Rindu pulak nak kongsi resepi, ehemm .. kali ini satu resepi mudah, mungkin boleh dijadikan hidangan untuk breakfast ataupun minum petang. Resepi yang biasa, tetapi in Sha Allah, ia resepi sempoi dan mudah untuk sesiapa sahaja mencubanya iaitu resepi Mee Goreng Bujang dengan Telur Leleh.

Untuk seorang House Husband seperti saya, resepi mudah sebegini memang menyenangkan. Ia senang nak disediakan dan paling penting cepat. Bahan-bahan yang diperlukan pun taklah banyak mana. In Sha Allah, ia sedap dimakan baik diri sendiri atau dihidangkan kepada orang lain. Serius, anak-anak saya suka je dengan menu Mee Goreng Bujang ni .... apatah lagi ada Telur Leleh yang menggoda .. hahaha...

Resepi Mee Goreng Bujang Telur Leleh

Resepi Mee Goreng Bujang Telur Leleh

Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi ini ialah:
  • Sebungkus mee kuning
  • 2-3 biji Bawang Besar ditumbuk atau dikisar halus
  • 2-3 biji Cili Api atau Cabai Masak ditumbuk atau dikisar halus
  • 5-10 ekor Ikan Bilis dibuang kepala ditumbuk atau dikisar halus
  • 2-3 ulas Bawang Putih
  • Kicap Mee (apa-apa jenama pun ok)
  • Kicap Lemak Manis (lebih suka guna cap Jalen) 
  • Udang sederhana besar
  • Telur
  • Minyak masak

Ok. Sekarang ... jom masak.

Cara Menyediakannya

Tumis menggunakan minyak masak, serta bahan yang telah dikisar halus. Nak pedas, tambahkan cili api. Kemudian, apabila ada bau harum semerbak, masukkan udang ikut suka ... nak banyak udang, letaklah banyak .. huhu.. boleh digantikan dengan daging atau ayam, atau mungkin bebola ikan. Jika tak tahu nak letak apa, campurkan je ... tapi pada pendapat saya .. mee goreng lebih sesuai letakkan udang.

Apabila udang sudah nampak warna keperangan, masukkan kicap mee dan juga kicap lemak manis dengan nisbah 2:5. Bermakna, kalau letak kicap mee dua sudu, maka perlu letakkan kicap lemak manis sebanyak 5 sudu.

Kacau sehingga hasil tumisan mendidih. Selepas itu masukkan mee kuning yang telah dibasuh dan ditoskan. Gaul sehingga warna mee sudah gelap. Kemudian masukkan Bawang Putih yang telah dititik ke dalam mee. Kacau mee. Letakkan sedikit garam jika perlu. Jika mahu ia basah, masukkan sedikit air iaitu suku cawan. Kalau nak kering, kecilkan api dan kacau. Dah siap ... hoho.
Resepi Mee Goreng Bujang Telur Leleh

Untuk telur, goreng telur dengan minyak yang sedikit dan api yang kecil. Jangan terbalikkan telur kalau nakkan jadikan ia sebagai telur goreng leleh. Hidangkan bersama mee tadi .. walla.

Mudah. In Sha Allah sedap. Rahsianya adalah pada sukatan kicap tadi, dan juga ikan bilis yang telah dikisar.

Cubalah.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

5 Komen

hihihihi..wah tergoda PC...tapi PC tambah sikit..ulam timun jepun..terima kasih Bro HH share resipi ni...

Reply

ooommmmmm..sedap nyer.....huhuhuhuhu...

Reply

tererr juga bro masak mee..akau setakat goreng telur boleh la...kalau goreng mee jadi pizza la jawabnya

Reply

:) Yeahh .. selamat mencuba resepi ni

Reply

Ala .. main campak2 je sebenarnya .... :)

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.