Dividen KWSP 2015 - 6.40 Peratus

Berita gembira untuk mereka yang mencarum dalam KWSP. Pihak KWSP telah umumkan bahawa dividen untuk tahun 2015 adalah sebanyak 6.40 peratus, dan para pencarum boleh menyemak secara online jumlah dividen yang telah diterima menerusi i-Akaun di laman web myEPF.

Semakan penerimaan jumlah dividen sebanyak 6.40 peratus juga boleh dilakukan di kiosk KWSP seluruh negara, atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan mulai 21 Februari 2016.
Dividen KWSP 2015 - 6.40 Peratus

6.40% - Kadar dividen yang diumumkan oleh KWSP agak tinggi juga untuk tahun 2015 jika dilihat pada perkembangan ekonomi dan cabaran pelaburan semasa. Ia satu berita yang baik untuk mereka yang mempunyai caruman di KWSP, namun saya masih fikir KWSP bukanlah satu sumber untuk melabur yang baik ... hehehe...  ada banyak cabang lain untuk pelaburan yang lebih menguntungkan. Malah, dalam KWSP sendiri ada mekanisme untuk membuat pelaburan luaran yang lebih baik sebagai pilihan.

Meh lihat kadar dividen oleh KWSP yang pernah diberikan sebelum ini.

Dividen KWSP 2015 - 6.40 Peratus
Untuk mengetahui bagaimana KWSP boleh memberikan pulangan dividen yang tinggi, anda boleh baca fakta-fakta yang pihak mereka berikan menerusi pautan ini - http://www.bharian.com.my/node/126410

Harapnya penantian mereka yang mahu tahu berapa nilai dan jumlah dividen KWSP 2015 berikan telah terjawab .. ramai juga yang resah gelisah nak tahu memandangkan banyak isu berkaitan wang timbul sejak dari penghujung tahun 2015 timbul ... huhuhu...

Uhh rakyat Malaysia memang sensitif bila sebut pasal duit ni .. hehehe..


3 comments.. read them below or add one

Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar February 21, 2016
baru je check jap tadi..hehehe..tinggi juga..pembukaan 2016 yang baik..saya memang guna duit kwsp setiap tahun..hehehehe
siti hazreen siti hazreen February 21, 2016
alhamdulillah...tinggi juga tu...boleh buat belanja barang dapur

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.