Jumaat, 15 Januari 2016

Semakan Keputusan UPKK 2015


Semakan keputusan untuk calon-calon pelajar yang mengambil Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2015 sudah boleh diperoleh di agensi perlaksana KAFA di negeri masing-masing bermula 15 Januari 2016.

Jakim dalam satu kenyataan di portal rasminya berkata, seramai 185,675 calon telah menduduki peperiksaan UPKK pada tahun 2015 dengan bilangan calon lelaki seramai 92,862 dan calon perempuan seramai 92,813. Jumlah pusat peperiksaan pada tahun 2015 pula adalah sebanyak 4,561 pusat berbanding tahun 2014 iaitu 4,463 pusat peperiksaan.

Semakan Keputusan UPKK 2015

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan UPKK bagi tahun 2015 menunjukkan pencapaian lulus 100%. Secara keseluruhannya pada tahun 2015 seramai 37,271 orang calon memperolehi agregat 8A berbanding pada tahun 2014 dengan pencapaian pada tahun 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 4.78%.

Negeri terbaik dalam peperiksaan UPKK 2015 berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) adalah Selangor dengan GPN 1.484, diikuti Wilayah Persekutuan dengan GPN 1.488 dan ditangga ketiga Melaka dengan GPN 1.533 mata.

Bagi pelajar-pelajar dan ibu-bapa yang memohon untuk mendapatkan keputusan penuh UPKK 2015 boleh di ambil di Pejabat Agama Daerah di negeri masing-masing bermula jam 3:00 petang, 15 Januari 2016.

Semakan Keputusan UPKK 2015
Jika anda mahu membuat semakan secara online, boleh rujuk kepada blog berikut: PERGUKafa Kuantan - Semakan UPKK 2015 Online


Kongsi dan Sebarkan

Baca Juga

Semakan Keputusan UPKK 2015
4/ 5
Oleh

Update Terkini via Email

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

7 komen

Tulis komen
avatar
16 Januari, 2016 06:14 delete

Alhamdulillah pencapaian yang membanggakan..syukur..

Reply
avatar
16 Januari, 2016 11:59 delete

teringat zaman sekolah dulu... takut jugak nak ambik ujian nih..

Reply
avatar
16 Januari, 2016 18:21 delete

8A dah sekarang? Zaman saya dulu macam 5A je.. ?

Reply
avatar
17 Januari, 2016 00:19 delete

sekolah rendah pon dah format baru dah... 6A sbb Bi ada kertas 1 dan 2... kAFA dah 8A

Reply
avatar
17 Januari, 2016 14:31 delete

teringat zaman sekolah kembali =)

Reply
avatar
17 Januari, 2016 17:35 delete

syarat utama untuk masuk ke sekolah saya menggunakan keputusan UPKK ni

Reply
avatar
18 Januari, 2016 16:13 delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

[Peringatan Ikhlas]

Mana-mana komen yang didapati melanggar polisi Blogger akan dipadam serta-merta. Setiap komen yang ditulis adalah tanggungjawab penulis komen. Untuk mendapatkan info peluang pengiklanan dan maklum balas boleh email (blogger.hasrulhassan[@]gmail.com).