Tuesday, February 16, 2016

Elak Terpedaya Dengan Harga Kedai RM2


Ini teknik dan taktik pemasaran. Jika anda bukan seorang yang peka dengan harga barangan, mungkin anda akan fikirkan bahawa semua barang yang dijual di kedai RM2 (Dua Ringgit) adalah murah dan berbaloi. Tetapi, sebenarnya tidak .. bukan semua barangan itu berbaloi dibeli di kedai RM2, elakkan terpedaya dengan harga barangan yang nampak murah .. walhal sebenarnya, ada produk yang dijual harga sebenarnya lebih murah di kedai lain.

Murahnyaaa .. Inilah yang saya rasa semasa menjadi pengikut tegar kedai RM2. Terpedaya. Tertipu sebenarnya. apabila saya ambil keputusan untuk membuat penilaian dan perbandingan harga barang tersebut secara teliti. Saya dapati ada produk yang dijual di kedai RM2, dijual di bawah RM2 di kedai-kedai lain .. termasuklah di 7-11!

Elak Terpedaya Dengan Harga Kedai RM2

Salah satu kedai RM2 yang popular di Parit Buntar ialah kedai ECO. Kebanyakkan barangan dijual dengan harga tetap iaitu RM2, terutama sekali makanan snek, air kotak, air tin, alat tulis, hiasan kecil dan banyak lagi.

Elak Terpedaya Dengan Harga Kedai RM2
Sekali masuk ke kedai ini, memang banyak yang boleh diborong ... dan selalunya saya akan borong barangan makanan. Sekali pandang, sekali bayar macam murah je .. tapi bila dilihat pada resit ... sebenarnya ada barangan yang dibeli, boleh dapat dengan harga jauh lebih murah di tempat lain.
Elak Terpedaya Dengan Harga Kedai RM2
Elak Terpedaya Dengan Harga Kedai RM2
Kita lihat resit pembelian dengan lebih dekat ehh ... mungkin boleh banding dengan harga barangan yang sama dijual di tempat anda.
Elak Terpedaya Dengan Harga Kedai RM2
Di tempat saya, iaitu Parit Buntar, air kotak Yeo's 1liter sebenarnya boleh dapat dengan harga serendah RM1.80 di sesetengah tempat, malah saya pernah beli dengan harga RM1 di 7-11.Begitu juga dengan keropok jenama Roller Coaster, boleh dapat dengan harga RM1.50 di kedai tertentu.

Paling rasa tak best ialah Corntoz tu .. saya sekarang dah selalu ke 7-11, dan harga di kedai serbaneka 24 jam tu jauh lebih murah. Baru-baru ni, saya beli produk yang sama dengan harga RM1.20 sahaja...hoho ...

Namun begitu, ada je produk yang berbaloi dibeli di kedai RM2 ni, contohnya mainan kanak-kanak ... hehehe.. kalau nak buat hari sukan, hari keluarga .. boleh beli banyak barang di kedai RM2 ...

Penting, kena sentiasa alert dengan harga barangan yang anda beli. Jangan terus sauk dan sambar, lalu terus bayar tanpa fikir, tanpa buat perbandingan. Kena menjadi seorang pengguna dan pembeli yang bijak. Kadang harga murah, tapi kualiti tak berapa bagus .. jadi awas .. elak diri daripada terpedaya dengan tawaran harga murah, apatah lagi jika sesebuah kedai tu menjual barangan dengan harga RM2.

Semoga bermanfaat.


Elak Terpedaya Dengan Harga Kedai RM2
4/ 5
Oleh

Baca Artikel Terkini Menerusi Email (PERCUMA)

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

Lazada Malaysia

Komen Anda

22 komen

Tulis komen
avatar
16 February, 2016 23:29 delete

Kalau saya masuk beli mana yang rasa patut denga harga tu aje..

Reply
avatar
16 February, 2016 23:33 delete

Kadang-kadang beli juga kat kedai ni jika ada yang murah dari kedai lain.

