Monday, January 25, 2016

Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016


Tempoh pencalonan blog untuk anugerah Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2016 telahpun tamat pada 24 Januari 2016. Ramai rakan blogger hebat, popular dan berpengaruh mengambil bahagian di dalam pencalonan untuk beberapa kategori blog dalam MSMW 2016. Salah satu yang menjadi perhatian ialah Best Blog of The Year MSMW 2016.

Anugerah MSMW 2016 adalah antara anugerah yang berprestij memberikan pengiktirafan buat penggiat-penggiat media sosial, terutama sekali blogger saban tahun. Ia merupakan satu platform yang boleh meningkatkan jenama sesebuah blog, dan membuatkan pemilik blog dikenali seantero nusantara.

Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016

Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016
Ramai rakan blogger saya yang telah mendapat pengiktirafan daripada penganjuran MSMW ini, antaranya AbangEnsem.com, Denaihati.com, MelastikBintang.com, OhCikgu.com, AkuPenghibur.com dan ramai lagi. Anda boleh semak dan lihat sendiri senarai pemenang anugerah MSMW sebelum ini di pautan ini - Social Media Week Awards - Past Winners

Dan pada tahun 2016, sebanyak 7 blog telah dicalonkan, tercalon atau mencalonkan diri dalam kategori Best Blog of The Year MSMW 2016. Senarai ini adalah betul setakat saya melihatnya pada 24 Januari 2016, ia mungkin akan bertambah atau berkurang, mengikut penelitian pihak juri/hakim yang telah dilantik.
  1. www.smallnhot.com
  2. www.hasrulhassan.com
  3. www.nizamijam.com
  4. www.benashaari.com
  5. cikepal06.blogspot.com
  6. www.spinorbinmusic.com
  7. www.denaihati.com
Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016
Ada banyak lagi kategori untuk blog dipertandingkan dalam MSMW 2016, tetapi yang menjadi perhatian mestilah kategori untuk Best Blog of The Year. Ada lapan lagi kategori lain untuk blog bagi anugerah MSMW untuk tahun ini.

Pemilihan pemenang adalah bersandarkan kepada jumlah undian, dan juga keputusan juri/hakim. Pemarkahan melibatkan 80% public voting, dan 20% keputusan juri yang melibatkan 10% kepada kandungan blog, 5% untuk rekabentuk, 5% untuk etika dan keberkesanan.

Pengundian akan bermula pada 2 sehingga 21 Februari 2016 secara online di laman web MSMW 2016. Untuk mengundi, perlu login menerusi akaun Facebook, dan lakukan voting menerusi butang yang disediakan.

Harapan sangat cerah buat blog dan blogger yang mempunyai pengikut setia yang ramai, dan bersedia untuk mengundi pada tempoh yang ditetapkan. Dan pastinya akan ada calon favourite dalam anugerah ini. Nanti, sama-sama kita saksikan ...



Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016
4/ 5
Oleh

Baca Artikel Terkini Menerusi Email (PERCUMA)

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

Lazada Malaysia

Komen Anda

24 komen

Tulis komen
avatar
25 January, 2016 22:48 delete

Semoga berjaya buat semua blogger-blogger yang tercalon.Buat bro HH juga,teruskan usaha dengan lebih gigih lagi!

Reply
avatar
25 January, 2016 23:30 delete

Good luck Bro HH..moga success ya...

Reply
avatar
26 January, 2016 04:13 delete

blog saya kapan ya bisa masuk nominasi, hehe (berharap)

Reply
avatar
26 January, 2016 09:40 delete

Selamat maju jaya kepada rakan blogger... ada nama besar tersenarai di situ.

Reply
avatar
26 January, 2016 09:50 delete

memang hebat-hebat belaka yang tercalon tuh

Reply
avatar
26 January, 2016 11:48 delete

semuanya hebat2...all the best HH

Reply
avatar
26 January, 2016 12:27 delete

Tahniah bro dan yang tercalon semua hebat-hebat belaka.

Reply
avatar
26 January, 2016 15:59 delete

Semoga berjaya tuan dan juga calon2 yang lain.

Reply
avatar
26 January, 2016 19:05 delete

Semoga ada rezeki untuk menang tahun ni bro HH

Reply
avatar
26 January, 2016 20:15 delete

Sy tengok sekarang ini masih lagi boleh nominate blog. lepas tuh tarikh undian pon ditukar bermula pada 2 februari 2016

Reply
avatar
27 January, 2016 00:18 delete

Semuanya blogger hebat. Kena belajar dari otai-otai nak berjaya macam ni.

Reply
avatar
27 January, 2016 00:19 delete

Wah! Semuanya gergasi.. kecik je rase kite ni. :P

Reply
avatar
27 January, 2016 12:23 delete

Assalammualaikum.., bro HH,

tahniah yer... semoga berjaya..aamiin..

Reply
avatar
27 January, 2016 14:31 delete

Semoga berjaya semuanya. Mantap belako..

Reply
avatar
28 January, 2016 15:31 delete

semua calon tu otai belaka, good luck tuan hh

Reply
avatar
29 January, 2016 01:36 delete

Allhamdulillah... tahniah HH...

Reply
avatar
09 March, 2016 22:53 delete

Terima kasih semua yang mengundi blog ini dalam kategori best blog of the year 2016 MSMW2016

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang didapati tiada kaitan dengan artikel akan dipadam serta-merta. Untuk tujuan promosi dan iklan, sila hubungi saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.