Blog Capai 16 Juta Pageviews

Pejam celik, pejam celik .. alhamdulillah .. blog ini akhirnya berjaya capai 16 juta pageviews dalam tahun 2016. Lebih diingati, ia berlaku pada 29 Februari 2016 - Tahun Lompat. Nak jumpa tarikh ni memang susah .. kena tunggu 4 tahun sekali baru akan terjadi lagi.

Terima kasih kepada semua sokongan yang diberikan kepada blog ini. Juga untuk mereka yang  telah memberikan undi (vote) untuk blog ini dalam kategori Best Blog of The Year 2016 dalam MSMW2016. Walaupun tidak berharapkan untuk menang, tetapi impak dari penganjuran MSMW ini sedikit sebanyak memberikan platform terbaik untuk mempromosikan blog.

Blog Capai 16 Juta Pageviews

Blog Capai 16 Juta Pageviews
Mungkin orang akan tertanya, bagaimana blog sekecil ini boleh capai jumlah hits dan pageviews yang tinggi sehingga 16 juta ....  jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan sokongan rakan-rakan pembaca blog ini. Ada yang baca senyap-senyap, dan kongsikan artikel yang ada sehingga menjadi viral di beberapa page dan group di Facebook. Saya berterima kasih kepada mereka.

[Baca] 10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post

Walaupun terasa sudah mencapai angka cukup besar bagi sesebuah blog menerima kunjungan pembaca seluruh dunia, tetapi sebenarnya angka itu masih kecil kerana dunia blog sudah semakin berkembang pesat dari hari ke hari. Makin ramai blogger yang dulunya seolah semut sudah menjadi naga berpengaruh, sehingga ada yang membawa jenama blog kepada produk dan barangan.

Saya? Blog ini? Haha .. masih di takuk lama.

Semoga pengisian blog ini akan lebih memberi manfaat dari sekadar angka yang digahkan, in Sha Allah.

{ 12 comments.. read them below or add one }

Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar February 29, 2016
waaa!! Hebat sifu!! Blog saya masih merangkak lagi mencari sentuhan..hehehe
PeRdU cINta PeRdU cINta February 29, 2016
Alhamdulillah PC tumpang gembira...tahniah...moga satu masa PC pun boleh merasainya...amin...*motivasi untuk diri sendiri dan rakan2*
Ana Fatihah Ana Fatihah February 29, 2016
Fuiyoooo~ Saya 1 juta pun xsampai lagi~ Heheh (Y)
Oh Oh Zulasri Oh Oh Zulasri February 29, 2016
waa bestnyaa.. saya nak sampai 1000 pun susah..huhuhu
Hasrul Hassan Hasrul Hassan February 29, 2016
Beza dia rajin dengan tak je ..
- rajin update
- rajin share
- rajin hadap pc
Hasrul Hassan Hasrul Hassan February 29, 2016
In Sha Allah .. boleh, kena cari kekuatan blog dan serlahkan.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan February 29, 2016
Saya awal2 berblog dulu pun macam ni juga - susah nak dapat 100 klik pun sehari.
Mohd Zahran Md Fazil Mohd Zahran Md Fazil March 01, 2016
InsyaAllah lagi 5 6 tahunboleh kot dapat camni haha..
Cuma saya nak tanya..dalam pengalaman saya yang cetek ni..bila saya compare stat blogger dan stat Goolge Analytic beza sangat jauh..

COntohnya: Pageview blogger = 2000, Pageview analytic = 1000.

Yang saya tahu pageview blogger akan kire skali setiap kali kite preview dan apabila bot crawl pun mungkin akan dikire sebagai view..tu yang saya bace2 la..

Ke ade sebab lain kenape ada perbezaan?
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 01, 2016
Selalunya Google Analytic akan berikan bacaan separuh daripada apa yang direkodkan dalam dashboard blogspot.

Preview mungkin tidak termasuk dalam kiraan stats dalam blogpsot, tetapi bot crawl mungkin. Ini disebabkan URL adalah berbeza. Dan dalam dashboard blogspot tiada Unique Visitor, ini mungkin salah satu sebab.
reezluv reezluv March 01, 2016
ohoh..tahniah..memang sangat mengujakan tengok number nya
cahayaair com cahayaair com March 01, 2016
Terbaiklah..memang banyak ilmu tentang blogspot saya belajar dari sini sejak 2008 lagi..
musadun musadun March 03, 2016
blog saya baru 7 juta. lebih 2 kali ganda lagi baru nak sama dengan HH.Entah bila lah nak sampai angka macam ni..terbaik HH!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.