Jumaat, 22 Januari 2016

Permohonan Perumahan dan Borang RMRPlus SPNB


Permohonan dan Borang RMRPlus SPNB. Pernah dengar mengenai RMRPlus? RMRPlus merupakan satu projek kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang mensasarkan golongan yang mempunyai tanah tetapi tidak layak untuk membuat permohonan menerusi Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Untuk memohon mendapatkan rumah menerusi program ini, pemohon perlu muat turun borang RMRPlus SPNB yang diberikan percuma, dan melengkapkan butiran yang perlu.

Borang RMRPlus boleh dimuat-turun secara percuma di laman web SPNB, namun sebagai langkah untuk membantu anda, saya telah sediakan capaian terus untuk anda dapatkan borang RMRPlus di sini. Anda boleh muat-turun dan cetak borang RMRPlus SPNB teserbut yang disediakan di bawah (akhir artikel).

Permohonan dan Borang RMRPlus SPNB

Permohonan dan Borang RMRPlus SPNB
Pada mungkin yang belum memahami mengenai RMRPlus, secara asasnya ia merupakan satu model perniagaan oleh SPNB yang mengambil konsep asas Rumah Mesra Rakyat 1Malausia (RMR1M) namun dikhususkan kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M.

[Baca] Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB 2016

RMRPlus adalah satu program alternatif untuk mereka yang tidak layak mendapat subsidi daripada kerajaan disebabkan melebihi syarat minima dalam program RMR1M. Permohonan adalah terbuka untuk mereka yang penuhi syarat di bawah ini:

Syarat Kelayakan Untuk Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai tanah sendiri atau merupakan salah seorang pemilik atau telah mendapat keizinan daripada pemilik tanah.
  • Keluasan tanah minima ialah 3750kps atau 50'x75'
  • Berkelayakan untuk mendapat pinjaman bank atau institusi kewangan; atau menerusi bayaran tunai bagi biaya kos pembinaan.

Syarat permohonan
Ciri-ciri rumah yang akan dibina untuk RMRPlus buat mereka yang memohon menerusi projek ini adalah seperti berikut:
  • Rumah sesebuah setingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.
  • Ciri rekabentuk rumah:
    • Villa Mesra Indah dengan keluasan 1,000kpa - RM108,888
    • Casa Mesra Kasih dengan keluasan 1,200kpa - RM126,666

Jika anda mempunyai tanah, dan mahu membina rumah dengan kos yang lebih murah, bolehlah membuat permohonan untuk program RMRlus ini. Anda hanya perlu membuat permohonan kepada pihak SPNB dengan melengkapkan borang RMRPlus dan menghantarnya ke mana-mana pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan. Pastikan juga bahawa borang permohonan yang telah lengkap diisi disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda boleh rujuk butiran tersebut di dalam borang RMRPlus disediakan di bawah:



Jika anda tidak dapat melihat paparan di atas, anda boleh muat turun borang tersebut menerusi pautan ini - Borang RMRPlus SPNB.

Semoga informasi ini bermanfaat buat anda.

Rahsia Rumah Lelong

Oh ya, untuk pengetahuan dan pemahaman jelas; saya bukanlah agen pemasar untuk SPNB. Saya tiada kaitan dengan pihak SPNB atau kontraktor atau mana-mana pihak bank. Saya cuma menyalurkan info berkaitan RMRPlus sebagai cara untuk bantu ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan rumah sendiri.


Kongsi dan Sebarkan

Baca Juga

Permohonan Perumahan dan Borang RMRPlus SPNB
4/ 5
Oleh

Update Terkini via Email

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

2 komen

Tulis komen
avatar
22 Januari, 2016 16:40 delete

Perkongsian yang berguna ni tuan. Boleh nak mohon juga nanti.

Reply
avatar
23 Mei, 2016 15:22 delete

encik.. borang ni kena hntr kt mana ye?? sy cari xjmpe2 tmpt kene hntar.. maaf sy ni xseberapa pndai hehe..

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Mana-mana komen yang didapati melanggar polisi Blogger akan dipadam serta-merta. Setiap komen yang ditulis adalah tanggungjawab penulis komen. Untuk mendapatkan info peluang pengiklanan dan maklum balas boleh email (blogger.hasrulhassan[@]gmail.com).