Bersarapan di Old Town White Coffee dan Menang Wang RM88,888

Fuh. RM88,888 ..... bukan sikit tu hadiah nak diberikan oleh Old Town White Coffee. Memang lumayan hadiah wang tunai yang nak diberikan. Apa yang perlu dibuat, hanyalah snap gambar sarapan yang ada di Old Town White Coffee, muat naik ke instagram, tulis sedikit ayat power dan letakkan hashtag #OldTownHappy. Simple.

Dek kerana itulah, saya sudah dua-tiga kali bersarapan di Old Town White Coffee bersama isteri dan anak-anak, hanya dek kerana tertarik dengan contest yang ada. Mulanya, saya tak perasan pun mengenai Happy Times Contest oleh Old Town White Coffee ni. Tapi, disebabkan kerajinan saya membaca apa yang ada di atas meja, maka baru terperasan akan contest ni ... haha.. Saya ada cerita makan-makan di Old Town White Coffee sebelum ni, tapi kalau anda perasan .. saya tak beritahu pun mengenai contest yang sedang berlansung.

Bersarapan di Old Town White Coffee untuk Menang Wang Tunai RM88,888

Bersarapan Old Town White Coffee RM88,888
Banyak juga gambar bersarapan di sini yang telah dimuat-naik ke instagram saya. Tak tahulah samada berjaya memikat hati juri, janji saya mencuba .. manalah tahu kannn .... Berikut adalah hadiah yang ditawarkan untuk gambar yang dipilih sebagai pemenang:
  • 10x Hadiah Utama - RM3,888
    • Wang tunai bernilai RM3,292 dan setahun bekalan percuma Old Town White Coffee 3 in One.
  • 10x Hadiah Pertama - RM2,888
    • Wang tunai bernilai RM2,292 dan setahun bekalan percuma Old Town White Coffee 3 in One.
  • 10x Hadiah Kedua - RM1,888
    • Wang tunai bernilai RM1,292 dan setahun bekalan percuma Old Town White Coffee 3 in One.
  • 25x Hadiah Ketiga
    • Wang tunai RM588
Perghh lumayan tu .. bersarapan, ambil gambar .. dan leh menang hadiah wang tunai yang disediakan. Huhuhu .. dari muat naik gambar muka yang tak berapa nak menjadi tu ... baik masuk contest ni .. ambik gambar menu, kreatifkan skit cara ... in Sha Allah .. ada rezeki boleh tersenyum dengan wang tunai yang disediakan sebagai hadiah.

Pandai-pandailah ye.

Antara menu sarapan yang ada di Old Town White Coffee yang best ialah Mee Kari, set Roti Bakar dengan Telur Separuh Masak, selain Nasi Lemak dan beberapa menu lain.
Bersarapan Old Town White Coffee RM88,888
Bersarapan Old Town White Coffee RM88,888

Kepada yang nak join contest ni, sila cepat-cepat ke mana-mana restoran Old Town White Coffee ni. Saya tak pastilah tentang tarikh tutup ... hoho .. lalalala... :P

Nyum nyum .. ho-liaoooo ...


1 comment... add one now

yang baik yang baik March 01, 2016
Dah lama tak sarapan dengan keluarga di luar. Nak cari di mana restiren old town yang terdekat nie...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.