Senarai peserta Mentor Milenia. Baru-baru ini telah diumumkan senarai 12 peserta terawal untuk program Mentor Milenia 2016. Rancangan realiti mencari bakat baru dalam dunia nyayian ini akan mula bersiaran pada 3 Januari 2016, setiap Ahad jam 9 malam. Mentor Milenia membariskan Akim, Black, Hazama dan Azlan sebagai mentor yang sudah masuk musim kelapan.

Rancangan ini hadir untuk tahun 2016 dengan konsep baru. Kali ini, Mentor Milenia menyasarkan golongan muda linkungan 17 hingga 21 tahun dengan tujuan untuk mengasah bakat-bakat baharu yang menyimpan impian untuk menempa nama di persada seni tempatan.

Senarai Peserta Mentor Milenia 2016

Senarai Peserta Mentor Milenia 2016
Siapa gamaknya yang terpilih menjadi 12 peserta terawal Mentor Milenia 2016 ini ye? Tentu ramai nak tahu peserta yang bertuah, manalah tahu kot-kot anak jiran sebelah ke, sedara mara ke ... hohoho.

Sebenarnya seramai 12 peserta pilihan Mentor Milenia telah diumumkan pada satu sidang media yang berlangsung di Pullman KLCC Hotel & Residences Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kesemua mereka merupakan peserta awal di mana tiga peserta mewakili setiap mentor yang terdiri daripada Akim, Black, Hazama dan Azlan. Ketiga peserta ini kemudian akan membuat persembahan solo mereka pada dua episod konsert pengenalan sebelum dua orang peserta sahaja yang bakal dipilih menjadi protege bagi mentor masing-masing.

Senarai 12 peserta terawal Mentor Milenia adalah seperti berikut:

Ptotege Mentor Hazama

Senarai Peserta Mentor Milenia
  1. Muhammad Fareez Hazwan, 18
  2. Nurul Amira Mat Nasir, 20
  3. Iqbal Jaafar, 20

Protege Mentor Azlan Typewriter

Senarai Peserta Mentor Milenia
  1. Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain, 17
  2. Nur Izzati Mohd Rashid, 21
  3. Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan, 17

Protege Mentor Akim

Senarai Peserta Mentor Milenia 2016
  1. Muhammad Afeeq Farhan Zulkifli, 20
  2. Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmed Khan, 20
  3. Yusmeerunafishah Yusof, 20

Protege Mentor Black

Senarai Peserta Mentor Milenia 2016
  1. Nurul Syazwanie Mohd Basri, 21
  2. Rossaidi Abdul Rani, 21
  3. Ridzuan Haqiem Rusli, 17
Rancangan Mentor Milenia dihoskan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh. Episod pertama memaparkan kerenah dan ragam lebih seribu peserta yang hadir ketika sesi uji bakat yang berlangsung sepanjang Disember.

Siapalah antara 12 peserta ini yang bertuah dipilih oleh keempat-empat Mentor yang kacak dan telah popular ini ye? Anda ada prediction sendiri tak? Kalau ada, boleh kongsi di ruangan komen di bawah ini.


Dan seperti sedia maklum, Mentor Milenia 2016 ditaja oleh Pamoga Qu sebagai penaja utama manakala Tonton sebagai Geng Digital dan Hot FM sebagai radio rasmi. Jadi, anda boleh agak apa akan berlaku ketika siaran rancangan ini nanti - tentu akan nampak banyak iklan daripada Qu Puteh .. hoho ..



5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Owh...qu putih...
    Aura baru...bakat baru...

    BalasPadam
  2. mcm best tapi penaja dia bosan la

    BalasPadam
  3. wah..1 mentor 3 protege ek? mesti best nih. hehehe

    BalasPadam
  4. amboihh muda2 belaka.. hahaha..
    audition semalam terlepas..nak tgk yg bangau tuh..adehhh..

    BalasPadam
  5. yup...muda-muda belaka..demo ni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement