Adeh. Memang hebat penangan produk Qu Puteh ni .. sampaikan anak-anak saya turut terjebak. Tak boleh nak salahkan sesiapa, tetapi nampak gayanya promosi demi promosi, serta teknik pengiklanan Qu Puteh memang memberikan kesan dan impak. Ia bukan sahaja mempengaruhi orang dewasa, anak-anak saya pun terlibat sama sehingga melakukan percubaan sendiri untuk meniru aksi iklan produk Qu Puteh.

Ramai orang yang tidak berasa suka dengan teknik pengiklanan yang dilakukan oleh pengasas produk Qu Puteh. Tetapi, jangan disangkal bahawa teknik pemasaran dan pengiklanan yang digunakan sememangnya unik. Dengan keunikan ini, produk dari Vida Beauty menjadi viral ... malah apa sahaja perkara yang ada kaitan samada mengenai pemilik, iklan, promosi, gambar, semuanya mudah jadi viral dah sekarang.

Percubaan Untuk Meniru Produk Qu Puteh

Percubaan Untuk Meniru Produk Qu Puteh
Keunikan tersendiri ini menjadikan produk Qu Puteh dikenali ramai. Dulu orang tak tahu, dan tak ramai ambil tahu, sekarang .... viral sana sini - dari belanja promosi RM1 juta, dapat pulangan promosi percuma berjuta-juta like di media sosial ... perghhh ...  sampai keluar di blog-blog popular yang ada ratusan ribu pembaca. Hebat memang hebat, dan serius .. ini pendekatan yang bijak walaupun ada yang menyampah tengok .. huhuhuhu...

[Baca] Awas Produk Tiruan Qu Puteh, Beli Hanya Yang Original

Nah... anak saya sendiri terkena penangan dari produk Qu Puteh, walaupun kami sekeluarga bukanlah pengguna produk ini, tetapi apabila ingat produk yang boleh putihkan wajah .. pasti akan menyebut Qu Puteh .. Qu Puteh .. barulah putih. Ingat wajah nak putih .. ingat produk ni ... memang terbaiklah.

Percubaan Untuk Meniru Produk Qu Puteh
Percubaan Untuk Meniru Produk Qu Puteh
Haha .. adeh. Anak-anak ... mereka mudah dipengaruh ...kerana proses repeating iklan dan promosi, mereka cuba nak tiru apa yang Qu Puteh buat.

Tapi bukan mudah nak lakukan promosi seperti Qu Puteh ni .. di sebalik modal yang besar, kena ada kecekalan, azam, rasa tebal muka dan macam-macam lagi yang tidak semua orang ada. Nak berjaya kena tempuh segala cabaran ini. 


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

16 Komen

Qu Puteh ... Ku Putih .. Barulah putih....

Reply

budak dr kecik sampai ke besar dah pandai tiru qu putih nie..sbb unik sgt..hehe

Reply

memamg trending, info terbaru... rupanya pengasas qu puteh tu selalu jemput anak-anak yatim datang rumah.. walaupun dah kehilamgan 2 anak, lagi banyak anak dia dapat

Reply

haha..anak2 teruna pun nak putih ye-)

Reply

cara marketing yg lain dari yg lain,,budak2 pon dah terikut,,hehe

Reply

ala adik pun nak puteh juga ya..ok tak apa ...hati puteh nak tak?..putih hati denagn iman dan taqwa ya dek

Reply

Sabar dengan kritikan...kalis dengan cabaran..walau berat dan pahit tempuhi dengan tabah...barulah putih...hihi..

Reply

Haha.. selama ini org tiru dengan gaya kt pipi je. Ini btul2 putih ni.

Reply

moga makin puteh le hendaknya.ahaha

Reply

yeap ... hikmah tu ... kalau nak rezeki yang bagus, boleh ikut jejak beliau.

Reply

Haha. Memang fenomena betullah ... sebelum ni anak2 banyak buat TERLAJAK LARIS ...

Reply

Betul tu bro HH. Bukan sennag nak buat macam dia buat. Tapi tak salah kalau nak cuba. Kejap nak bayang saya dengan Bro buat aksi qu puteh ni.. ;-)

Reply

Kuat betul pengaruh dia, anak saya pun tahu qu puteh ni walaupun belum sekolah lagi.

Reply

hehe... qu puteh qu puteh baru la puteh....

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.