10 Nasihat Guru Ketika Perhimpunan Sekolah

Zaman persekolahan memang menyeronokkan. Saya yang dah dikira tahap terlebih otai (old taimer) pun masih lagi terkenangkan zaman waktu sekolah. Antara pengalaman yang saya ingat sehingga sekarang ialah 'lari' balik rumah ketika perhimpunan pada satu pagi Isnin. Dah la kena naik bas ..... dan kembali semula naik teksi ke sekolah .. haha... semuanya gara-gara kerana tertinggal duit kutipan derma.

Itu kisah saya semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak... huhuhu .. sempat belajar selama setahun di situ, yang sebelum ini saya merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Kuantan, Pahang. Walaupun setahun, tapi pengalaman itu terasa kekal dalam ingatan.

Nasihat Guru Ketika Perhimpunan Sekolah

Nasihat Guru Ketika Perhimpunan
Dan, mungkin ramai yang akan setuju .... walau sekolah di ceruk mana sekalipun, kata-kata nasihat di bawah ini selalu diucapkan oleh guru-guru, baik guru disiplin mahupun guru besar di sekolah. Benda serupa, diulang-ulang banyak kali agar anak-anak murid sentiasa ingat, faham dan patuh. Namun, nature menjadi kanak-kanak yang sedang membesar, walaupun nasihat diberi setiap kali perhimpunan, setiap kali guru disiplin masuk kelas, ada juga di kalangan kita yang tetap nakal ... hoho ... eceh .. macam 'membuka pekung di dada' ni.

10 Nasihat Guru Yang Selalu Diberikan Ketika Perhimpunan Sekolah

Dengan ingatan separa karat saya ni, saya titipkan kembali ucapan-ucapan nasihat yang pernah diberikan kepada saya sewaktu di sekolah rendah dahulu ...
  1. Jangan bawa mainan pergi ke sekolah
  2. Jangan berlari di kawasan sekolah
  3. Jangan ponteng sekolah
  4. Jangan bawa benda tajam ke sekolah
  5. Jangan bergaduh sesama rakan
  6. Jangan makan di dalam kelas
  7. Berhati-hati ketika melintas jalan
  8. Jangan bising di dalam kelas
  9. Sentiasa beratur dengan tertib
  10. Pakaian mesti bersih

Acaner? Ada kesamaan tak dengan pengalaman anda sendiri? Itu antara nasihat-nasihat yang sering diberikan dan diucapkan ketika perhimpunan sekolah. Dan samada sedar atau tidak, ada di antara ucapan dan nasihat diberikan itu 'ibarat mencurah air ke daun keladi' ... hehehe...
Nasihat Guru Ketika Perhimpunan
Apabila sebut pasal perhimpunan sekolah, saya dulu berhimpun di kawasan padang sekolah, dan adakala di atas jalan tar di perkarangan sekolah. Dulu, mana ada dewan-dewan ni ... sebab dewan sekolah dulu adalah kelas .. nak jadikan dewan, kena buka 'penghadang' atau pemisah antara kelas ... tak macam sekarang ni, kebanyakkan sekolah dah ada dewan sendiri yang besar, siap ada yang disediakan alat penghawa dingin lagi .. tak gitu?

Hoho .. panas bontot oo kalau terpaksa duduk ketika matahari sedang naik segalah. Lom cakap soal peluh, belum sebut pasal perhimpunan khas yang kadangkala kena buat tengahari meremang.

Ada cerita sama? atau nak tambah pasal ucapan nasihat di atas? Sila tinggalkan komen dengan penuh hemat ..  in Sha Allah, saya akan masukkan dalam senarai.

p.s: Untung anak-anak sekarang, diberikan nasihat di kawasan dan tempat yang selesa - dengan harapan segala nasihat diberi akan cepat masuk dalam benak ...
p.s.s: Gambar adalah sekadar hiasan semata ... jangan nak kaitkan secara lansung lak ...

 

{ 8 comments.. read them below or add one }

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah January 21, 2016
Sama lagi Bro HH. Cuma sekarang yang agak penting no 3,4,5, dan 7. Yang lain-lain kena jaga juga.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit January 21, 2016
Nasihat yang berguna untuk para pelajar. Teringat masa sekolah dulu-dulu. Jika perhimpunan panjang dah mula gelisah. Sebab panas. Sekarang dah makin mudah. Sekolah banyak yang ada dewan. Dulu perhimpunan mingguan buat kat padang aje.
OhPanduan OhPanduan January 21, 2016
Semua pesanan ini betul semuanya. Cuma sebagai tambahan. sebagai pelajar kena selalu diberi nasihat agar menghormati guru-guru mereka. Sebab keberkatan dalam ilmu itu penting. Jika kita dapat berkat dari ilmu yang guru-guru ajar. Insyallah akan bagi kesan yang baik kepada kehidupan kita kelak. Hormati ibu bapa dan guru-guru anda.
PeRdU cINta PeRdU cINta January 21, 2016
Lagi kalau ada latihan kebakaran...Allahu....longlai je masing masing...tapi kalau waktu perhimpunan tu tu cikgu cakap hari ni ada van milo nak datang........5 minit sekali dok jeling tingkap...hihi...cuba kalau guru besar cakap dalam masa seminggu ni jangan ponteng sebab ada rawatan gigi...ha biru muka...
izzeyda izzeyda January 21, 2016
betul dulu mana ada dewan, bukak penghadang masa nak exam.. lagi satu kena berdiri masa perhimpunan kat tempat parking..pernah hampir pengsan sebab tak tahan..
Bisnis Borneo Bisnis Borneo January 25, 2016
Nasehat yang disampaikan sangat baik terima kasih sudah sharing visit juga Bisnis Borneo
Nurul Nurul February 10, 2016
Dulu assembly kat padang sekolah je. Mana ada dewan. berdiri la sambil dengar ucapan guru bertugas dan guru besar. Tak ingat pulak apa nasihat mereka, distracted dengan macam -macam, maklumlah open air assembly. Tengok pokok bunga, kereta, burung dan sebagainya.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.