Reply
avatar
16 February, 2016 23:56 delete

A'ah betul tuu .. Tak semua berbaloi beli di kedai rm 2

Reply
avatar
17 February, 2016 04:54 delete

Kena pilih barang yang bebetul berbaloi, kalau tak banyak duit yang keluar. Waktu study selalu masuk kedai RM2.

Reply
avatar
17 February, 2016 07:05 delete

Selalu kalau jumpa eco mesti akan singgah beli.. yeap betul ada yg tak masuk akal.. tapi yg masuk akal nyer lagi byk.. just kene waspada la.. :D

Reply
avatar
17 February, 2016 07:13 delete

Hmmm kadang2 terbeli brg yang tidak perlu

Reply
avatar
17 February, 2016 07:14 delete

Kedai RM2 patut jadi last sbb kita dah tahu harga dia

Reply
avatar
17 February, 2016 10:14 delete

YESSS BARANG MAKANAN TAK SESUAI DIBELI DI KEDAI RM2 BAGI YANG NAK BERJIMAT CERMAT

Reply
avatar
17 February, 2016 10:52 delete

yup..betul tu..tapi pada saya, kalau beli sikit tak terasa sangat. tapi kalau beli dengan kuantiti yang banyak, memang terasa. kan?

Reply
avatar
17 February, 2016 10:58 delete

Saya pernah lihat ada peniaga pasar malam yang borong byk barang di sini, pastu jual dengan harga lebih mahal di pasar malam terutamanya permainan kanak-kanak. Paling tidak, mereka akan jual RM5 seunit.

Reply
avatar
17 February, 2016 11:07 delete

saya ke ECO utk beli barang besar saja mcm besen, barang plastik dll :)

Reply
avatar
17 February, 2016 11:24 delete

kedai rm2 saya cuma beli mainan anak2 je dan memang betul tak semua boleh beli di kedai camni

Reply
avatar
17 February, 2016 12:54 delete

betul tu..nama je kedai RM 2..tapi botol air sebotol RM 3.00...aduhai

Reply
avatar
17 February, 2016 13:33 delete

Sebagai pengguna kita mesti kena peka kepada harga. Jadi kena selalu ke kedai-kedai harga patut untuk buat semakan harga. Dari sana kita boleh buat perbandingan apabila ingin membeli di sesuatu tempat.

Reply
avatar
17 February, 2016 15:53 delete

dulu saya suka beli barang kat giant..tapi bila chek blk harga speed mart lagi murah...masalahnya plak tak banyak pilihan..org rumh suka jgk beli kat giant...huhu

Reply
avatar
17 February, 2016 16:50 delete

Disebabkan kedai ni nak ikut tema semua barang RM2, maka barang lain yang patutnya harganya bawah RM2 pun di mark up jadi RM2 hihi

Reply
avatar
17 February, 2016 17:10 delete

Seronok beli barang2 macam bekas air, bekas makanan yang kecil-kecil tu je bila ada hari sukan kanak-kanak atau family day kat kedai RM2 ni. Hihi.

Reply
avatar
18 February, 2016 05:17 delete

Betul tu.. pandai peniaga kita sekarang guna taktik x'D

Reply
avatar
18 February, 2016 11:00 delete

kedai RM2 atau RM5 macam daiso dsb ada barang yang berbaloi dengan harga ada yang tak , kena bijak memilih sebagai pengguna kan :)

Reply
avatar
20 February, 2016 19:40 delete

betul tu HH, sy pun ada perasan bila nak beli kepala paip harga RM2.12, bila duk tengok n belek2 kepala paip tu tak memuaskan hati saya. terus masuk pasaraya, kat pasaraya baru RM1.70.... kena betul2 pilih dan bandingkan...

Reply
avatar
22 February, 2016 13:50 delete

saya suka ke kedai barang RM 2, puasa berbelanja.....tapi dah ada GST ni tak syok lah...dah x jadi RM 2..hemmmmm..hidup2..

Reply
avatar
23 February, 2016 11:44 delete

dkt tempat aku ni ada jual barang plastik je..bese memang murah..tapi takde plak harga RM2..hehee

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang didapati tiada kaitan dengan artikel akan dipadam serta-merta. Untuk tujuan promosi dan iklan, sila hubungi saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.