tak semestinya menjadi cinta yang terakhir ~kannn hee
Mimi Kyumi Mimi Kyumi February 16, 2016
eceh..anak HH bijak sungguh..hahaha
Wisata Aceh Wisata Aceh February 16, 2016
update sangat lah bapak ini (y) saya suka :)
Cik Ash Cik Ash February 16, 2016
cinta pertama ada suami hihihihi....
cikpuan siti cikpuan siti February 16, 2016
ala..ending mestila happily ever after .. bosan!
bilakah akan ada drama adaptasi dari kisah sebenar ye?
next cerita tundukkan playboy itu pun sama..ending mesti playboy pun tunduk..cap ayam punya drama.
yang baik yang baik February 16, 2016
uih... layan jugak nie. Eloklah, tidaklah ketinggalan macam YB ... hehehe
Yatie Owner Yatie Owner February 18, 2016
hehe. anak-anak sekarang. but syukur alhamdulillah. solat tak lupa :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.